Facebook Twitter
    Trending
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    • 7 tip persediaan menjelang SPM
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025

      Rahsia turun berat badan dengan brisk walk

      November 10, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kampung Boy: Karya ikonik sepanjang zaman

    Kampung Boy: Karya ikonik sepanjang zaman

    By Umi FatehahNovember 22, 2024Updated:November 22, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kampung Boy: Karya ikonik sepanjang zaman

    SIAPA yang pernah menonton Kampung Boy ketika zaman kanak-kanak dahulu?

    Bagi generasi yang membesar di Malaysia pada zaman 70-an dan 80-an, kartun Kampung Boy, lukisan Datuk Lat, ikon kartunis Malaysia pasti tidak lekang daripada ingatan.

    Sejak mula diterbitkan pada 1979, Kampung Boy telah menjadi simbol budaya yang memperkenalkan kehidupan masyarakat desa Malaysia kepada dunia dengan cara yang ringkas, bermakna dan diselitkan bersama lawak jenaka. 

    Walaupun sudah lebih 40 tahun berlalu, nukilan anak Perak itu terus bertahan dan masih relevan hingga kini. Tetapi, apakah yang membuatkan Kampung Boy begitu istimewa dan masih mekar di hati peminatnya?

    Kampung Boy: Karya yang tidak akan usang 

    Kampung Boy adalah karya paling sinonim dengan nama Lat, menggambarkan kehidupan seorang kanak-kanak yang dibesarkan di sebuah kampung tradisional. 

    Kartun itu menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Lat yang membesar di sebuah kampung di Malaysia. 

    Dengan pendekatan yang jujur dan penuh jenaka, Kampung Boy memperkenal cara hidup masyarakat desa yang sederhana tetapi kaya dengan nilai moral dan budaya Malaysia kepada dunia.

    Setiap garisan lukisan dan dialog ringkas dalam Kampung Boy menyampaikan pesanan yang mendalam tentang kehidupan masyarakat, kekeluargaan dan nilai-nilai budaya. Karya-karya beliau bukan sekadar sebuah cerita tetapi sebuah penghargaan kepada kehidupan tradisional yang sering kali dipandang rendah oleh sesetengah pihak. 

    Lat membawa pembaca dan penonton melalui pelbagai cabaran yang dihadapi masyarakat kampung dengan cara yang menghiburkan namun sarat dengan isu-isu kemanusiaan yang mendalam.

    Selain itu, apa yang membuatkan Kampung Boy begitu unik adalah kemampuannya mengolah cerita ini dengan kelucuan yang bersahaja. Pembaca dari luar Malaysia turut dapat merasai kehangatan kehidupan desa yang dibungkus dengan jenaka yang sederhana. 

    Kerjaya sebagai pelukis

    Dalam temu bual secara eksklusif, Lat menceritakan bagaimana beliau mula melukis untuk pelbagai tujuan – bukan hanya dalam Malaysia tetapi juga meluaskan sayap ke luar negara.

    Bermula pada umur kanak-kanak, beliau sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap seni lukis di mana setiap inci kehidupannya telah dipenuhi dengan kertas dan pensil. 

    “Saya dah melukis sejak daripada sekolah lagi, (melukis) memang sudah jadi darah daging saya.

    “Allahyarham ayah saya juga pandai melukis. Dia juga inspirasi terbesar dalam hidup yang mendorong untuk saya menjadi pelukis,” katanya kepada Utusan Malaysia.

    Lukisan-lukisan awal beliau banyak dipengaruhi oleh kehidupan di kampung yang menjadi sumber ilham utama dalam karyanya.

    Pada awal kerjayanya, Lat mendapat peluang untuk bekerja dengan pelbagai akhbar tempatan. Memasuki peringkat sekolah menengah, beliau sudah mula menghasilkan karya yang diterbitkan dalam akhbar-akhbar utama. 

    Melalui penulisan dan lukisan yang penuh jenaka dan makna, Lat menarik perhatian ramai termasuk editor-editor di akhbar besar seperti Berita Harian. Oleh kerana bakatnya yang luar biasa, beliau bukan sahaja dikenali dalam kalangan pembaca tempatan tetapi juga di luar negara.

    Bakatnya semakin berkembang dan pada era 1970-an, Lat mula melangkah lebih jauh dengan menghasilkan karya dalam bahasa Inggeris. Menyedari potensi pasaran antarabangsa, Lat memilih untuk menerbitkan karya dalam Asia Magazine yang diterbitkan di Hong Kong. 

    Di sinilah beliau mula dikenali di luar negara, memaparkan sisi kehidupan masyarakat Malaysia dengan gaya yang penuh warna dan jenaka. Karyanya di luar negara menjadi satu bentuk ekspresi yang mewakili budaya Malaysia di pentas global.

    Sebagai seorang pelukis, Lat berpegang teguh pada prinsip bahawa seni kartun harus menggambarkan realiti kehidupan dengan cara yang ringan dan mudah difahami. 

    Menurut beliau, kartun bukan sekadar hiburan tetapi juga cara untuk menyampaikan mesej sosial yang relevan. 

    “Seni lukis bukan hanya menghiburkan tetapi juga untuk memberi mesej yang relevan dengan masyarakat. Saya tidak mahu menyakiti hati sesiapa, saya melukis untuk menyatukan, untuk memberi senyuman.

    “Setiap lukisan saya mempunyai cerita yang ingin saya sampaikan. Saya mahu orang membaca dan senyum kerana itu adalah cara saya menyumbang kepada dunia,” jelasnya.

    Dalam setiap karya, beliau sentiasa memastikan bahawa lukisan-lukisannya mencerminkan kehidupan masyarakat Malaysia dengan elemen budaya yang mendalam. Ia juga memberikan pandangan kritikal terhadap isu-isu sosial tanpa terlalu berat sebelah. – RELEVAN

    datuk lat featured kampung boy kerjaya lat

    Artikel berkaitan

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025

    Tips makan luar secara sihat

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.