Facebook Twitter
    Trending
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    • Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

    Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

    By HIDAYAT FITRI ABDUL KADIRMay 20, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Wasiat bukan hanya untuk orang berharta. - GAMBAR HIASAN TODORAN BOGDAN/PEXELS
    Hidayat Fitri Abdul Kadir

    RAMAI yang berpendapat wasiat tidak penting. Lebih-lebih lagi, dalam golongan orang muda mereka tidak mempunyai kepentingan untuk memikirkan tentang pewarisan harta.

    “Saya masih muda, buat apa mahu fikir tentang wasiat? Lagipun, saya bukan orang kaya,” kata mereka.

    Tetapi sebenarnya, wasiat bukan tentang jumlah harta dimiliki tetapi bagaimana kita rancang nasib dan masa hadapan ahli keluarga yang ditinggalkan. Ia adalah sebahagian daripada perancangan pewarisan yang menyeluruh.

    Masih ramai tidak sedar bahawa perancangan pewarisan sama pentingnya seperti simpanan dan pelaburan.

    Berikut merupakan elemen-elemen penting sekiranya anda berminat untuk mewujudkan wasiat untuk keterjaminan masa hadapan ahli keluarga yang lain.

    Rukun wasiat

    1. Pewasiat

    Antara syarat bagi seseorang pewasiat ialah dia mestilah berada dalam keadaan sihat akal fikirannya. Dengan kewarasan itu, barulah pewasiat boleh menentukan kepada siapa harta miliknya ingin diserahkan dan dimanfaatkan selepas pemergiannya.

    Wasiat juga perlu dibuat atas kerelaan dan kehendaknya sendiri tanpa sebarang paksaan. Selain itu, pewasiat bukanlah terhad kepada individu beragama Islam sahaja, orang bukan Islam juga berhak membuat wasiat mengikut peruntukan undang-undang.

    2. Harta yang mahu diwasiatkan

    Perkara paling utama yang perlu diberi perhatian dalam penulisan wasiat ialah memastikan harta yang ingin diwasiatkan benar-benar milik pewasiat sendiri.

    Menurut hukum Islam, jumlah harta yang boleh diwasiatkan tidak boleh melebihi satu pertiga (1/3) daripada keseluruhan harta peninggalan si mati. Sekiranya pewasiat ingin mewasiatkan lebih daripada had tersebut maka ia hanya sah dengan keizinan semua ahli waris yang berhak.

    Bagi pewasiat bukan beragama Islam, tiada had khusus ditetapkan terhadap jumlah harta yang boleh diwasiatkan. Ia bergantung kepada undang-undang sivil dan kehendaknya sendiri.

    Selain itu, pewasiat tidak boleh mewasiatkan harta kepada mana-mana ahli warisnya kecuali setelah mendapat persetujuan kesemua waris lain.

    Menariknya, harta yang diwasiatkan tidak semestinya berbentuk fizikal yang sedia ada. Ia juga boleh merangkumi harta yang belum wujud atau belum pasti seperti hasil buah daripada pokok yang belum berbuah atau susu daripada perut seekor lembu.

    3. Penerima wasiat

    Penerima wasiat mestilah individu yang masih hidup dan jelas identitinya. Dia juga perlu merupakan seseorang yang layak memiliki harta menurut undang-undang.

    Selain itu, penerima wasiat tidak boleh terdiri daripada individu yang disyaki membunuh pewasiat kerana perbuatan tersebut menggugurkan hak untuk menerima wasiat.

    Penting juga untuk diketahui, wasiat hanya sah jika diterima oleh penerimanya. Jika penerima menolak wasiat tersebut maka ia dianggap terbatal.

    4. Penerima amanah atau penyampai wasiat

    Penerima amanah juga dikenali sebagai penyampai wasiat atau pemegang amanah ialah individu yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan isi kandungan wasiat selepas kematian pewasiat.

    Tugas utamanya ialah memastikan segala arahan yang terkandung dalam wasiat dilaksanakan dengan adil dan mengikut kehendak pewasiat. Ia termasuklah menguruskan pembahagian harta kepada penerima wasiat, melangsaikan hutang serta menyelesaikan urusan berkaitan pusaka.

    Penyampai wasiat mestilah seorang yang jujur, bertanggungjawab dan amanah kerana dia memainkan peranan penting dalam menjaga keharmonian serta mengelakkan sebarang pertikaian antara waris.

    Pewasiat boleh melantik sesiapa sahaja yang diyakini sama ada ahli keluarga, rakan dipercayai atau badan profesional seperti Amanah Raya.

    Empat elemen dalam wasiat

    1. Harta

    Anda boleh senaraikan semua harta dan tentukan sendiri siapa yang akan menerima
    bahagian tersebut. Ia jelas, teratur dan mengurangkan risiko pertikaian antara waris. Jangan
    lupa sertakan dokumen sokongan sebagai bukti.

    2. Hutang

    Ramai yang tidak sedar bahawa hutang juga merupakan tanggungjawab yang wajib diselesaikan walaupun selepas penghutang meninggal dunia.

    Melalui penulisan wasiat, pewasiat boleh menyenaraikan segala maklumat berkaitan hutangnya termasuk kepada siapa hutang itu dibuat, jumlah yang perlu dibayar serta butiran untuk dihubungi.

    Dengan cara ini, urusan melunaskan hutang dapat diteruskan dengan sempurna walaupun selepas pewasiat tiada lagi di dunia.

    3. Amal jariah

    Jika anda berhasrat untuk menyumbang kepada masjid, sekolah tahfiz atau mana-mana institusi kebajikan, nyatakan dengan jelas ketika penulisan wasiat. Ini merupakan satu bentuk amalan berterusan (sedekah jariah) yang pahalanya akan terus mengalir meskipun pewasiat telah meninggal dunia.

    4. Pesanan terakhir

    Wasiat juga boleh mengandungi pesanan kepada anak-anak, pasangan, keluarga atau
    sesiapa sahaja yang disayangi. Kata-kata yang mungkin tidak sempat diluahkan semasa
    hayat boleh disampaikan dengan penuh bermakna melalui wasiat.

    Wasiat bukti keprihatinan

    Merancang pewarisan melalui penulisan wasiat bukan bermaksud kita menjangka perkara buruk akan berlaku. Sebaliknya, ia adalah usaha menyediakan yang terbaik untuk masa depan insan tersayang. Ia mencerminkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang berpanjangan walaupun selepas ketiadaan kita.

    Jangan tunggu hingga terlambat. Mulakan perancangan pewarisan anda hari ini.

    Untuk maklumat lanjut atau tempahan temu janji dengan ejen AmanahRaya yang berdekatan, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan AmanahRaya atau lebih mudah, muat turun aplikasi MyAmanahRaya di Google Play Store atau App Store. – RELEVAN

    HIDAYAT FITRI BIN ABDUL KADIR merupakan eksekutif berpengalaman yang telah berkhidmat selama 15 tahun. Beliau juga merupakan seorang penceramah produk Amanah Raya dan perunding perancangan pengurusan pewarisan terutamanya penulisan wasiat dan pentadbiran harta pusaka.

    Amanah Raya featured kewangan wasiat
    Artikel Terkini

    Sam Altman: Penggerak revolusi AI

    June 11, 2025

    Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

    June 11, 2025

    Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

    June 9, 2025

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.