Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Iffah dan Syaja’ah menuju lazat yang sejati

    Iffah dan Syaja’ah menuju lazat yang sejati

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 9, 20247 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BUKU Falsafah Hidup oleh Hamka. - GAMBAR FARIS IDERIS/RELEVAN

    MALIK punya dua anak, Iffah dan Syaja’ah. Kedua-duanya kembar tetapi tidak seiras. Iffah lebih putih dan redup sedangkan Syaja’ah berkulit sawo matang dan riaknya garang.

    Isteri Malik meninggal dunia semasa melahirkan Iffah dan Syaja’ah.

    Ketika itu, dia terasa macam dihempap gunung. Dunianya gelap dan bahunya berat dengan tanggungjawab.

    Dua anak gadis yang perlu dibesarkan berseorang buat Malik melihat dunia seperti musuh. Dia berhati-hati dalam setiap langkah dan sentiasa menjangkakan bahaya dari manusia lain.

    Tujuan hidupnya bertukar menjadi tunggal: dia mahu hidup untuk melindungi dua anak gadisnya. Apa-apa pekerjaan dibuat untuk matlamat tersebut.

    Nama Iffah dan Syaja’ah dipilih oleh isteri Malik sebelum dia meninggal dunia. Arwah percaya dua sifat itu yang diperlukan kedua-dua anaknya untuk menjalani hidup yang permai dan selamat.

    Bertahan dan berani

    Dalam Falsafah Hidup, Hamka menggariskan dua sifat yang menjadi keutamaan manusia untuk memelihara hidup. Yang pertama iffah, kedua syaja’ah.

    Jelas Hamka, iffah bermaksud menahan diri daripada terjerumus ke dalam perkara yang memberi mudarat. Syaja’ah pula merujuk keberanian menempuh suatu bahaya asalkan diri berada dalam kebenaran.

    Penjelasan itu ada dalam subtopik pertama bab Undang-Undang Alam, bertajuk Keutamaan. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiada siapa yang nafsunya akan ternoktah pada satu tahap

    Dalam subtopik itu, Hamka menerangkan sikap yang perlu ada dalam diri manusia untuk mencapai tujuannya dalam kehidupan.

    Kata beliau, ada orang yang hatinya sekeras batu, tiada belas atau kasihan. Dia hanya tahu mementingkan diri dan tidak peduli pada orang lain di sekitarnya. Walau datang fakir yang sudah tidak makan tiga hari, hatinya tidak tergerak untuk membantu.

    BUKU Falsafah Hidup menjelaskan sikap iffah dan syaja’ah sebagai perangai manusia yang utama. – GAMBAR FARIS IDERIS/RELEVAN

    Ada orang yang setingkat lebih tinggi, dia mementingkan keluarga dan kerabatnya sahaja. Tiada rasa cinta atau kasih pada orang di luar talian saudara.

    Yang lebih tinggi setingkat lagi ialah mereka yang memikirkan diri dan kerabat, namun kadang-kadang ada juga dibantu orang lain.

    “Tetapi yang lebih utama daripada itu ialah orang yang berpendirian sederhana, sama difikirkannya kepentingan kaum keluarganya dengan kepentingan kaum dan bangsanya, ahli seagamanya dan masyarakat seumumnya.

    “Tumbuh rasa di dalam hatinya bahawa sebagai orang hidup dia wajib berbuat baik kepada segenap yang bernyawa, manusia ataupun binatang,” tulis Hamka.

    Iffah yang redup, Syaja’ah yang garang

    Sikap Malik tidak disenangi ramai. Kerana mahu yang terbaik untuk anak-anaknya, Malik cenderung menjadi dingin dan kedekut.

    Dia tidak bercampur dengan masyarakat di kampung. Saudara-mara pun jarang ditegur. Ketika anak adiknya memerlukan bantuan kewangan untuk pembedahan jantung, dia tidak mahu membantu.

    “Aku kirim doa saja,” kata Malik kepada adiknya, tanpa menghulur walau satu sen untuk pembedahan tersebut.

    Tapi Iffah tidak begitu. Anak sulung Malik itu mudah terkesan melihat kesusahan orang. 

    Pernah sekali, makanan kawannya terjatuh kerana disergah pembuli di sekolah. Iffah tanpa fikir panjang terus belikan makanan baharu menggunakan duit belanjanya sendiri. Dia sendiri tidak makan hari itu demi membantu kawan yang dibuli.

    Bagi Iffah, dia sanggup menahan derita – baik lapar, sedih atau kecewa – demi kebaikan orang lain. Sebab dia percaya, tingkah baiknya akan diberi ganjaran oleh Tuhan. Kalau bukan di dunia, di akhirat nanti.

    ARTIKEL BERKAITAN: Konflik moral dalam dua filem polis

    Syaja’ah pula lebih tegas dan garang. Mengetahui kawan Iffah dibuli, dia terus berhadapan dan menegur pembuli itu. Syaja’ah tidak takut mahu menegakkan kebenaran.

    Memasuki usia remaja, Syaja’ah jatuh hati pada rakan sekelasnya, Asriq. Walaupun hati terpaut, dia tidak teragak-agak melaporkan perbuatan Asriq yang mencuri wang pelajar lain ketika waktu rehat.

    Bagi Syaja’ah, soal hati dan cintanya adalah sampingan. Yang utama, Asriq melakukan perbuatan yang zalim – wang yang dicuri itu menyebabkan mangsa tidak cukup makan pada hari tersebut.

    Dia berani menanggung patah hati demi menegakkan kebenaran. Begitulah sikap Syaja’ah.

    Ketabahan Iffah dan keberanian Syaja’ah kekal sehingga mereka dewasa. Malah, perangai bapanya yang dingin dan kedekut tidak mampu mengubah sikap kedua-duanya.

    Kini, Iffah berjaya sebagai pensyarah di universiti terkemuka manakala Syaja’ah mencipta nama sebagai peguam yang digeruni.

    Lazat yang melarat

    “Untuk menghindarkan bahaya ngeri yang maha besar itu, perlu orang menghindarkan lazat yang sebentar sahaja, itulah gunanya iffah.

    “Dan untuk mencapai kelazatan raya, kelazatan besar dan kekal abadi, orang perlu teguh dan tahan menyeberangi kesakitan dan penderitaan yang sebentar. Itulah gunanya syaja’ah, keberanian itu,” tulis Hamka.

    Untuk memelihara hidup, antara lain, kita perlu mencari kelazatan dan takutkan kesakitan. Tetapi tidak semua kesakitan atau penderitaan perlu dielak. Ada kesakitan yang berguna untuk memelihara kehidupan.

    KESANGGUPAN untuk membantu mereka yang dalam kesusahan adalah sebahagian daripada sikap iffah. – GAMBAR HIASAN/TOA HEFTIBA (Unsplash)

    “Di sinilah bergunanya iffah dan syaja’ah,” kata Hamka. “Iffah, ertinya perasaan kesanggupan menahan diri. Gunanya adalah untuk pengekang diri itu jangan suka sahaja menempuh suatu kelazatan yang akhirnya akan membawa kepada kemelaratan.

    “Syaja’ah itu gunanya adalah untuk membangkitkan keberanian menempuh suatu kesakitan yang perlu pula bagi muslihat kehidupan,” jelasnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    Hamka menggunakan contoh seseorang yang perlu memotong sebahagian tubuhnya untuk mengelakkan sakit melarat. Jika dia tidak berani memotong bahagian tubuhnya itu, sakitnya semakin merebak. 

    Demi kebaikan diri, dia perlu berani memotong bahagian tubuhnya. Itu syaja’ah.

    Begitu juga kepentingan menahan diri daripada nikmat yang memudaratkan. Hamka mengemukakan contoh zina.

    Tanpa kesanggupan menahan diri atau iffah, seseorang mudah terlanjur mengerjakan zina kerana ia nikmat yang lazat untuk tubuh. Namun, dengan iffah, penderitaan dan kerosakan yang menyusuli akan ditimbang.

    Lidah api memarak

    Malik berpeluh dalam tidur. Terasa ada bahang yang datang entah dari mana.

    Dari pintu bilik dia dapat lihat asap berkepul dari dapur. Ada api menyala marak. Dia segera ke tingkat atas mendapatkan kedua-dua anak gadisnya.

    Hampir seluruh rumah Malik hangus dijilat api. Bomba hanya tiba ketika api sudah marak. Dari luar rumah, Malik bersama Iffah dan Syaja’ah hanya mampu melihat lidah api menjilat tiang dan dinding rumah yang mereka duduki sejak kecil.

    Malik menangis. Kenangannya hangus. Dia juga buntu memikirkan masa depan keluarganya. Tiada tempat berpaut, keluarga dan rakan sudah membencinya.

    Lazat yang sejati

    “Seorang penghisap candu yang berjuang menghentikan candunya adalah seorang yang berperangai iffah, sebab dia telah berjuang melupakan suatu kelazatan yang tiada kekal yang telah terbiasa selama ini.

    “Dia seorang yang gagah berani, sebab dia telah sanggup melepaskan dirinya daripada tawanan candu, walaupun dia susah dan menderita sengsara buat sementara.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bucu retorik untuk jadi penghujah yang baik

    “Seorang yang berderma adalah berperangai iffah sebab dia telah dapat menghindarkan syahwat harta, dan dia seorang yang berperangai syaja’ah, sebab dia telah berani menempuh kesakitan bercerai dengan harta.

    “Seorang yang menolong orang yang tenggelam di dalam laut adalah orang yang berperangai iffah, sebab dia telah dapat melawan perasaan enak mementingkan kehidupan sendiri, dan dia seorang yang gagah berani, sebab dia tidak peduli bahaya yang akan menimpa dirinya, asal orang lain terlepas dari bahaya.

    “Semuanya itu bernama perangai utama.

    “Dan itulah lazat yang sejati.” 

    Yang pergi, Itidaal

    Malik, Iffah dan Syaja’ah menumpang di rumah rakan sekerja Iffah. Suatu masa dahulu, rakannya itu berdepan kesukaran. Dia ditipu bekas kekasih dan ketika itu, Iffah yang menghulur tangan membantu.

    Mereka juga banyak mendapat bantuan, terutamanya daripada bekas anak guam Syaja’ah. Walaupun kebanyakan anak guamnya berpendapatan rendah, solidariti mereka semua dapat membantu Malik, Iffah dan Syaja’ah membina semula hidup.

    Ketika itu Malik faham, keinginan untuk memberikan yang terbaik kepada keluarganya tidak bermakna tanpa sifat sederhana. 

    Dia boleh bersungguh-sungguh melindungi dua anak gadisnya, bahkan mengumpul harta sebanyak mungkin untuk mereka. Namun, tanpa kesederhanaan, semuanya boleh lenyap sekelip mata.

    Malik menyimpan tekad baharu pagi itu, untuk mencari iffah dan syaja’ah dalam hidup. Mulutnya melafaz janji sambil matanya bergenang menatap gambar arwah isterinya, Itidaal. – RELEVAN

    Artikel ini menggabungkan cerita rekaan dan bukan rekaan. Kisah Malik, Iffah, Syaja’ah dan Itidaal adalah rekaan sementara bahagian lain yang tidak menyentuh kisah mereka merupakan dapatan daripada buku Falsafah Hidup karya Hamka.

    Previous ArticleBerkawan tetapi bertepuk sebelah tangan
    Next Article Penderaan kewangan: Ancam dan kawal pasangan menggunakan wang

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.