Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mampukah generasi kita beli rumah?

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    By Umi FatehahJune 19, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mampukah generasi kita beli rumah? - GAMBAR HIASAN TIERRA MALLORCA/UNSPLASH

    MEMILIKI rumah sendiri suatu ketika dahulu dianggap simbol kejayaan dalam kehidupan. Ia melambangkan kestabilan, kematangan dan pencapaian peribadi. 

    Secara tidak langsung, memiliki rumah sudah menjadi satu impian yang sering menjadi penanda aras kepada kejayaan hidup orang muda. 

    Namun, bagi generasi hari ini, impian itu tidak lagi semudah dahulu. Realitinya, semakin ramai anak muda tidak mampu memiliki rumah. Bukan kerana tidak mahu tetapi kerana tidak mampu.

    Gaji dan harga rumah

    Salah satu punca utama rumah semakin sukar dimiliki adalah kerana jurang yang semakin melebar antara pendapatan dan harga hartanah. 

    Menurut laporan Bank Negara Malaysia, harga rumah di negara ini diklasifikasikan sebagai sangat tidak mampu dimiliki kerana kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai pendapatan rendah dan hutang yang tinggi.

    Bagaimana mahu membeli rumah? Rumah teres biasa di kawasan bandar boleh mencecah RM500,000 sedangkan gaji bulanan purata anak muda hanyalah sekitar RM2,500 hingga RM3,500.

    Ini menyebabkan ramai tidak layak untuk mendapatkan pinjaman perumahan, apatah lagi untuk menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah. 

    Situasi ini menjadikan pemilikan rumah satu beban yang hampir mustahil bagi generasi muda, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang.

    Kos sara hidup

    Selain isu pendapatan, generasi muda turut berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Harga makanan, pengangkutan, bil utiliti dan keperluan harian semakin meningkat saban tahun. 

    Dalam masa yang sama, ramai terpaksa berhadapan dengan komitmen hutang seperti pinjaman pendidikan dan kenderaan, pinjaman peribadi serta kad kredit. Situasi ini menyukarkan mereka untuk menyimpan secara konsisten. 

    Malah, gaji yang sederhana di samping kos sara hidup turut menyukarkan beberapa golongan individu untuk menyimpan wang. Sehinggakan, ada juga yang tidak mempunyai sebarang simpanan langsung. 

    Maka, untuk mengumpul wang pendahuluan rumah atau membayar ansuran bulanan yang tinggi menjadi sesuatu yang di luar kemampuan.

    Salah gaya hidup atau realiti ekonomi?

    Sesetengah pihak menuding jari kepada golongan muda, menyalahkan gaya hidup mereka yang kononnya boros suka melancong, makan luar, membeli gajet dan mengikuti gaya hidup media sosial. Namun, realiti yang lebih tepat ialah struktur ekonomi semasa tidak memberi ruang untuk mereka hidup selesa.

    Menurut The Economist, kadar pemilikan rumah dalam kalangan anak muda semakin merosot di seluruh dunia termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. 

    Di Eropah, pemilikan rumah bagi mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun menurun daripada 25 peratus pada 2005 kepada hanya 11 peratus pada 2018. Di selatan Eropah, hanya sekitar 50 peratus milenial memiliki rumah menjelang usia 35 tahun iaitu mencatatkan penurunan lebih 10 peratus berbanding generasi sebelumnya.

    Perubahan besar dalam pasaran pekerjaan, kekurangan penawaran rumah dan tekanan inflasi yang semakin tidak stabil telah menguburkan impian generasi milenial untuk memiliki rumah sendiri.

    Rumah mampu milik

    Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti PR1MA, PPR, Rumah Selangorku dan Skim Perumahan Belia. Namun, cabaran untuk memiliki rumah tetap wujud. Antara cabaran yang dihadapi oleh beberapa individu termasuk lokasi rumah jauh dari pusat bandar, fasiliti terhad dan kerumitan proses permohonan. 

    Selain itu, tidak semua anak muda layak memohon, ada beberapa syarat ketat seperti status perkahwinan, had pendapatan isi rumah dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai yang akhirnya memilih untuk terus menyewa walaupun sewa bulanan kadangkala tidak jauh bezanya dengan bayaran ansuran rumah.

    Tidak mustahil untuk beli rumah

    Disebabkan kesedaran terhadap realiti kehidupan semasa, ramai yang berkata memiliki rumah kini hanyalah mimpi. Tetapi mimpi yang diperjuangkan belum tentu mustahil. 

    Walaupun generasi kini dibebani hutang, gaji rendah dan harga rumah yang mencanak naik, kita masih mempunyai semangat untuk berusaha, menyusun langkah dan menuntut perubahan.

    Rumah pertama itu mungkin kecil. Mungkin jauh. Mungkin tidak seperti yang dibayangkan. Tetapi ia tetap satu permulaan. Selagi kita tidak berhenti bercita-cita dan merancang, selagi itu impian memiliki rumah sendiri masih boleh dicapai. – RELEVAN

    Previous ArticleGagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    Next Article Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.