Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk peningkatan gaji minimum

    Baik buruk peningkatan gaji minimum

    By October 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Baik buruk peningkatan gaji minimum. - GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    SEBAGAI bukti kerajaan sentiasa menitikberatkan soal pendapatan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kadar gaji minimum dinaikkan daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 berkuatkuasa 1 Februari, tahun depan. 

    Kenaikan yang diumumkan Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober merupakan bukti kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan pendapatan rakyat ke tahap lebih bermaruah supaya dapat menjalani hidup lebih selesa. 

    Dalam pada itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan.

    Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) juga bakal menerbitkan panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja. 

    Setiap pekerjaan bakal mempunyai gaji permulaan tersendiri, misalnya gaji bagi Juruteknik Industri dan Pengeluaran bermula pada RM2,290, Jurutera Mekanikal (RM3,380) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (RM2,985).

    Menurut Kesuma dalam kenyataannya, peningkatan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 bakal meningkatkan pendapatan lantai rakyat sebanyak 13.3 peratus sejajar dengan misi strategik 3K Kesuma, iaitu kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.

    Bagaimanapun, demi memberi ruang kepada usahawan kecil membuat penyelarasan, penguatkuasaan kadar baharu itu kepada majikan dengan lima orang pekerja ke bawah ditangguhkan sehingga 1 Ogos, tahun hadapan. 

    Selain itu, kerajaan turut menubuhkan Dasar Gaji Progresif sebagai ikhtiar untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja. 

    Dasar tersebut sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. 

    Difahamkan, Dasar Gaji Progresif diperuntukkan RM200 juta dan bakal memanfaatkan 50,000 pekerja. 

    Impak positif kenaikan gaji minimum

    Ketika kerajaan melaksanakan kenaikan kadar gaji minimum daripada RM1,200 (kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran) kepada RM1,500 pada 2022, ada kajian yang dibuat untuk meneliti impak pelaksanaan tersebut.

    Menurut artikel tulisan Flora Anthonysamy dan Richard Seow dalam FEM Newsletter pada 2023, terdapat beberapa impak positif kenaikan gaji minimum, terutamanya dari segi produktiviti pekerja. 

    Bagaimanapun, bagi memastikan produktiviti yang berkekalan, syarikat bukan sahaja perlu fokus pada pemberian gaji yang bermaruah, malah perlu melaksanakan strategi tertentu, misalnya pemberian latihan yang dapat memaksimumkan tenaga kerja. 

    Disebabkan pandemik Covid-19, tahap kemiskinan negara telah meningkat daripada 5.6 peratus pada 2019 kepada 8.4 peratus pada 2020. 

    Oleh itu, peningkatan kadar gaji dilihat sebagai satu usaha yang tepat bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. 

    Dalam pada itu, peningkatan gaji juga bakal menarik minat pekerja untuk berkhidmat dalam satu-satu syarikat dalam tempoh yang lebih lama. 

    Selain itu, menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Emerald Insight, gaji yang lebih tinggi juga boleh menjadi satu bentuk dorongan kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih keras.

    “Apabila pekerja berasa puas hati dengan kerja masing-masing, mereka akan membentuk komitmen dari segi emosi terhadap pekerjaan yang dilakukan. 

    “Jika tidak berpuas hati dengan gaji, pekerja cenderung menjadi kurang bersemangat,” katanya. 

    Memetik dapatan dari kajian oleh Jung dan Yoon, pekerja juga akan menjadi lebih bersemangat ketika bekerja sekiranya berpuas hati dengan gaji yang diterima. 

    Secara tuntasnya, kajian mendapati, motivasi pekerja berkait rapat dengan penglibatan di tempat kerja. Pemberian gaji yang lebih tinggi pula sudah tentulah akan membuatkan pekerja menjadi lebih berdedikasi. 

    Benarkah gaji naik akan menyebabkan harga barang turut naik?

    Tidak dinafikan, wujudnya kebimbangan mengenai kenaikan harga barang susulan pengumuman peningkatan gaji minimum. 

    Memetik Flora Anthonysamy dan Richard Seow dalam artikelnya, perkara tersebut mungkin berlaku pada masa hadapan. 

    Lagipun, siapa lagi yang bakal menanggung segala beban kewangan yang berlaku disebabkan peningkatan gaji jika bukan pelanggan. 

    Menurut kajian yang dijalankan oleh S. Lemos, peningkatan gaji sebanyak 10 peratus mungkin akan menyebabkan harga makanan naik sebanyak 4 peratus. 

    Dalam pada itu, barangan lain juga akan turut mengalami peningkatan harga sebanyak 0.4 peratus. 

    Peningkatan gaji minimum mungkin akan menambah produktiviti pekerja. Bagaimanapun, ia juga berpotensi menyebabkan kadar inflasi menjadi semakin parah. – RELEVAN

    Belanjawan 2025 featured gaji minimum kerjaya

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.