Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peluang lebih cerah jika kuasai pelbagai bahasa

    Peluang lebih cerah jika kuasai pelbagai bahasa

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAJanuary 8, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Peluang lebih cerah jika kuasai pelbagai bahasa. - GAMBAR HIASAN UTUSAN/PUQTRA HAIRRY

    DALAM era serba canggih kini, menguasai pelbagai bahasa menjadi salah satu kemahiran penting khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

    Keupayaan menguasai bahasa asing bukan sahaja memberikan manfaat dalam aspek pembelajaran malah ia juga membuka peluang yang lebih luas untuk masa hadapan.

    Pertama, penguasaan lebih daripada satu bahasa membuka peluang kepada komunikasi yang lebih berkesan di peringkat antarabangsa. Bahasa adalah medium utama untuk memahami budaya dan adat resam masyarakat lain.

    Sebagai contoh, pelajar yang mempelajari bahasa Jepun atau Korea bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan penutur asal tetapi juga mampu mendalami gaya hidup mereka. Ini bukan sahaja melahirkan individu yang berfikiran terbuka malah dapat memupuk sikap hormat terhadap kepelbagaian budaya.

    Selain itu, kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga mampu meningkatkan daya saing dalam dunia pekerjaan.

    Sebagai contoh, majikan kini lebih memilih individu yang mampu berkomunikasi dalam bahasa asing terutamanya bagi sektor pelancongan, perniagaan antarabangsa, dan teknologi. Kemahiran itu menjadikan pelajar lebih bersedia untuk bersaing di pasaran kerja yang semakin mencabar.

    Sementara itu, mempelajari bahasa baharu juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Kajian membuktikan bahawa individu yang belajar lebih daripada satu bahasa mempunyai daya ingatan yang lebih baik, kemahiran berfikir secara kritis dan keupayaan menyelesaikan masalah dengan lebih cekap.

    Hal ini bukan sahaja memberikan impak positif kepada kehidupan seharian malah ia turut menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar.

    Namun begitu, mempelajari bahasa baharu memerlukan usaha dan dedikasi yang berterusan. Pelajar perlu memanfaatkan teknologi seperti aplikasi Duolingo atau mengikuti kelas tambahan dan menyertai aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa asing.

    Amalan berterusan seperti bercakap dengan rakan-rakan atau menonton rancangan dalam bahasa asing juga dapat membantu mempercepatkan proses pembelajaran.

    Kesimpulannya, menguasai pelbagai bahasa adalah pelaburan berharga untuk masa hadapan. Ia bukan sahaja menjadikan seseorang lebih berdaya saing tetapi turut memperkayakan jiwa dengan pengalaman dan ilmu baharu.

    Oleh itu, jadikanlah penguasaan bahasa sebagai langkah utama untuk menuju kejayaan. – RELEVAN

    Previous ArticleGaris panduan taaruf: Cinta yang berkat, bukan sekadar cepat
    Next Article Jangan lupa bersarapan sebelum ke sekolah!

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.