Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak semua orang mahu jadi bos dan ia tak mengapa

    Tak semua orang mahu jadi bos dan ia tak mengapa

    By Umi FatehahApril 8, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEJAK zaman sekolah lagi kita sudah terbiasa mendengar ayat seperti, “Kalau kau betul nak berjaya, kena ada bisnes sendiri,” atau “Kerja makan gaji sampai pencen hanya untuk orang yang tak cukup berani untuk berkembang.”

    Lama-kelamaan, ramai yang mula percaya bahawa satu-satunya jalan untuk berjaya ialah dengan menjadi bos – ada syarikat, pekerja dan kuasa sendiri.

    Tetapi realitinya, bukan semua orang mahu jadi bos. Percayalah, ia bukanlah satu kekurangan pun kalau tak ada cita-cita nak jadi pemimpin. Malah, itu adalah satu bentuk kesedaran diri yang sangat penting.

    Lebih bahagia bekerja berbanding memimpin

    Ramai yang mempunyai sangkaan tidak realistik tentang menjadi seorang bos. Ada yang menyangka jadi bos bermaksud anda hidup lebih bebas. Waktu kerja fleksibel, pendapatan tinggi, ada kuasa untuk mengeluarkan arahan dan tidak terikat dengan arahan orang lain.

    Namun, peranan sebagai bos datang dengan pelbagai tekanan yang tak semua orang mampu atau sanggup untuk hadap.

    Bila menggalas tanggungjawab sebagai seorang bos, segala keputusan dan perancangan berada di atas bahu anda. Perlu fikirkan tentang gaji staf, menyelesaikan projek dan mencari klien baharu untuk meningkatkan keuntungan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain

    Wajah bos-bos kelihatan kelat atau tidak pandai senyum itu bukan tanpa sebab. Otak mereka sebenarnya tidak berhenti berfikir. Kadangkala, mereka perlu berlakon tenang meskipun fikiran penuh dengan benang yang berselirat. 

    Disebabkan itu, ada yang lebih selesa bila bekerja sebagai staf yang menerima arahan sahaja. Tugas atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan lebih khusus, selesa mengikut rutin yang ditetapkan oleh bos. 

    Paling penting, tidak perlu serabut memikirkan perkara lain selain tugasan yang diberikan. Keseimbangan antara kerja dengan kehidupan juga dapat dicapai dengan mudah kerana habis waktu bekerja, sudah bebas untuk melakukan hobi atau hanya tidur untuk kepuasan diri.

    Bukan pengecut dan pemalas

    Mereka yang memilih untuk tidak menjadi bos ini bukan pengecut. Mereka cuma tahu apa yang lebih bersesuaian dengan jiwa dan matlamat hidup. Perkara ini lebih sihat berbanding menanam cita-cita tinggi sehinggakan menambah tekanan dalam hidup yang sudah cukup tertekan.

    Ada stigma yang kuat dalam masyarakat seperti jika seseorang tak bercita-cita untuk naik pangkat atau menjadi bos, maknanya dia pemalas, tidak mahu kemajuan atau terlalu menikmati dalam zon selesa. 

    Siapa kita untuk menentukan cita-cita orang lain? Siapa pula kita mahu mengatur hidup orang lain? Hidup sendiri sahaja belum tentu sudah cukup teratur.

    Sebenarnya, ada bijaknya bila mereka tidak mengejar cita-cita besar itu. Mereka sedar tekanan sebagai bos akan mengganggu kesihatan mental, tidak dapat meluangkan masa dengan keluarga dan kehidupan tidak dinikmati sepenuhnya kerana terlalu sibuk bekerja.

    Tak semua kejayaan perlu dicapai dengan menjadi bos

    Mana ada pasukan bola sepak yang semua orang mahu menjadi pengurus? Hanya mahu mengeluarkan arahan, merancang permainan dan duduk di kerusi sahaja. Bagaimana pasukan bola itu mahu maju sekiranya tidak ada yang mahu menjadi penyerang, penjaga gol dan menjaga pertahanan?

    Sama sahaja konsepnya dengan organisasi syarikat. Nak maju dan untung, bukan semua orang perlu menjadi bos.

    Kalau semua orang kejar jawatan bos, siapa yang akan laksanakan segala pelan dan rancangan? Siapa yang akan buat kerja-kerja penting tetapi gelarannya tidak sehebat bos? 

    Dunia perlukan keseimbangan. Tidak kiralah sama ada jawatan bos, pengurus atau staf biasa sahaja, semuanya penting agar syarikat dapat beroperasi mengikut visi dan misi.

    Definisi kejayaan itu subjektif

    Semua orang mempunyai kefahaman tentang kejayaan yang berbeza. Ada yang sudah rasa berjaya bila pendapatannya mencecah RM10,000 sebulan. Ada juga rasa berjaya bila dia mempunyai kerja tetap dan dapat pulang sebelum tengah malam untuk meluangkan masa bersama keluarga. 

    Definisi kejayaan juga tidak spesifik. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi kejayaan ialah perihal berjaya, kemenangan, hasil: apabila sudah mendapat (sesuatu). 

    Apa yang penting, kita tahu apa yang kita mahu dalam hidup. Bukan semua orang suka jadi bos dan ia bukan perkara yang memalukan. 

    Jangan ukur nilai diri berdasarkan jawatan. Nilai diri terletak pada sumbangan, keikhlasan dan keupayaan untuk hidup dengan cara yang selari dengan hati dan prinsip. Kalau anda bahagia dengan kerja dan kehidupan sekarang walaupun tidak berjawatan tinggi, itu sudah cukup bermakna.

    Mungkin dalam dunia penuh kekalutan ini, orang yang paling tenang ialah ‘pemenang’ sebenar. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.