Facebook Twitter
    Trending
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    • Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    • 5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenali duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental

    Kenali duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental

    By Zubaidah IbrahimMay 21, 2024Updated:May 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JIKA dilihat dari atas permukaan air, itik kelihatan tenang dan anggun berenang, tetapi di dalam air, kakinya bekerja keras untuk bergerak maju kedepan.- GAMBAR MADDY WEISS/ UNSPLASH

    DALAM hidup yang penuh cabaran ini, semua orang sedang berjuang untuk berada di tempat terbaik. Meskipun di raut wajah terlihat tenang tetapi dalam hatinya penuh gelora.

    Demikian situasi ringkas mengenai duck syndrome atau sindrom itik. Mereka Nampak tenang dan baik-baik sahaja di luar tetapi hakikatnya sedang berjuang keras untuk mengatasi berbagai masalah.

    Istilah ini berasal dari analogi itik yang berenang di permukaan air. Jika dilihat dari atas permukaan air, itik kelihatan tenang dan anggun berenang, tetapi di dalam air, kakinya bekerja keras untuk bergerak maju kedepan.

    Sindrom itik boleh dialami oleh siapa sahaja tetapi lebih sering terjadi kepada  mereka di lingkungan kompetitif seperti pelajar, pekerja dan atlet.

    Jangan pandang remeh perkara ini kerana sindrom itik boleh mencetuskan keadaan kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan atau gejala kesihatan mental yang lain.

    Menurut PsychCentral, tanda dan gejala mungkin berbeza-beza, tetapi terdapat beberapa persamaan pada mereka yang mengalami sindrom itik seperti berikut:

    • Suka bandingkan diri dengan orang lain
    • Berasa orang lain lebih baik
    • Merasakan diri sudah gagal memenuhi tuntutan hidup
    • Takut diteliti atau dikritik
    • Berasa seperti orang lain memanipulasi situasi untuk menguji prestasi anda

    Di samping itu, anda mungkin mengalami sindrom itik jika dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang memberi penekanan tinggi pada pencapaian atau membesar dengan penjaga yang terlalu melindungi.

    Sementara itu, Jururawat Terlatih dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Efsan Chan turut kongsikan ciri-ciri mereka yang mengalami duck syndrome seperti berikut:

    • Nampak tenang dan baik-baik sahaja tetapi di dalamnya sangat tertekan
    • Mengalami self-esteem yang sangat rendah
    • Pernah mengalami traumatis dalam hidup
    • Berusaha memenuhi standard sosial masyarakat sekeliling walaupun tidak berkemampuan contohnya, ingin rumah besar dan kereta mewah
    • Boleh terjadi disebabkan oleh tuntutan kerjaya dan tekanan hidup
    • Boleh berpunca daripada pengaruh media sosial
    • Ingin kelihatan sempurna

    Mengurus sindrom itik

    Menguruskan sindrom itik mungkin agak mencabar kerana ia tidak terkenal. Tetapi terdapat beberapa langkah untuk membantu diri anda mengatasinya.

    Kemurungan dan kebimbangan boleh berlaku akibat sindrom itik. Oleh itu, menguruskan sindrom itik mungkin ditangani dengan kaedah sama untuk merawat kemurungan dan kebimbangan (anxiety).

    1. Terapi

    Dapatkan bantuan daripada ahli psikoterapi untuk membantu anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya, memberi sokongan dan bimbingan dalam menghadapi sindrom ini.

    Terapi boleh membantu kesejahteraan keseluruhan. Oleh itu, tugas ahli terapi sangat penting untuk membantu anda mengatasi sindrom itik.

    1. Ubat

    Ubat untuk masalah kebimbangan dan kemurungan mungkin merupakan sebahagian daripada cara menguruskan sindrom itik kerana kedua-duanya mempunyai gejala serupa.

    Antidepressants atau ubat anti-kebimbangan boleh membantu meringankan gejala yang berkaitan dengan sindrom itik.

    Dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor sekiranya anda berhasrat untuk mengambil ubat tersebut.

    1. Sokongan emosi

    Dapatkan sokongan emosi daripada ahli keluarga, pasangan ataupun sahabat baik dalam mengharungi permasalahan ini. Jangan pendam sendirian dan hentikan kepura-puraan yang kononnya anda baik-baik sahaja tetapi hakikatnya mengalami tekanan sangat besar.

    Bagi pelajar pula, anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kaunselor sekolah ataupun guru. Ceritakan tekanan atau kebimbangan yang dirasai.

    1. Bahagiakan diri

    Jangan biarkan kekecewaan dan tekanan itu meragut kebahagiaan anda. Sayangi diri dan lakukan perkara yang disukai termasuk hobi kegemaran.

    Cari cara untuk healing dan mencipta kebahagiaan sendiri tanpa membandingkan diri dan orang lain. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kerana manusia tidak sempurna.- RELEVAN

    Previous ArticleMakanan-makanan yang merosakkan otak
    Next Article Berkongsi makan di pejabat: keajaiban sebuah acara bernama potluck

    Artikel berkaitan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026

    Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

    April 13, 2026
    Artikel Terkini

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.