Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Shabana Basij-Rasikh: Pejuang pendidikan Afghanistan

    Shabana Basij-Rasikh: Pejuang pendidikan Afghanistan

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 14, 2022Updated:February 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto School of Leadership Afghanistan (SOLA)

    PENDIDIKAN dilihat sebagai alat terbaik untuk mengubah hidup manusia. Melalui pendidikan, bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah potensinya boleh membangunkan bangsa dan negara.

    Memasuki abad ke-21, pendidikan merupakan hak asasi untuk semua manusia dan tidak sepatutnya sesiapa dihalang daripada mendapatkan pendidikan berkualiti hanya disebabkan perbezaan bangsa, warna kulit atau jantina.

    Namun, lebih dua dekad lalu, diskriminasi jantina dalam pendidikan berlangsung dengan sangat teruk di Afghanistan. Wanita dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah. Pemerintahan Taliban dari 1996 hingga 2001 meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendidikan wanita.

    Sekatan itu bagaimanapun tidak menghalang Shabana Basij-Rasikh daripada mengejar impiannya dalam pendidikan. Beliau yang ketika itu masih kecil sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ untuk pelajar perempuan.

    “Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah. Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.

    “Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi. Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana dalam video syarahan Ted Talk pada 2012 yang telah ditonton lebih sejuta kali.

    Sekolah rahsia yang dihadiri Shabana adalah di sebuah rumah. Lebih 100 pelajar berhimpit di ruang tamu kecil untuk menuntut ilmu. 

    Dalam keadaan tersebut, Shabana dan pelajar perempuan lain merisikokan nyawa demi pelajaran. Jika aktiviti mereka diketahui, bukan sahaja mereka malah para guru dan ibu bapa juga dalam bahaya.

    Srikandi pendidikan

    Selepas pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001, Shabana akhirnya merasa nikmat belajar di sekolah sebenar. Prestasi akademiknya sangat cemerlang sehingga diterima dalam program pertukaran pelajar dan menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).

    Gadis itu kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej Middlebury, Vermont, AS dan menerima ijazah kepujian Pengajian Antarabangsa serta Pengajian Gender dan Wanita dari kolej tersebut. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford dan dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London pada 2016 dan Kolej Cedar Crest, Pennsylvania pada 2019.

    Pada 2008, semasa masih dalam pengajian di Middlebury, Shabana mengasaskan Sekolah Kepimpinan Afghanistan (SOLA). SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan untuk menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.

    Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan. Sekolah tersebut menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajarnya, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan  tinggi.

    Terus bermimpi

    Taliban kembali berkuasa di Afghanistan selepas AS menarik tenteranya dari negara itu Ogos lalu. Bagaikan mimpi ngeri yang kembali menghantui, impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti apabila sekali lagi, wanita disekat untuk mendapatkan pendidikan. Cuma kali ini, sekatan itu hanya untuk pendidikan menengah.

    Shabana dan SOLA mengambil langkah awal apabila berjaya memindahkan kakitangan, pelajar dan operasi SOLA ke Rwanda. Sayangnya, mereka terpaksa menghapuskan  semua rekod pelajar-pelajar demi keselamatan ahli keluarga mereka.

    Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan. Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.

    Walaupun ‘jasad’ SOLA kini di Rwanda, ‘roh’ gerakan itu terus hidup di Afghanistan.

    “SOLA ada di sana (Afghanistan). Kami telah menanam benih yang tak mungkin dapat dihapuskan,” kata Shabana. – RELEVAN

    Previous ArticleJangkitan Covid-19 hari ini 21,315 kes, jumlah pesakit kategori 2 masih yang tertinggi
    Next Article 24 lagi kematian dicatatkan semalam, 11 BID

    Artikel berkaitan

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

    June 1, 2026

    Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

    June 1, 2026

    Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    May 28, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.