Facebook Twitter
    Trending
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    • Pantang larang selepas cabut gigi
    • Elak makanan ini jika sedang haus
    • Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 18, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar. - GAMBAR HIASAN CANVA

    DILEMA menentukan jurusan pengajian dan hala tuju kerjaya masih menjadi cabaran utama dalam kalangan pelajar, terutamanya apabila tamat alam persekolahan.

    Menurut Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi, kekeliruan ini bukan satu kelemahan. Sebaliknya, ia merupakan fasa normal dalam proses pertumbuhan diri demi memastikan kehidupan masa depan cerah.

    Syaza yang juga berperanan sebagai pengasas dan fasilitator kerjaya di Kejar Kerjaya menjelaskan bahawa ramai pelajar belum diberi ruang dan pendedahan mencukupi untuk memahami diri sendiri sebelum membuat pilihan besar dalam hidup.

    Tidak tahu minat bukan bermakna gagal

    Menurut Syaza, bukan semua pelajar mampu menentukan hala tuju kerjaya sejak usia muda kerana setiap individu berkembang pada kadar yang berbeza.

    “Tidak tahu minat apa itu normal. Hampir semua orang melaluinya. Masalah timbul apabila pelajar membuat keputusan tanpa memahami kemampuan diri sendiri,” katanya.

    Tambahnya lagi, setiap individu mempunyai kecenderungan yang berbeza. Sesetengah individu cemerlang dalam bidang matematik, ada juga bakat lebih terserlah dalam bidang komunikasi, kreativiti atau kemahiran teknikal. Setiap orang berbeza dan perbezaan itu perlu dihargai, bukan dipaksa sama.

    Kenali diri sendiri sebelum memilih kerjaya

    Antara langkah terpenting sebelum memilih jurusan ialah mengenali diri sendiri terlebih dahulu. Dalam konteks ini, pelajar perlu memahami personaliti dan kemampuan diri sendiri

    Syaza berkata, melalui kaedah seperti “profiling kendiri” yang turut disediakan oleh platform MyNext TalentCorp, pelajar boleh mengenal pasti kekuatan diri dengan lebih yakin. Antaranya termasuk:

    • Cara mereka bekerja secara individu atau berkumpulan
    • Kemahiran berkomunikasi
    • Kecenderungan sama ada ke arah matematik, kreatif atau praktikal

    Pemahaman ini membantu pelajar sedar bahawa kerjaya tidak terhad kepada satu laluan sahaja. Sebaliknya, terdapat banyak bidang yang boleh membina pelbagai kemahiran berbeza.

    Kurang pendedahan punca salah pilih jurusan

    Jelas Syaza, dilema pelajar berpunca daripada kurang pendedahan tentang dunia kerjaya sejak di bangku sekolah. Kebanyakan pelajar hanya didedahkan kepada profesion yang biasa didengar seperti doktor, jurutera, akauntan atau guru.

    Akibatnya, ramai terlepas pandang jurusan serta kerjaya lain yang jarang didedahkan, selain tidak melakukan penyelidikan menyeluruh sebelum membuat keputusan.

    “Hakikatnya, dunia pekerjaan hari ini jauh lebih luas dan sentiasa berubah. Banyak pekerjaan yang wujud sekarang tidak pernah ada berbelas tahun lalu. Tanpa pendedahan awal, pelajar tidak tahu pilihan kerjaya sebenarnya lebih luas dari disangka,” tambahnya.

    Minat perlu selari dengan pasaran kerja

    Tambah Syaza, minat merupakan faktor penting. Bagaimanapun pelajar juga perlu mengambil kira realiti dan perubahan pasaran kerja semasa.

    Buktinya termasuk kemunculan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) yang memberi kesan besar kepada dunia hari ini khususnya dari aspek pekerjaan. Justeru, pemilihan kerjaya perlu dipertimbangkan dari sudut berikut:

    • Keperluan industri masa kini dan masa hadapan
    • Kemahiran yang kekal relevan sepanjang masa
    • Kebolehan menyesuaikan diri seiring dengan perubahan teknologi

    Pendedahan awal bantu pelajar buat pilihan

    Antara usaha yang boleh membantu pelajar mencungkil minat dan kebolehan diri termasuk:

    • Hadir hari terbuka universiti awam dan swasta
    • Berbincang dengan guru kaunseling atau pengamal industri
    • Mengikuti program sukarelawan dan kokurikulum

    Pendedahan ini mampu membuka mata pelajar tentang realiti sesuatu pekerjaan selain dapat mengurangkan kejutan apabila melangkah ke alam universiti atau dunia pekerjaan kelak.

    Pemilihan kerjaya adalah sebahagian daripada pengalaman hidup

    Syaza turut mengingatkan bahawa pemilihan kerjaya bukan satu keputusan muktamad seumur hidup. Minat, kemahiran dan keutamaan seseorang boleh berubah mengikut fasa kehidupan dan pengalaman. Sehubungan itu, pelajar disaran untuk:

    • Berani mencuba peluang baharu
    • Tidak terlalu awal mengehadkan potensi diri
    • Terus belajar dan menambah kemahiran
    • Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan semasa

    “Paling penting, jangan jadi orang pertama yang berkata tidak kepada diri sendiri,” jelasnya.

    Previous ArticlePanduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    Artikel berkaitan

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026
    Artikel Terkini

    Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar

    February 18, 2026

    Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

    February 16, 2026

    Pantang larang selepas cabut gigi

    February 16, 2026

    Elak makanan ini jika sedang haus

    February 13, 2026

    Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

    February 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.