Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Garis panduan taaruf: Cinta yang berkat, bukan sekadar cepat

    Garis panduan taaruf: Cinta yang berkat, bukan sekadar cepat

    By Umi FatehahJanuary 6, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Taaruf adalah permulaan, bukan pengakhiran

    “NAIM, umur kau dah lebih 30 tahun. Bila nak kahwin? Takkan nak bujang sampai tua?” suara Mak Lang bergema di ruang tamu. 

    Adik-adiknya yang lain hanya tersengih, menunggu reaksi Naim. Soalan ini bukan kali pertama dia dengar malah sudah terlalu biasa setiap kali ada majlis keluarga.

    Naim hanya tersenyum nipis sambil menjawab, “Insya-Allah, Mak Lang. Bila sampai jodoh, kahwinlah saya.” Walaupun jawapan itu kedengaran tenang, jauh di sudut hati dia rasa resah. 

    “Memang aku nak kahwin tapi macam mana nak cari pasangan yang betul-betul sesuai dan berkat?” fikir Naim.

    Realitinya, ramai yang seperti Naim – dihimpit soalan “bila nak kahwin?” oleh keluarga dan rakan-rakan. Dalam kesibukan kerja, tekanan masyarakat dan pilihan jodoh yang nampaknya semakin rumit, ramai tertanya-tanya bagaimana cara terbaik untuk mencari pasangan hidup.

    Dalam Islam, ada satu proses yang indah, dikenali sebagai taaruf iaitu perkenalan berlandaskan syariat untuk membantu seseorang mencari pasangan hidup. Tetapi apakah taaruf ini dan bagaimana melakukannya dengan cara yang betul?

    Apa itu taaruf?

    Taaruf berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud saling mengenali. Namun, dalam konteks perkahwinan, taaruf adalah proses perkenalan yang dilakukan dengan tujuan membina rumah tangga, bukan sekadar berkenalan tanpa matlamat.

    Islam mengatur taaruf dengan batasan tertentu untuk memastikan hubungan lelaki dan wanita dilakukan secara tertib dan bebas daripada unsur fitnah. 

    Ia berbeza dengan konsep bercinta dalam budaya moden kerana taaruf menekankan niat untuk berkahwin, adab pergaulan dan keberkatan hubungan.

    Mengapa taaruf?

    Sebagai seorang Muslim, proses taaruf membantu mencari pasangan yang sesuai tanpa melanggar syariat. Ia juga:

    • Mengelakkan hubungan yang sia-sia tanpa matlamat.
    • Menjaga maruah diri dan pasangan.
    • Memberi peluang untuk mengenali nilai, prinsip, dan matlamat hidup seseorang dengan cara yang terhormat.

    Garis panduan taaruf menurut Islam

    1. Niat yang ikhlas

    Segalanya bermula dengan niat. Taaruf harus dilakukan dengan tujuan yang jelas iaitu untuk mencari pasangan hidup. Hindari niat yang bercampur-aduk seperti sekadar ingin mencuba atau bermain-main.

    1. Melibatkan orang tengah

    Orang tengah yang dimaksudkan ini bukan syaitan tetapi individu yang memainkan peranan penting dalam taaruf. 

    Mereka bertindak sebagai perantara untuk memastikan perkenalan berjalan lancar dan menjaga batas syariat. Orang tengah ini boleh terdiri daripada keluarga, rakan atau pihak berautoriti seperti ustaz dan ustazah.

    1. Tidak berdua-duaan

    Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, melainkan syaitan menjadi pihak ketiga antara mereka.”

    Oleh itu, pertemuan taaruf perlu dilakukan di tempat terbuka atau dengan kehadiran orang lain untuk mengelakkan fitnah.

    1. Perbincangan yang berfokus

    Sesi taaruf bukan sekadar bersembang kosong. Ia adalah peluang untuk mengenali pasangan secara mendalam. 

    Beberapa topik penting yang boleh dibincangkan termasuk latar belakang keluarga dan pendidikan, pandangan tentang perkahwinan dan kehidupan berkeluarga serta prinsip agama dan matlamat hidup.

    1. Menjaga batas pergaulan

    Dalam Islam, batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram tetap perlu dijaga walaupun dalam taaruf. Elakkan percakapan yang menggoda, sentuhan fizikal, atau tingkah laku yang boleh menimbulkan salah faham.

    1. Doa dan solat istikharah

    Selepas sesi taaruf, serahkan keputusan kepada Allah S.W.T melalui solat istikharah. Istikharah adalah amalan penting untuk memohon petunjuk dalam membuat keputusan yang besar seperti perkahwinan.

    Bagaimana memulakan taaruf?

    • Berbincang dengan keluarga

    Langkah pertama adalah melibatkan keluarga. Bincangkan niat untuk berkahwin dan minta bantuan mereka mencarikan calon yang sesuai.

    • Gunakan jaringan sosial yang dipercayai

    Jika keluarga tidak mempunyai calon yang sesuai, rakan-rakan atau pihak bertauliah seperti agensi perkahwinan Islam juga boleh membantu.

    • Tetapkan matlamat dan batasan

    Sebelum memulakan taaruf, pastikan kedua-dua pihak memahami tujuan perkenalan dan bersetuju untuk menjaga batas syariat.

    • Ikhlas dan terbuka

    Dalam taaruf, kejujuran adalah kunci. Berkongsi tentang latar belakang, pekerjaan, atau cabaran hidup dengan cara yang sopan dan terbuka. Namun, elakkan terlalu mendedahkan perkara yang terlalu peribadi pada peringkat awal.

    Taaruf adalah permulaan, bukan pengakhiran

    Naim akhirnya berbincang dengan ibu bapanya untuk memulakan proses taaruf. Dalam hati, dia tahu ini bukan soal mencari pasangan dengan cepat tetapi mencari cinta dengan cara yang berkat. 

    Dengan bantuan orang tengah dan panduan syariat, dia yakin setiap langkahnya akan dipermudahkan.

    Taaruf bukan hanya tentang mencari jodoh tetapi juga tentang memperbaiki diri dan mempersiapkan diri untuk kehidupan berkeluarga. 

    Dengan niat yang ikhlas, doa yang tulus dan adab yang dijaga, insya-Allah – perjalanan mencari pasangan hidup akan dipenuhi dengan keberkatan dan kebahagiaan.

    Jadi, jika ada yang bertanya, “Bila nak kahwin?”

    Jawapan terbaik untuk soalan tersebut ialah “Insya-Allah, bila semua langkah telah dirancang dengan baik dan mendapat redha Allah.” – RELEVAN

    Previous ArticleAzam 2025: Tingkatkan prestasi kerja
    Next Article Peluang lebih cerah jika kuasai pelbagai bahasa

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.