Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berkawan tetapi bertepuk sebelah tangan

    Berkawan tetapi bertepuk sebelah tangan

    By October 9, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERKAWAN
    Tanda pertama anda tidak dihargai dalam satu-satu persabahatan adalah kurangnya komunikasi dua hala. - GAMBAR HIASAN JAMETLENE RESKP/UNSPLASH

    PERSAHABATAN, sama seperti hubungan lain, perlukan usaha dari dua pihak atau lebih.

    Sekiranya persahabatan tersebut ibarat bertepuk di sebelah tangan, perlukah ia diselamatkan?

    Mungkin andalah yang selalu memulakan sebarang perbualan. Jika ada masa terluang, anda jugalah yang pertama sekali mengajak mereka keluar.

    Namun, mereka tdak pernah lakukan perkara sama terhadap anda. Tanya khabar juga jarang sekali.

    Jika selalu memberi tetapi tidak pernah menerima, besar kemungkinan anda sebenarnya bertepuk sebelah tangan dalam persahabatan.

    Sudah tentu, rasa sakit disebabkan putus kawan kadangkala lebih dahsyat berbanding putus cinta.

    Ada masa, kita cuba bersangka baik terhadap rakan. Mungkin mereka sibuk. Mungkin juga mereka sedang dibebani masalah tertentu sehingga tidak sanggup membalas mesej.

    Tetapi, sampai bila hendak berkawan tetapi sebenarnya makan hati?

    Tanda bertepuk sebelah tangan ketika berkawan

    Kadangkala, hubungan yang bertepuk sebelah tangan mudah dikenal pasti.

    Bagaimanapun, bukan semua orang boleh bertindak memutuskan hubungan dengan seseorang yang kita panggil sahabat sekelip mata. Ramai yang sanggup memaafkan dan beri peluang walau berkali-kali.

    Tanda pertama anda tidak dihargai dalam satu-satu persabahatan adalah kurangnya komunikasi dua hala.

    Menurut pakar perhubungan, Seth Eisenberg, hubungan satu hala akan menyebabkan kita rasa letih, terutamanya dari segi emosi. Manakan tidak, hanya sebelah pihak sahaja yang memberi dan tidak pernah menerima.

    Jika anda letih bersahabat, cuba tanya diri beberapa soalan. Adakah anda yang selalu mendengar, membantu dan cuba memujuk?

    Apa pula reaksi mereka ketika anda mempunyai masalah. Adakah mereka sanggup mendengar atau hanya memberi balasan ala kadar sahaja?

    Selain itu, Eisenberg berkata, persahabatan yang sihat selalunya bersifat positif. Jika anda berkongsi berita-berita gembira bersama rakan, mereka akan mendengar dengan tekun dan membalas secara positif.

    Bagaimanapun, jika balasan mereka berbaur sindiran atau seakan-akan iri hati, besar kemungkinan persahabatan tersebut toksik untuk anda.

    “Selalunya, ketika berbual, isu yang sering diperkatakan berkisar mengenai rakan anda, misalnya kisah cinta, masalah peribadi atau pengalaman mereka sahaja. Apabila anda mula cerita tentang diri sendiri, mereka mula hilang minat.

    “Persahabatan jenis ini hanya akan membuatkan kita rasa sedih dan gelisah. Hubungan toksik sebegini juga boleh mencalarkan keyakinan diri,” jelas Eisenberg.

    Selain itu, antara tanda-tanda lain persahabatan tersebut bersifat sebelah pihak ialah:

    Rakan hanya berhubung jika ingin meminta tolong sahaja.

    Anda yang selalu bertanya khabar. Jika tidak menghantar mesej, mereka tidak akan hubungi anda.

    Anda yang selalu merancang perjumpaan. Mereka langsung tidak berniat untuk berjumpa anda.

    Artikel berkaitan: Baik buruk berkawan rapat dengan rakan sekerja

    Artikel berkaitan:  Kerja jadi mudah sebab kita ada kawan

    Bukan semua persahabatan kekal sampai bila-bila

    Hakikatnya, bukan semua hubungan akan kekal. Kadangkala, memutuskan hubungan adalah yang terbaik untuk kesihatan mental diri.

    Jika sudah berkali-kali kita cuba berbincang atau menerangkan mengenai keresahan yang menghantui diri kepada rakan, mungkin lebih baik kita undur diri daripada terus-terusan makan hati.

    Menurut Eisenberg, fikir dulu tentang nilai persahabatan tersebut sebelum memutuskan hubungan.

    “Adakah ia masih membawa kegembiraan dan kepuasan? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk undur diri,” jelasnya.

    Eisenberg berkata, semua orang berhak untuk dikelilingi oleh individu yang sanggup memberi sokongan terutamanya jika diperlukan.

    Jika rakan tidak mampu memberikan sokongan tersebut, lebih-lebih lagi setelah berkali-kali diminta, mungkin sudah tiba masanya untuk menoktahkan hubungan tersebut.

    Sudah tentu, keputusan ini bukanlah mudah. Ia juga tidak bermaksud anda bukan seorang rakan yang baik.

    Kadangkala, kita terpaksa melakukan keputusan yang sukar demi menjaga hati dan perasaan sendiri. – RELEVAN

    Previous ArticleIbnu Sina: Adiwira dunia sains dan perubatan
    Next Article Iffah dan Syaja’ah menuju lazat yang sejati

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.