Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 perbualan kewangan untuk pasangan berkahwin

    4 perbualan kewangan untuk pasangan berkahwin

    By Umi FatehahJanuary 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 perbualan kewangan untuk pasangan berkahwin. - GAMBAR HIASAN DREW COFFMAN/UNSPLASH

    PERKAHWINAN antara dua insan yang saling menyayangi memang indah. Kehidupan menjadi lebih berseri-seri selepas ada peneman hidup. Buat kerja rumah pun ada yang teman dan saling bantu membantu.

    Namun, sisi kurang indah dalam perkahwinan jarang-jarang dibincangkan. Salah satunya ialah berkaitan kewangan. 

    Tidak dinafikan, ada beberapa kes perceraian berlaku disebabkan kedua-dua pasangan tidak sehaluan berkaitan kewangan. Oleh itu, perbincangan berkaitan kewangan antara pasangan masing-masing amat penting.

    Kebanyakan orang sering menganggap isu kewangan yang perlu dibincangkan ialah bajet atau belanjawan. Betul, tetapi ada beberapa topik yang lebih berat perlu dibincangkan. 

    Berikut adalah empat masalah kewangan yang berlaku dalam kalangan pasangan berkahwin. Ambil perhatian, berbincang, rancang tindakan agar tiada permasalahan pada masa akan datang.

    1. Hutang

    Hutang sepatutnya menjadi perbualan pertama dan paling kerap untuk sepasang suami isteri. Ini termasuk berbincang tentang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran dan gadai janji. 

    Pasangan harus berada di halaman yang sama berkaitan isu ini. Jangan sembunyikan apa-apa berkaitan hutang kerana khuatir timbul masalah yang tidak diingini pada masa akan datang.

    Contoh soalan yang boleh ditanya:

    • Awak guna kad kredit untuk apa? Hanya untuk kecemasan atau semua barang awak beli untuk kumpul mata ganjaran?
    • Awak bayar hutang kredit dalam jumlah yang penuh setiap bulan atau bayar sikit-sikit?
    • Untuk aset yang akan susut nilai seperti kereta, awak rasa lebih sesuai teruskan bayar setiap bulan, beli secara tunai atau dipajak?
    1. Gaji

    Ada kemungkinan anda dan pasangan tidak mempunyai gaji yang sama. Mungkin si suami memperoleh gaji yang lebih rendah daripada si isteri. Ia tidak salah. Namun, bincangkan tanggungjawab masing-masing dengan baik.

    Bagi pasangan yang beragama Islam, tanggungjawab wajib sebagai suami ialah menyediakan nafkah utama seperti tempat tinggal, pakaian, makan dan minum. Tidak kiralah berapa sekalipun gaji suami, anda wajib menyediakan keperluan yang disebutkan. 

    Namun, jika isteri sanggup membantu juga tiada masalah. Pastikan ia dilakukan atas kerelaan dan keredaan isteri, bukan secara paksaan. 

    Selain nafkah, terdapat beberapa lagi perkara yang berkait rapat dengan gaji. Berikut ialah contoh soalan yang boleh ditanya:

    • Awak rasa, salah seorang daripada kita perlu berhenti kerja untuk menjaga anak atau hantar anak ke pusat jagaan? Atau, kita akan mengupah pembantu rumah bagi menjaga anak?
    • Buat masa sekarang, gaji saya lebih besar daripada awak. Awak rasa kalau saya kawal dan rancang kewangan kita sesuai atau tak? Atau, awak berminat tak untuk bertanggungjawab merancang kewangan kita?
    • Disebabkan gaji saya rendah, apa yang saya boleh lakukan untuk tolong ringankan beban awak?
    1. Simpanan atau perbelanjaan

    Beberapa tahun awal perkahwinan boleh menjadi mencabar dan ramai pasangan muda berasa seperti mereka belum boleh mula menyimpan. Tetapi menyimpan wang walaupun dalam jumlah yang kecil ialah idea yang sangat bijak.

    Secara umumnya, bincangkan strategi berapa jumlah yang perlu disimpan dan dibelanjakan mengikut keperluan. 

    Soalan untuk ditanya:

    • Selepas gaji kita digabungkan, awak rasa berapa jumlah yang bersesuaian untuk kita masuk dalam simpanan?
    • Dana kecemasan itu penting, awak rasa berapa yang kita perlu simpan setiap bulan?
    • Untuk keperluan barang dapur, berapa jumlah wang yang kita perlu asingkan?
    1. Matlamat kewangan

    Salah satu sebab sesetengah individu sukar membuat keputusan kewangan yang baik adalah kerana gagal memikirkan keperluan masa depan. Sebagai pasangan, perkahwinan bermakna anda boleh saling membantu untuk mencapai matlamat tersebut. 

    Walau bagaimanapun, jika suami dan isteri tidak mempunyai matlamat yang sama, besar kemungkinan akan timbul pergaduhan, salah faham dan sebagainya.

    Soalan untuk ditanya:

    • Apa yang penting bagi kita? Awak nak kita melancong, membeli rumah, memulakan perniagaan atau merancang keluarga? 
    • Nanti bila dah bersara, awak nak teruskan menyewa atau nak ada rumah persaraan?
    • Kalaulah kita ada banyak duit, apa kita nak buat dengan duit itu?

    Apa-apa pun, setiap pasangan dan keluarga mempunyai perancangan yang berbeza. Isu ini lebih sesuai sekiranya dibincangkan dengan pasangan dan dapatkan pendapat orang yang betul-betul layak seperti pakar kewangan, bukan rakan atau warga media sosial. 

    Cuba untuk berbincang dengan baik kerana kebiasaannya, isu kewangan akan melibatkan emosi. Rancang dengan baik agar anda dan pasangan dapat melalui kehidupan perkahwinan dan berkeluarga yang bahagia. – RELEVAN

    Previous ArticleMenyerlah di tempat kerja tanpa perlu menjadi pembodek dan penjilat
    Next Article Ceritakan tentang diri ketika temu duga? Jangan panik, ini langkah dan cara untuk menjawabnya

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.