Facebook Twitter
    Trending
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    By Umi FatehahFebruary 10, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO. - GAMBAR HIASAN Nguyễn Hiệp

    SEJAK di bangku sekolah, ramai yang percaya manusia hanya mempunyai empat jenis darah: A, B, AB dan O. Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada satu lagi jenis darah yang sangat jarang tak pernah didengari langsung?

    Jenis darah yang jarang dirujuk ini dikenali sebagai fenotip Bombay. Ia bukan sekadar variasi kecil tetapi satu fenomena genetik yang unik dan penting dalam dunia transfusi darah.

    Baru-baru ini, kisah individu yang mempunyai darah jenis Bombay (Positif) menarik perhatian, menunjukkan bahawa di Malaysia ada yang memiliki darah jenis jarang ditemii ini.

    Menurut laporan sebuah akhbar, Izzaleey Ramli, 49, bapa kepada empat anak, berkongsi beliau mengetahui status darahnya pada tahun 2005 selepas beberapa kali menderma darah. 

    Sebelum itu, beliau menyangka darahnya adalah jenis O, sehinggalah dimaklumkan oleh Pusat Darah Negara (PDN) bahawa darahnya termasuk dalam kategori yang jarang ditemui dan sangat bernilai bagi pemilik darah Bombay lain di negara ini.

    Apa itu darah Bombay?

    Menurut National Library of Medicines, dalam sistem darah manusia, semua antigen dalam kumpulan darah ABO dibentuk daripada satu komponen asas yang dipanggil antigen H. Antigen H ini diperlukan supaya sel darah merah dapat menghasilkan antigen A atau B.

    Tetapi bagi individu dengan fenotip Bombay, mereka tidak menghasilkan antigen H sama sekali kerana mutasi pada gen yang bertanggungjawab (gen FUT1).

    Tanpa antigen H, tubuh tidak boleh membuat antigen A atau B walaupun seseorang itu mempunyai gen darah A atau B secara genetik.

    Jadi, sel darah mereka langsung tidak mempunyai H, A, atau B antigen. Dalam ujian darah biasa, jenis darah ini boleh kelihatan seolah-olah darah O tetapi sebenarnya darahnya sangat berbeza.

    Penerimaan jenis darah bagi fenotip Bombay

    Ramai doktor biasanya menggunakan empat kategori darah biasa untuk menentukan pemindahan darah yang selamat. Tapi kerana fenotip Bombay hilang antigen H, individu ini menghasilkan antibodi yang kuat terhadap H, dipanggil anti-H.

    Ini bermakna mereka tidak boleh menerima darah A, B, AB atau O biasa. Satu-satunya darah yang selamat ialah darah daripada individu lain yang juga mempunyai fenotip Bombay.

    Kalau terpaksa menerima darah O biasa (yang mempunyai antigen H), antibodi mereka boleh menyerang sel darah itu dan menyebabkan reaksi pemindahan darah yang berbahaya.

    Itulah sebabnya darah ini bukan hanya konsep aneh, ia adalah isu klinikal yang serius.

    Darah Bombay sangat jarang dikenal pasti?

    Menurut kajian dalam Blood Groups and Red Cell Antigens, fenotip Bombay sangat jarang ditemui berdasarkan data.

    • 1 dalam 10,000 orang di India
    • 1 dalam sejuta orang di Eropah
    • Sukar untuk ditemui di komuniti lain termasuk di Asia Tenggara

    Disebabkan sangat jarang ditemui, banyak hospital tidak mempunyai stok darah Bombay. Individu yang mempunyai fenotip ini kadangkala perlu bergantung kepada rangkaian penderma darah jarang (rare donor registry) untuk mendapatkan darah yang sesuai apabila diperlukan.

    Adakah fenotip bombay membahayakan kesihatan?

    Meskipun mempunyai mutasi terhadap gen FUT1, ia tidak membahayakan kesihatan individu berdarah Bombay. Cabaran sebenar hanya muncul apabila mereka memerlukan pemindahan darah.

    Dari sudut pewarisan genetik, darah Bombay berlaku secara resesif autosomal. Ini bermaksud seorang anak hanya akan mempunyai fenotip Bombay jika kedua-dua ibu bapa mewariskan gen tersebut kepadanya. Jika hanya seorang sahaja yang membawa gen itu, anak biasanya sekadar menjadi pembawa tanpa menunjukkan ciri darah Bombay.

    Keadaan ini lebih kerap ditemui dalam komuniti yang mempunyai kadar consanguineous marriage (perkahwinan antara individu yang mempunyai pertalian darah, seperti sepupu pertama atau sepupu kedua) yang tinggi kerana kebarangkalian mewarisi gen yang sama daripada kedua-dua pihak adalah lebih besar.

    Hakikatnya, dunia kumpulan darah tidak berhenti pada empat huruf yang kita hafal sejak kecil. Di sebalik sistem ABO yang kelihatan mudah, wujud variasi genetik yang lebih rumit dan dalam kes tertentu, sangat kritikal.

    Fenotip Bombay mungkin jarang tetapi kepentingannya besar. Dalam situasi kecemasan, pengetahuan yang tepat tentang jenis darah boleh menjadi faktor penentu antara rawatan yang selamat atau risiko yang membahayakan. – RELEVAN

    Previous ArticleTabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    Artikel berkaitan

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026
    Artikel Terkini

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.