Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima tahap kesedihan menurut Kübler-Ross

    Lima tahap kesedihan menurut Kübler-Ross

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 8, 2024Updated:August 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lima tahap kesedihan menurut Kübler-Ross. - GAMBAR HIASAN ABIGAIL/UNSPLASH

    KESEDIHAN merupakan satu perkara yang tidak boleh dielakkan dalam hidup. Semua orang akan rasa sedih, sama ada disebabkan kematian, perpisahan atau kehilangan pekerjaan. 

    Kesedihan merupakan satu perasaan kompleks. Ia bukanlah satu perkara yang linear. Semua orang memproses kesedihan dengan cara yang berbeza. 

    Benar, orang kata masa akan memulihkan segalanya. Tetapi, perjalanan untuk mengubati kesedihan berbeza mengikut individu. 

    Ada yang boleh ‘move on‘ dalam masa sebulan dua. Namun, ada juga yang perlu mengambil masa bertahun-tahun untuk mengatasi kesedihan yang dialami. 

    Walaupun semua orang berhadapan dengan kesedihan dengan cara berbeza, pakar psikiatri, Elisabeth Kübler-Ross telah menggariskan lima tahap utama yang bakal dihadapi oleh individu yang bersedih dalam bukunya, On Death and Dying yang diterbitkan pada 1969.

    Model lima tahap kesedihan itu dibangunkan Kübler-Ross untuk membantu pesakit kronik yang sedang berhadapan kematian. 

    Bagaimanapun, model tersebut kini digunakan secara meluas sebagai satu langkah bagi orang ramai memproses dan memahami kesedihan. 

    Kübler-Ross berkata, hampir semua orang akan melalui lima tahap kesedihan iaitu penafian (denial), amarah (anger), berbolak-balik (bargaining) kemurungan (depression) dan akhirnya, penerimaan (acceptance). 

    Cuba menafikan apa yang telah berlaku 

    Bukan sesuatu di luar kebiasaan jika seseorang itu nampak tenang walaupun baru sahaja berhadapan dengan satu peristiwa yang dahsyat. Dari segi sains, itu merupakan satu respons badan untuk melindungi diri daripada kejutan. 

    Antara contoh tindak balas yang seseorang mungkin alami dalam tempoh masa itu ialah:

    1. Keengganan menerima kematian seseorang
    2. Tidak mahu bercakap mengenai topik tersebut
    3. Menafikan kebenaran satu-satu berita, contohnya berkata kepada orang lain kematian individu tertentu adalah tidak benar 

    Dalam konteks perhubungan, individu yang baru sahaja berpisah mungkin rasa perpisahan itu hanya seketika. Esok lusa, pasangan mereka pasti akan rasa menyesal dan datang kembali. 

    Lama-kelamaan, kesedihan tersebut akan membuatkan kita rasa kosong. Kemudian, semua emosi dan perasaan yang dinafikan tadi akan datang kembali, kemungkinan besar dalam bentuk amarah. 

    Munculnya rasa marah

    Setelah seseorang mula faham apa yang berlaku, mereka selalunya akan mula rasa marah. 

    Rasa marah itu boleh ditujukan kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Misalnya, kepada doktor yang tidak dapat menyelamatkan ahli keluarga atau kepada pasangan yang memilih untuk pergi berbanding berbincang dan menyelesaikan masalah. 

    Rasa marah merupakan tindak balas yang normal, walaupun ia mungkin secara tidak langsung akan mengecewakan atau menyakiti orang lain. 

    Sebenarnya, amarah hanyalah satu manifestasi perasaan sedih. 

    Tetapi, kemarahan bukanlah satu-satunya emosi yang bakal dialami dalam peringkat ini. 

    Ada juga yang rasa sengsara, baran, kurang sabar dan resah. Semuanya perasaan ini adalah sebahagian daripada proses pulih dari kesedihan. 

    Perasaan berbolak-balik 

    Apabila kita merasai kesedihan, perasaan tersebut selalunya datang dengan rasa putus asa. 

    Pada waktu itu, muncullah rasa sesal, kononnya kita boleh lakukan sesuatu yang berbeza untuk mengelakkan kehilangan insan yang kita sayang. 

    Kita mula tawar-menawar. Kadangkala dengan diri sendiri atau dengan Tuhan, dengan harapan perasaan sedih tersebut dapat dihilangkan secepat mungkin. 

    Lebih teruk, ada yang berharap agar semuanya kembali normal dan apa yang berlaku hanyalah mimpi ngeri. Contohnya: 

    • “Kalau aku bawa mak ke hospital lebih cepat, mak mungkin dapat diselamatkan.”
    • “Kalau aku beri perhatian pada dia, mungkin dia tidak akan pergi.”
    • “Tuhan, kalau dia datang kembali, aku janji aku tak akan sia-siakan peluang yang diberikan.”

    Mula alami kemurungan 

    Lama-kelamaan, kesedihan itu akan bertukar menjadi kemurungan. Kita akan mula rasa sedih yang berpanjangan sehingga sukar untuk meneruskan hidup seperti biasa. 

    Kemurungan adalah tindak balas normal terhadap trauma. Tidak dinafikan, kehilangan orang tersayang boleh membawa trauma tertentu kepada seseorang. 

    Bagaimanapun, jika kemurungan berlarutan terlalu lama, ia perlu ditangani secepat mungkin. Kesedihan berpanjangan boleh menyebabkan banyak lagi masalah-masalah lain.  

    Oleh itu, pastikan anda dapatkan rawatan pakar sekiranya perasaan yang dialami terlalu berat untuk ditanggung seorang diri. 

    Kemurungan adalah satu penyakit yang boleh mendatangkan simptom fizikal jika ia tidak ditangani. 

    Penerimaan 

    Penerimaan merupakan tahap terakhir dalam proses yang digariskan oleh Kübler-Ross. 

    Pada waktu itu, kita sudah boleh menerima hakikat mengenai kehilangan yang dialami. Kita tidak lagi cuba menafikan atau menidakkan sebarang perkara yang berlaku. Ini merupakan tanda kita sudah pulih dari kesedihan. 

    Kita mungkin tidak akan pernah ‘move-on’ daripada perpisahan atau kematian seseorang. Namun, kita boleh belajar untuk teruskan kehidupan dan dalam masa sama, simpan segala kenangan yang ada dalam hati agar ia terus hidup. – RELEVAN

    Previous Article3 isu utama yang merencat pengurusan harta pusaka
    Next Article Strok tidak kenal usia; cegah sebelum rawat, ubah sebelum terlambat

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.