Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belajar menyimpan sejak kecil

    Belajar menyimpan sejak kecil

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 6, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BERLATIH menyimpan sejak kecil membantu anda menghadapi cabaran kewangan apabila dewasa. - GAMBAR HIASAN/KAROLINA GRABOWSKA (Pexels)

    PERNAH tak anda ke mana-mana kedai, nampak satu barang yang sangat diinginkan? Mungkin permainan, baju atau buku.

    Tapi harganya mahal. Hati rasa takut mahu minta duit daripada mak dan ayah. Akhirnya anda hanya mampu memendam hajat, lupakan niat untuk memiliki barang idaman hati.

    Saya ada cadangan. Apa kata anda simpan wang saku setiap hari sampai cukup untuk beli barang tersebut?

    Sikit-sikit, lama-lama jadi…

    Katakanlah barang itu berharga RM100. Duit belanja yang anda dapat RM10 sehari, RM5 untuk sekolah pagi dan RM5 untuk kelas agama waktu petang.

    Kalau simpan RM2 sehari, anda perlu 50 hari untuk capai jumlah RM100. Itu bersamaan 10 minggu.

    Kalau konsisten menyimpan, dalam tempoh dua bulan setengah anda sudah ada cukup wang untuk beli barang idaman. Menarik, bukan?

    Mungkin duit belanja anda kurang daripada RM10 sehari atau mungkin barang yang anda mahu lebih mahal. Tak apa sebab anda hanya perlu bersabar lebih lama untuk dapat beli barang tersebut.

    Menangguhkan kepuasan

    Mampu membeli barang idaman ialah ganjaran besar yang menanti jika anda sanggup menyimpan. Namun, lebih besar lagi ialah pengajaran di sebalik amalan itu.

    Namanya kepuasan tertangguh. Dalam bahasa Inggeris, delayed gratification. 

    Ada satu kajian yang dibuat lama dulu, dinamakan sebagai Stanford Marshmallow Test. Kajian itu meramal, kanak-kanak yang sanggup menangguhkan kepuasan demi ganjaran lebih besar akan lebih berjaya apabila dewasa.

    Itulah konsep menyimpan. Anda menangguhkan kepuasan membelanjakan semua wang yang ada setiap hari untuk ganjaran yang lebih besar, iaitu sejumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli barang idaman.

    Anda perlu berkorban – beli makanan yang lebih murah pada waktu rehat demi berjimat – tetapi apabila amalan tersebut sudah meresap dalam diri, anda lebih kuat untuk berhadapan cabaran kewangan ketika dewasa kelak. – RELEVAN

    featured kecelikan kewangan kewangan menyimpan simpanan
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.