Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 28, 2023Updated:September 28, 20236 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PUSINGAN akhir Debat Perpaduan 2023 menemukan pasukan UKM (atas) dengan UiTM (bawah). - GAMBAR RELEVAN

    KEMUNCAK pertandingan debat biasanya berlangsung di peringkat universiti. Debat intervarsiti ialah debat terbaik, dalam konteks pertandingan, yang boleh kita saksikan.

    Jika perdebatan berlangsung pada tahap tinggi, banyak pengajaran dan pengetahuan dapat kita kutip dengan menonton satu pertandingan debat. Malangnya, pertandingan sebegini tidak begitu mendapat perhatian rakyat Malaysia.

    Relevan mahu memanfaatkan pertukaran pengetahuan yang berlangsung dalam pertandingan debat. Sehubungan itu, kami cuba menyampaikan laporan yang bertumpu kepada kandungan debat kepada anda.

    Baru-baru ini, pertandingan Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2023 telah berlangsung dengan jaya. Pusingan awal sehingga separuh akhirnya diadakan secara dalam talian manakala pusingan akhir berlangsung dengan gemilang di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM). 

    Pusingan akhir melibatkan pertemuan antara pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kemenangan berpihak kepada UKM dengan keputusan juri 5-2 dan margin 3.4.

    Latar asas

    Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 memperdebatkan usul Dewan Ini Mengakui Pembangunan Negara Mencerminkan Kesepaduan Sosial. 

    Pasukan UKM yang memegang posisi kerajaan diwakili Muhammad Iman Azhar sebagai Perdana Menteri (PM), Sharifah Umairah Syed Mustaffa sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), Hafiz Hafizi Norependi sebagai Menteri Pertahanan (MP) dan Shamrizal Samiju sebagai pendebat simpanan.

    ARTIKEL BERKAITAN: UKM juara Debat Perpaduan 2023

    Di meja pembangkang pula, UiTM diwakili Nursyamimi Syahirah Mohd. Joha sebagai Ketua Pembangkang (KP), Ivanatasha Abdul Majid sebagai Timbalan Ketua Pembangkang (TKP), Muhammad Alif Izzudin Azmale sebagai pembangkang pertama (P1) dan Muhammad Adika Mat Khamis sebagai pendebat simpanan.

    Ivanatasha diumumkan sebagai pendebat terbaik dalam pusingan tersebut.

    Pembukaan kes

    Muhammad Iman Azhar

    Muhammad Iman membuka sidang akhir dengan definisi usul. Di pihak kerajaan, frasa pembangunan negara ditakrifkan sebagai usaha pembangunan dari bawah ke atas seperti yang dikerangkakan dalam model Ekonomi Madani. 

    Dia turut meletakkan dua indikator untuk mengukur pembangunan negara, iaitu pembangunan sosioekonomi rakyat seperti peningkatan pendapatan, peningkatan taraf hidup dan pengecilan jurang antara rakyat. Satu lagi indikator ialah pembangunan urus tadbir dan tatakelola yang cekap.

    Frasa kesepaduan sosial pula dirujuk kepada Indeks Perpaduan Nasional (Ipnas). Enam komponen pemboleh ubah digunakan, iaitu keterangkumaan, kesamaan, pengiktirafan, legitimasi, penyertaan dan kekitaan.

    Frasa terakhir, iaitu mencerminkan pula didefinisikan secara literal sebagai menggambarkan. 

    Secara keseluruhannya, usul perdebatan didefinisikan sebagai penilaian korelasi antara kesepaduan sosial dengan pembangunan negara. Di pihak kerajaan, mereka mahu membuktikan bahawa jika kesepaduan sosial baik, pembangunan negara juga akan baik dan jika kesepaduan sosial buruk, pembangunan negara juga bakal buruk.

    Hujah pertama oleh Muhammad Iman adalah tentang pengurangan defisit sosial yang membawa kepada pembangunan negara. Hujan ini mengguna pakai dua pemboleh ubah kesepaduan sosial yang telah dinyatakan, iaitu keterangkuman dan kesamaan.

    Hujahnya, usaha membangunkan pendapatan golongan rentan dan merapatkan jurang pendapatan antara wilayah serta kaum telah menatijahkan pembangunan dalam bentuk pembinaan infrastruktur serta kebolehcapaian jalan, komunikasi dan logistik.

    Pembukaan bangkangan

    Nursyamimi Syahirah Mohd. Joha

    Kes di pihak pembangkang dibuka oleh Nursyamimi Syahirah dengan pertikaian terhadap definisi kerajaan. Menurutnya, definisi pembangunan negara tidak boleh bermula dengan model Ekonomi Madani dan konsep pembangunan dari bawah ke atas kerana dasar ekonomi hari ini turut meneruskan dasar-dasar terdahulu.

    Pembangkang juga cuba memberikan fahaman baharu terhadap frasa kesepaduan sosial dengan menyimpulkannya kepada tiga perkara, iaitu inklusiviti, amalan demokrasi dan kesaksamaan.

    Isu perpaduan juga dikembangkan kepada bukan hanya perpaduan kaum, sebaliknya turut melibatkan perpaduan kelas sosial.

    Asas bangkangan pembangkang, mereka melihat pembangunan negara hari ini tidakpun mencerminkan kesepaduan sosial kerana pembangunan negara tidak mendepani cabaran kesepaduan sosial.

    Hujah pertama pembangkang adalah tentang kesaksamaan. Bagi pembangkang, usaha pembangunan negara, walaupun bermatlamat merapatkan jurang sosial, tetap mewujudkan segregasi sosial.

    Contoh yang dibawa adalah tentang pelaksanaan subsidi bersasar. Usaha menarik subsidi daripada golongan kaya, dakwanya, akan menyebabkan pergeseran antara kelas pendapatan T20, M40 dan B40. 

    Juga dibangkitkan usaha pemerkasaan pendapatan antara gender tetapi gagal menutup ruang diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.

    Hujah kerajaan

    Sharifah Umairah Syed Mustaffa

    Sharifah Umairah membuka ucapannya dengan menjawab pertikaian Ketua Pembangkang. Menurutnya, pihak kerajaan tiada masalah dari segi dasar ekonomi yang ingin didebatkan, sama ada Ekonomi Madani atau yang sebelumnya. Juga mereka bersetuju bahawa isu perpaduan tidak perlu terhad kepada perpaduan kaum.

    Pada kefahaman kerajaan juga, kes pembangkang yang menunjukkan keburukan penarikan subsidi dan kesannya kepada kesepaduan sosial selari dengan apa yang diperjuang kerajaan.

    TPM seterusnya memulakan hujah kedua berkaitan tadbir urus. Hujah ini mengguna pakai tiga pemboleh ubah kesepaduan sosial iaitu pengiktirafan, penyertaan dan legitimasi.

    Usaha pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak dibawa, menunjukkan usaha tersebut memberi impak kepada dua wilayah tersebut serta pembangunan negara secara keseluruhannya.

    Hujah terakhir kerajaan adalah berkaitan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk membangunkan negara. Bukti yang dibawa adalah penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) selepas peristiwa 13 Mei 1969.

    Hujah pembangkang

    Ivanatasha Abdul Majid

    TKP membangkitkan isu penilaian kesepaduan sosial oleh kerajaan yang berpandukan skor. Baginya, penilaian tersebut perlu merentasi skor dalam indeks perpaduan, sebaliknya berpandukan tindakan dan amalan yang sedang berlaku.

    Ivanatasha juga membangkitkan percanggahan antara ucapan PM dengan TPM dari segi penggunaan Ekonomi Madani sebagai contoh. 

    Hujah kedua pembangkang dimulakan dengan isu inklusiviti yang tertumpu kepada aspek pekerjaan. Katanya, walaupun negara mencapai pembangunan dari segi penawaran pekerjaan kepada rakyat, masih berlaku ketaksaksamaan gaji antara kaum. 

    Hujah terakhir pembangkang pula berkaitan amalan demokrasi yang tidak sihat. Menurut wakil kedua pembangkang itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk negara mencapai tahap politik yang matang tetapi secara realitinya, rakyat masih mengundi berdasarkan sumber maklumat yang tidak sahih dan penilaian kaum.

    Bidasan kerajaan

    Hafiz Hafizi Norependi

    Bidasan pertama yang dipilih Hafiz Hafizi adalah berkaitan fahaman usul pembangkang. Baginya, pembangkang tidak menjawab usul yang dibentangkan kerajaan kerana pembangkang berhujah bahawa wujud perkaitan antara pembangunan negara dengan kesepaduan sosial.

    MP juga membangkitkan percanggahan kes yang dibawa oleh TKP kerana berhujah tentang skor indeks yang tidak mencerminkan perpaduan sebenar dan meninggalkan isu pembangunan negara.

    Bidasan pembangkang

    Muhammad Alif Izzudin Azmale

    Alif Izzudin membuka bidasannya dengan mempertikai fahaman cerminan oleh kerajaan. Pertama, katanya, produk cerminan perlulah sama dengan sumbernya, tidak cukup sekadar ada perkaitan. Kedua, dia menegakkan semula kes pembangkang yang menunjukkan ketidakselarian antara pembangunan dengan kesepaduan sosial.

    P1 turut membangkitkan isu ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah dan rasuah sebagai bidasan terhadap hujah-hujah kerajaan.

    Penggulungan pembangkang

    PENGGULUNGAN pembangkang disampaikan Nursyamimi Syahirah.

    Dalam sesi penggulungan, Nursyamimi Syahirah merangkumkan kes pembangkang dengan membangkitkan semula perjalanan hujah mereka yang membuktikan bahawa usaha pembangunan negara gagal membuahkan kesepaduan sosial.

    Hujah-hujah pembangkang berlangsung dengan menunjukkan pelaksanaan dasar pembangunan tidak selari dengan pengamalan, melalui tiga teras aspirasi kesepaduan sosial, iaitu inklusiviti, amalan demokrasi dan kesaksamaan.

    Di pihak kerajaan pula, KP membangkitkan kesilapan bacaan usul apabila hujah-hujahnya tidak menggambarkan keadaan pembangunan negara mencerminkan kesepaduan sosial, sebaliknya kesepaduan sosial yang mencerminkan pembangunan negara.

    Penggulungan kerajaan

    PENGGULUNGAN kerajaan disampaikan oleh Muhammad Iman.

    Dalam penggulungan, Muhammad Iman mendakwa tiada pertembungan dalam perdebatan kerana pembangkang membawa kayu ukur baharu, inklusiviti, amalan demokrasi dan kesaksamaan.

    PM turut mempertikai dakwaan TKP bahawa skor Indeks Perpaduan Nasional tidak menunjukkan realiti sebenar kesepaduan sosial. 

    Seterusnya, Muhammad Iman menjelaskan semula perjalanan hujah kerajaan yang berlangsung dengan membuktikan bahawa kesepaduan sosial dapat membuahkan pembangunan untuk negara.

    Rakaman penuh pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 boleh ditonton di saluran Youtube PERPADUAN Negara. – RELEVAN

    Previous Article4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    Next Article Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.