Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji progresif bantu PKS kekalkan pekerja berkemahiran tinggi

    Gaji progresif bantu PKS kekalkan pekerja berkemahiran tinggi

    By Umi FatehahAugust 6, 2024Updated:August 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAFIZI dalam sesi Town Hall Dasar Gaji Progresif di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. - GAMBAR MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI/RELEVAN

    DASAR Gaji Progresif (DGP) yang diperkenalkan kerajaan akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengekalkan bakat dan menangani masalah penghijrahan tenaga kerja ke syarikat multinasional atau luar negara.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, DGP bertujuan menangani isu pekerja yang melihat PKS sebagai batu loncatan ke syarikat yang lebih besar dengan menyediakan gaji yang lebih kompetitif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran.

    “Kita tidak dapat mengubah persepsi orang ramai terhadap PKS tetapi apa yang boleh dilakukan ialah mengubah dan meningkatkan mutu (PKS).

    “Masalah ini tidak berlaku di negara yang perkembangan ekonominya lebih maju seperti Jerman. Ini kerana di sana (Jerman), industri PKS dianggap sangat kuat dan kompetitif,” katanya pada sidang media sempena Sesi Town Hall Dasar Gaji Progresif di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 6 Ogos.

    DGP juga bertujuan menaikkan gaji, mencapai pengagihan pendapatan yang seimbang dan merombak pasaran buruh untuk meningkatkan gaji pekerja selaras dengan peningkatan produktiviti.

    Menurut Rafizi, data menunjukkan bahawa pekerja peringkat permulaan (graduan baharu) sering mengalami pertumbuhan gaji yang perlahan. 

    “Perkara sama berlaku kepada pekerja separa mahir yang berpengalaman. Sebab itu, mekanisme gaji progresif dilaksanakan sebagai pelengkap kepada gaji minimum sedia ada untuk meliputi lebih banyak kumpulan pekerja. 

    “Pada tahun ini, tumpuan Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) adalah untuk membina sistem yang lebih baik,” jelasnya.

    Gaji dan latihan

    Projek Rintis DGP akan menyaksikan majikan terpilih menerima insentif sebanyak RM200 sebulan bagi setiap pekerja dalam peringkat permulaan.

    Sementara itu,  bantuan sebanyak RM300 akan diberi untuk setiap pekerja dalam peringkat lebih tinggi.

    Terdahulu, Rafizi berkata, bagi melayakkan syarikat untuk menerima insentif, majikan perlu menyediakan dokumentasi yang membuktikan bahawa pekerja mereka telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 21 jam program peningkatan kemahiran atau latihan.

    Beliau menjelaskan bahawa pekerja yang menerima gaji dan latihan yang sewajarnya akan lebih cenderung untuk kekal dengan syarikat mereka. 

    Sehubungan itu, industri PKS akan lebih maju dan berkembang memandangkan pekerja berkemahiran tinggi terus berkhidmat di bawah naungan syarikat tempatan. 

    “Pekerja dapat melihat bahawa apabila bekerja di PKS, mereka dapat mencipta nilai dan mempunyai trajektori kerjaya yang kompetitif, setara dengan syarikat yang lebih besar.

    “PKS tidak boleh kata mereka mahu meningkatkan nilai tetapi tidak mahu sentuh soal gaji. Ia adalah sebahagian daripada penstrukturan semula keseluruhan yang perlu kita lakukan,” tambahnya.

    Tawaran nilai

    Namun, Rafizi berkata, menaikkan gaji untuk mengatasi kesan mata wang Singapura yang lebih kuat tidak akan menjadi cara yang mampan untuk menangani isu penghijrahan tenaga kerja.

    Sebaliknya, untuk memenangi persaingan bakat dengan negara jiran, kerumitan ekonomi perlu ditingkatkan bagi memberi ruang kepada syarikat termasuk PKS untuk menawarkan lebih banyak nilai dan pekerjaan yang lebih tinggi bayarannya.

    Setakat 5 Ogos, jumlah majikan yang membuka akaun DGP adalah sebanyak 1,094 syarikat dengan 443 permohonan. Manakala syarikat yang menepati syarat gaji adalah sebanyak 144. 

    Jelas Rafizi, buat masa ini, DGP hanya melibatkan lima sektor, iaitu pembinaan; pembuatan; perdagangan borong runcit dan kenderaan bermotor; maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, selain syarikat-syarikat di luar sektor. – RELEVAN

    Previous ArticleKerajaan pertimbang lanjut insentif gaji progresif
    Next Article Autisme dalam kalangan dewasa, ini cirinya

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.