Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Helah psikologi untuk bina tabiat menyimpan

    Helah psikologi untuk bina tabiat menyimpan

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 24, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BEBERAPA petua psikologi boleh dimanfaatkan untuk membina tabiat menyimpan. - GAMBAR HIASAN/PEGGY ANKE (Pexels)

    BANYAK hal dalam kewangan boleh dikaitkan dengan psikologi manusia. Malah, antara cabang ilmu kewangan yang terkenal ialah kewangan tingkah laku, yang memerhati tindak-tanduk manusia berkaitan kewangan melalui lensa ilmu psikologi.

    Selain tujuan kajian, pemahaman tentang psikologi juga boleh dimanfaatkan untuk membina tabiat baik tentang kewangan.

    Antara asas kewangan yang perlu dipupuk semua ialah menyimpan. Bacalah semua petua kewangan yang ada dalam internet, hampir semua menggalakkan tabiat menyimpan.

    Simpanan boleh menyelamatkan kita daripada kecemasan kewangan yang tak diduga. Simpanan juga yang menjamin kehidupan sejahtera di usia tua, selepas bersara.

    Walaupun tak semua orang mampu menyimpan, sebagai persediaan, kita boleh cuba membina tabiat menyimpan yang sihat dan baik. 

    Membina dan mengubah tabiat melibatkan komponen psikologi. Sehubungan itu, kami kongsikan beberapa petua psikologi yang boleh digunakan untuk membina tabiat menyimpan.

    Yang suka dan tak suka

    Perancang kewangan, Misty Lynch berkongsi di CNET Money tentang emosi terhadap perbelanjaan lampau.

    Untuk membina tabiat simpanan dan merancang belanjawan, Lynch meminta pelanggannya melihat semula perbelanjaan bulanan lampau. Setiap data belanja disusuri dan pelanggan diminta menyatakan perasaan mereka terhadap perbelanjaan tersebut.

    Untuk perbelanjaan menggembirakan, mereka digalakkan mengulang belanja sama pada bulan-bulan lain, walau tak semestinya perlu setiap bulan. Sebaliknya, perbelanjaan yang membawa rasa kesal terus dibuang daripada belanjawan bulan akan datang.

    Ini cara mudah untuk kita menilai perbelanjaan lampau, sama ada baik atau tidak. Kalau rasa gembira bertahan sehingga beberapa bulan, maknanya perbelanjaan tersebut berbaloi. Yang membawa kesal itu kesilapan, maka jangan diulang.

    Dengan penilaian teliti terhadap belanjawan lampau, kita dapat menyimpan dengan lebih baik dan banyak.

    7 langkah

    Dalam artikel sama, perancang kewangan dan pakar psikologi kewangan, Brad Klontz mencadangkan tujuh langkah memanfaatkan psikologi untuk membina tabiat menyimpan.

    1. Pilih tiga matlamat: Tuliskan matlamat tersebut.
    2. Uji uja: Lihat setiap matlamat tersebut dan pastikan ia membuatkan anda teruja. Jika tidak, pilih matlamat lain.
    3. Letak nama yang mengujakan: Gunakan nama yang spesifik dan mengujakan. Contohnya, berbanding “tabung cuti”, letak “tabung Korea”.
    4. Letak masa: Letakkan rangka masa untuk matlamat tersebut. Contohnya, “tabung Korea 2025”.
    5. Gambarkan matlamat: Buat projek kraf dengan gambar-gambar atau poster tulisan untuk bantu menggambarkan matlamat tersebut. Bayangkan sebuah kolaj yang penuh dengan gambar lokasi percutian impian.
    6. Bina subakaun simpanan: Berbanding letak semua simpanan dalam satu akaun, pecahkannya kepada beberapa simpanan kecil dengan matlamat berbeza.
    7. Buat simpanan automatik: Biar wang dipindahkan ke akaun simpanan secara automatik pada setiap awal bulan supaya anda boleh atur belanja wang baki dengan sebaiknya.

    Simpan setiap hari

    Pensyarah pemasaran di University Rice, Utpal M. Dholakia mencadangkan simpanan setiap hari. Maknanya, anda simpan sejumlah wang setiap hari, walaupun jumlahnya kecil.

    Tujuannya untuk membina tabiat yang teguh dengan mengulang perbuatan sama setiap hari. 

    Menurutnya, dengan setiap pengulangan, perubahan kecil berlaku pada mekanisme kognitif dan saraf. Ia membantu membina tabiat yang yang lebih kukuh.

    Simpan lebih ketika wang banyak

    Sepanjang tahun, ada masa kita menerima wang lebih daripada yang biasa. Contohnya, bonus hujung atau awal tahun, kenaikan gaji, hadiah atau anugerah serta pulangan cukai.

    Gunakan kesempatan tersebut untuk menambah jumlah simpanan. Boleh juga gunakan sebagai ganjaran – berbelanjalah dan bergembira – tetapi asingkan sedikit untuk simpanan.

    Dengan cara tersebut, anda tidak perlu mengurangkan perbelanjaan untuk menyimpan lebih. Secara psikologi, ia lebih memuaskan, malah menyenangkan. – RELEVAN

    Previous ArticlePekerja tidak sihat disebabkan sindrom bangunan sakit
    Next Article Rawat jerawat, pori dan garis penuaan dengan produk yang betul

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.