Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    By Umi FatehahMay 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    “AWAK seorang wanita. Wanita tidak boleh menjadi peguam.”

    Itu ialah jawapan yang diterima oleh Myra Bradwell apabila beliau memohon untuk menjadi peguam di Amerika Syarikat pada tahun 1869.

    Jawapan ringkas itu menggambarkan bagaimana wanita pada zaman itu dipinggirkan daripada kerjaya profesional hanya kerana jantina mereka.

    Namun, bagi Bradwell, apa yang dilihat sebagai penolakan oleh sistem sebenarnya menjadi titik permulaan perjuangan beliau yang berani menentang status quo dan perjuangannya tidak sia-sia.

    Sebelum dunia menerima peguam wanita

    Hari ini, melihat wanita mengendalikan kes di mahkamah bukan sesuatu yang luar biasa. Tetapi pada pertengahan abad ke-19, perkara itu langsung tidak terlintas dalam fikiran masyarakat.

    Profesi undang-undang dikuasai sepenuhnya oleh lelaki dan wanita hanya dianggap sesuai untuk urusan rumah, anak-anak dan dapur.

    Bradwell dilahirkan pada tahun 1831 di Vermont, Amerika Syarikat. Ketika masih muda, keluarganya berpindah ke Illinois dan di sana semangatnya dalam bidang pendidikan dan keadilan mula bercambah.

    Pada zaman itu, pendidikan yang berkualiti merupakan sesuatu yang jarang dinikmati oleh wanita namun beliau berjaya menuntut ilmu sambil mengembangkan minat mendalam terhadap isu-isu sosial dan perjuangan hak wanita.

    Setelah berkahwin dengan seorang peguam, James Bradwell, beliau mula belajar undang-undang secara tidak formal melalui perbincangan dan pembacaan bersama suaminya.

    Dalam diam, beliau menyerap semua ilmu berkaitan sistem perundangan. Apa yang bermula sebagai minat bertukar menjadi misi hidup.

    Mahkamah menutup pintu untuk wanita

    Pada tahun 1869, Bradwell memohon untuk diterima sebagai peguam di Mahkamah Agung Illinois. Secara akademik dan teknikal, beliau sememangnya layak untuk menjadi seorang peguam. Tetapi mahkamah menolak permohonannya dengan alasan wanita tidak sesuai untuk menjadi peguam.

    Hujah itu bukan sahaja diskriminatif tetapi mencerminkan betapa kukuhnya sistem patriarki mencengkam dunia undang-undang pada ketika itu.

    Beliau kemudian memutuskan untuk membawa kesnya ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang dikenali sebagai kes Bradwell v. Illinois.

    Malangnya, rayuannya tetap ditolak. Hakim-hakim tertinggi negara turut bersetuju bahawa wanita tidak memiliki hak perlembagaan untuk memasuki profesion guaman.

    Bersuara melalui tulisan

    Kegagalan di mahkamah tidak mematahkan semangat Bradwell. Sebaliknya, beliau mengubah pendekatan dan memilih untuk bersuara kepada seluruh negara apabila pintu mahkamah ditutup untuknya.

    Pada tahun 1868, beliau menubuhkan Chicago Legal News, salah satu penerbitan undang-undang paling berpengaruh di Amerika Syarikat ketika itu.

    Melalui tulisan, Bradwell memperjuangkan reformasi undang-undang termasuk hak milik wanita, hak pendidikan, kesamarataan dalam perkahwinan dan kewangan serta peluang pekerjaan yang adil.

    Tulisan menjadi senjatanya. Artikel-artikelnya dibaca oleh peguam, hakim, penggubal undang-undang dan rakyat biasa. Perlahan-lahan, beliau mula mempengaruhi perubahan kepada sistem yang menindas wanita.

    Peranannya sebagai penerbit dan penulis menjadikan Bradwell antara wanita pertama yang benar-benar berjaya membina kuasa dalam bidang undang-undang walaupun secara tidak formal.

    Kemenangan yang tertangguh tetapi bermakna

    Dua dekad selepas ditolak, akhirnya Mahkamah Agung Illinois mengiktiraf bahawa Bradwell sebenarnya layak menjadi peguam sejak tahun 1869. Pada tahun 1892, beliau diberikan lesen guaman secara rasmi.

    Namun, ketika itu usianya sudah lanjut dan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan beliau untuk beramal sebagai peguam. Dua tahun kemudian, Bradwell meninggal dunia dan tidak sempat menjejakkan kaki ke mahkamah sebagai peguam.

    Namun, legasi yang ditinggalkan jauh lebih bermakna daripada sekadar sebuah kerjaya sebagai peguam. Beliau membuka pintu kepada wanita-wanita seluruh dunia untuk menceburi bidang guaman.

    Bayang Bradwell di seluruh dunia

    Nama Bradwell bukan sahaja terpahat dalam sejarah perundangan Amerika tetapi menjadi sumber inspirasi kepada gerakan wanita seluruh dunia.

    Di Malaysia, wanita pertama yang diterima masuk ke dalam dunia guaman, Lim Beng Hong, juga menjejaki langkah yang telah dibuka oleh wanita hebat seperti Bradwell. Hak wanita menjadi peguam yang kini dianggap biasa, dahulunya hanya sekadar angan-angan.

    Bradwell membuktikan bahawa perubahan boleh dicetuskan melalui suara, tulisan, dan keberanian seseorang untuk terus berdiri teguh meskipun seluruh dunia menyuruhnya tunduk dan duduk di dapur. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.