Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Haiwan bijak, kuat dan anggun, kuda baka Arab miliki  potensi luas di Malaysia 

    Haiwan bijak, kuat dan anggun, kuda baka Arab miliki  potensi luas di Malaysia 

    By MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRIMay 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    GAYA berjalan persis seorang model dengan lagak tersendiri dengan ekornya yang berdiri. Malah, adakalanya telinganya sesekali akan bergerak ke depan, menandakan ia sedang memerhati dan ingin tahu apa yang sedang dilihatnya.

    Itu antara sebahagian sifat kuda baka Arab yang mempunyai keunikan tersendiri berbanding kuda-kuda baka lain yang ada di dunia ini.

    Maka tidak hairanlah kuda baka Arab menjadi idaman bagi mereka yang cintakan haiwan ini dan menjadi simbol sebagaimana individu yang memiliki kenderaan mewah.

    Bagi pemilik Perdana Stable di Pulau Langkawi, Muhammad Hamzah Abdullah, 63, kuda Arab sebenarnya mempunyai keunikan dan potensi tersendiri untuk dibiak di negara ini.

    Beliau yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dengan haiwan ini berkata, kuda baka Arab amat bersesuaian dengan masyarakat nusantara yang bertubuh kecil dan sifatnya yang lembut.

    “Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, kuda baka ini juga mempunyai hubungan rapat dan sebenarnya ada satu pertalian dengan masyarakat nusantara.

    “Selain itu, kuda baka jenis ini bijak dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi disamping mempunyai struktur tulang sangat kuat.Maka tidak hairanlah ia seringkali menjadi pilihan dalam sukan kuda lasak. 

    “Selain itu, kuda baka  Arab juga mengambil masa yang cepat untuk pulih,” katanya.

    Tambah Hamzah, kuda ini juga lambat matang berbanding kuda-kuda baka lain seperti Thoroughbred; Warmblood dan kuda Polo.

    Menurutnya, kuda baka Arab hanya boleh ditunggang ketika berusia empat tahun dan ke atas bagi memastikan struktur tulang kakinya benar-benar ampuh.

    “Kuda baka Arab juga  lambat matang. Selain itu,  tulangnya lambat kuat dan mengambil masa empat tahun untuk benar-benar ampuh. Semakin lama masa diambil semakin bagus sebenarnya.

    “Jika mahu masuk dalam sukan kuda lasak pun, salah satu syarat ditetapkan, kuda tersebut perlu berusia lima tahun. Jika mahu menyertai kejohanan dunia pula, ia perlu berusia lapan tahun atau paling baik 10 sehingga 12 tahun. 

    “Perlu diingat, setahun umur kuda ini bersamaan dengan tiga tahun usia kita,”kata Muhammad Hamzah yang turut menjelaskan kuda dikira sebagai tua apabila berusia 20 tahun ke atas.

    Bagaimanapun katanya, usia sebenarnya hanya pada nombor kerana ada kuda pernah memenangi kejohanan dunia dunia kali disaat usianya mencecah hampir 20 tahun.

    Justeru, ujarnya, usia dan tahap kecergasan kuda adakalanya menjadi perkara subjektif dan tidak boleh dijangka.

    Mengulas berkenaan pembakaan, Hamzah berkata, semua kuda arab mempunyai rekod dan didaftarkan ketika ia lahir.

    “Apabila ada kuda yang mahu dibuat pembakaan, mula-mula kita akan menandatangani satu surat niat (LOI) dan hantar ke World Arabian Horse Organization (WAHO). Sebaik sahaja dilahirkan, barulah ia didaftarkan.

    “Jadi segala rekod boleh diperiksa untuk mengelakkan penipuan. Malah, kuda mempunyai rekod salasilah keturunan lebih lima generasi. Dengan cara ini ia sekaligus dapat mengelakkan daripada tercetus penipuan baka-baka kuda yang bernilai tinggi,” jelasnya yang kini telah membiakkan lebih 500 ekor kuda baka Arab sehingga kini.

    Menceritakan detik awal beliau ketika mula terlibat dalam dunia kuda, Hamzah berkata, Perdana Stable telah dibuka sejak tahun 2000 lagi.

    Pada mulanya, Hamzah hanya bermula secara kecil-kecil dengan kelas asas menunggang kuda untuk pelancong luar negara yang datang bercuti ke Langkawi.

    “Pada masa itu, 70 peratus adalah pelancong luar negara manakala 30 peratus merupakan warga tempatan.Tapi kini keadaan semuanya sudah berubah.“Penularan Covid-19 benar-benar membuatkan kami terkesan sehingga kini,” ujarnya.

    Hamzah juga pernah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kuda  Arab milik Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bernama Al-Bariq.

    Dalam pada itu, Hamzah berharap kerajaan dapat membantu dalam semua aspek berkaitan kuda baka ini yang sebenarnya mempunyai potensi besar pada masa akan datang. – RELEVAN

    featured kerjaya keusahawanan kuda
    Artikel Terkini

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.