Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 petua bercakap terang dan jelas

    3 petua bercakap terang dan jelas

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 15, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KATA Bob, ketika bercakap kita perlu bernafas. - GAMBAR FAUZI BAHARUDIN/RELEVAN

    TIDAK ramai orang menghargai kepetahan bercakap. Saya selalu kagum melihat mereka yang boleh bercakap dengan terang, jelas dan berkesan.

    Kemahiran itu selalu ada pada pengucap awam, baik pengacara, penyampai radio atau pemidato.

    Bukan sahaja kelancaran bercakap. Pemilihan perkataan yang tepat, penggunaan nada yang bersesuaian – ini semua kemahiran yang dibina dengan latihan intensif dan kerap, jika anda tiada bakat semula jadi.

    Dalam kalangan rakan-rakan, Mohd Fakhrul Akmal Mohamed Yusof atau Bob yang jelas ada kemahiran tersebut. Dia petah bercakap dalam konti, depan kamera mahupun ketika melepak bersama rakan-rakan.

    Sebab itu, apabila berpeluang menemu bual Bob tentang kerjayanya sebagai penyampai radio, saya selit sekali permintaan untuk dia berkongsi petua bercakap terang dan jelas. Ini tiga petua yang diberinya.

    • Iqra

    Baca. Kata Bob, pembacaan penting untuk meningkatkan perbendaharaan kata. Lebih banyak perkataan ada dalam kepala, lebih mudah untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan.

    “Apabila perbendaharaan kata kaya, secara automatik kita bercakap menggunakan perkataan yang sepatutnya diguna.”

    • Berkomunikasi

    Berbuallah dengan sesiapa, ia menjadi medan latihan untuk bercakap. Beranikan diri berbual supaya kita tahu nak guna laras yang sesuai apabila bercakap dengan kumpulan tertentu.

    “Berlatih (bercakap) dalam kumpulan kecil, dalam kehidupan seharian. Kita tak boleh berbual dengan mat rempit dengan gaya temu bual (dengan wartawan).”

    • Bernafas

    Jangan tergesa-gesa bercakap. Bernafas. Menurut Bob, bernafas boleh bawa erti yang lebih besar — bertenang, susun percakapan, ambil masa.

    “Kenapa kita tergagap? Sebab kita terlupa bernafas. Tarik nafas, kemudian bercakap. Ketika bercakap pun kita bernafas.” – RELEVAN

    Previous ArticleBob Cultcha: Sebuah kultus seni budaya
    Next Article Kenapa sekarang susah nak cari kerja?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.