Facebook Twitter
    Trending
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 sasaran KPI Belanjawan 2025

    7 sasaran KPI Belanjawan 2025

    By Umi FatehahOctober 20, 20246 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 sasaran KPI Belanjawan 2025. - GAMBAR FAISOL MUSTAFA

    BELANJAWAN 2025 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi yang mampan serta peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia. 

    Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif penting yang disokong oleh beberapa penunjuk prestasi utama (KPI). 

    KPI itu menjadi panduan utama dalam mengukur sejauh mana keberkesanan belanjawan dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi, sosial dan persekitaran.

    Berikut merupakan tujuh KPI yang akan menilai keberkesanan Belanjawan 2025.

    1. Kedudukan antara 30 ekonomi terbesar dunia

    Pada 2024, Malaysia berada pada kedudukan ke-36 ekonomi terbesar dunia mengikut penilaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

    KDNK negara berada pada paras AS$415.6 bilion (RM1.78 trilion) berbanding Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan AS$504.2 bilion (RM2.16 trilion) pada kedudukan ke-30.

    Malaysia berhasrat mencapai kemajuan ketara untuk menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dengan penumpuan terhadap pembangunan wilayah yang bermakna, mengutamakan kerumitan ekonomi dan meningkatkan rantaian nilai. 

    Pada masa sama, pembaharuan ekonomi secara struktur juga dilaksanakan bagi mempercepat peralihan ke arah mencapai matlamat negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi.

    Bagi mencapai hasrat itu, Malaysia melabur dalam modal insan, infrastruktur dan teknologi di samping meningkatkan daya saing dan memodenkan institusi. 

    Antara keutamaan termasuk menggalakkan pelaburan berterusan dalam teknologi maju seperti rantaian blok (blockchain), kecerdasan buatan (AI) dan analitik data raya.

    Kesemua pelaburan tersebut bertujuan untuk memajukan industri bernilai tinggi serta mewujudkan pekerjaan mahir dan berpendapatan tinggi.

    Sehingga kini, negara telah berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) tinggi daripada syarikat teknologi asing seperti Microsoft, ByteDance dan Google yang bertumpu kepada perkembangan AI pada peringkat global. 

    Selain itu, tumpuan juga diberikan untuk memperkukuh pelaburan langsung domestik (DDI) seperti Program Pengaktifan dan Reformasi Badan Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) dengan RM120 bilion akan dilaburkan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    1. Tangga 12 teratas dalam daya saing global

    Malaysia pernah menduduki tangga ke-10 World Competitiveness Ranking (WCR) oleh International Institute for Management Development (IMD) pada 2010. Sejak itu, kedudukan negara semakin merosot dan jatuh ke tangga 34 pada 2024.

    Malaysia perlu menilai semula strategi dan tumpuan ke arah mempelbagaikan ekonomi serta meningkatkan inovasi melalui pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mencapai sasaran kedudukan 12 teratas dalam daya saing global.

    Ke arah menyokong persekitaran perniagaan yang menggalakkan, terdapat keperluan memperkemas peraturan perniagaan dan meningkatkan infrastruktur digital bagi memudah cara perniagaan untuk mendapat manfaat daripada akses pasaran lebih luas.

    Di samping itu, penglibatan sektor swasta berterusan penting untuk membentuk pembaharuan peraturan lebih berkesan, khususnya dalam menyediakan maklum balas konsisten terhadap dasar yang praktikal dan relevan bagi keperluan perniagaan dan masyarakat.

    1. Tangga 25 teratas dalam indeks pembangunan manusia

    Indeks Pembangunan Manusia (HDI) menilai dan membandingkan keseluruhan pembangunan dan kesejahteraan negara yang memberikan gambaran menyeluruh tentang pembangunan insan.

    Indeks itu merangkumi dimensi utama seperti jangka hayat yang panjang dan kehidupan sihat, berpengetahuan serta mempunyai taraf hidup yang wajar.

    Malaysia menduduki tempat ke-63 daripada 191 negara dalam HDI 2023/2024 dengan mata 0.087 dan dikategorikan sebagai Pembangunan Insan Sangat Tinggi (untuk mata 0.800 dan ke atas) yang lazimnya menunjukkan piawaian tinggi dalam jangka hayat, pendidikan dan pendapatan.

    Walaupun Malaysia berada dalam satu kumpulan dengan negara yang menduduki tempat teratas seperti Jerman, Singapura, Australia, Republik Korea dan Jepun, negara tersebut memperoleh mata melebihi 0.920. 

    Negara-negara tersebut secara umumnya mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang maju, kualiti hidup tinggi dan ekonomi berpendapatan tinggi.

    Justeru, negara tersebut menjadi penanda aras kepada Malaysia dalam usaha menambah baik penunjuk pembangunan insan sehingga mencapai kedudukan 25 teratas dalam HDI.

    1. Meningkatkan bahagian pendapatan pekerja kepada 45 peratus

    Kerangka Ekonomi Madani bermatlamat meningkatkan bahagian pendapatan buruh kepada 45 peratus daripada KDNK menjelang 2033 bagi mencapai agihan ekonomi yang lebih saksama.

    Bahagian pendapatan buruh mencatat 33.1 peratus pada 2023, mencerminkan jurang ketara antara janaan kekayaan ekonomi dengan agihan saksama kepada pekerja.

    Sehubungan itu, Malaysia terus melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kebajikan pekerja. Ini termasuk menggalakkan pekerjaan bergaji tinggi dan mengukuhkan hak buruh untuk pampasan yang adil.

    Selain itu, pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran akan membantu pekerja mengakses peluang pekerjaan yang lebih baik dan kemajuan kerjaya. 

    Dengan menumpukan kepada langkah tersebut, kerangka itu bukan sahaja akan meningkatkan bahagian pendapatan buruh, malah memacu haluan pertumbuhan ekonomi yang lebih terangkum.

    1. Meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah kepada tangga ke-25 teratas

    Malaysia mempamerkan prestasi yang baik dalam memerangi rasuah dengan peningkatan kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) daripada tangga ke-61 pada 2022 kepada tangga ke-57 pada 2023.

    Bagi mencapai sasaran menjadi antara 25 negara teratas dalam penarafan CPI, kerajaan memperkenal Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 sebagai kesinambungan kepada Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023.

    Pelan itu menyediakan rangka kerja terperinci dan haluan rancangan memerangi rasuah yang bertujuan mengukuhkan integriti dan akauntabiliti negara. 

    Usaha itu juga menunjukkan komitmen kerajaan menangani impak rasuah dengan matlamat utama untuk menggalakkan keadilan dan ketelusan dalam tatakelola.

    1. Ke arah kemampanan fiskal, sasaran defisit fiskal tiga peratus atau lebih baik

    Kerajaan perlu menilai semula keutamaan negara bagi mencapai kemampanan fiskal terutamanya dengan memberikan tumpuan terhadap mekanisme peningkatan hasil dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan.

    Pada 2023, defisit negara mencatat lima peratus daripada KDNK dan dijangka berkurang kepada 4.3 peratus pada 2024. 

    Paras defisit itu dijangka terus berkurang kepada tiga peratus atau lebih rendah dalam jangka masa sederhana melalui pelaksanaan beberapa langkah utama. Ini selaras dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (Akta 850) untuk meningkatkan disiplin fiskal dan memastikan kewangan awam yang mampan.

    Akta tersebut akan memastikan pengukuhan fiskal dengan peningkatan hasil dan pengagihan sumber yang saksama, peluasan asas hasil dan pelaksanaan rasionalisasi subsidi untuk mengurangkan ketirisan.

    Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pengurusan hutang awam dengan mematuhi peraturan dan sasaran fiskal yang telah ditetapkan.

    1. Meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita kepada 60 peratus

    Kadar  penyertaan tenaga buruh wanita disasarkan mencapai 60 peratus pada 2033.

    Pada 2023, kadarnya adalah sebanyak 56.2 peratus. Kadar penyertaan yang lebih rendah disebabkan oleh beberapa faktor seperti akses terhad terhadap penjagaan kanak-kanak, upah yang tidak menarik serta sokongan yang tidak mencukupi untuk keseimbangan kehidupan berkeluarga dengan pekerjaan. 

    Bagi mengurangkan jurang tersebut, langkah komprehensif perlu diperkukuh termasuk meluaskan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti tinggi dan berpatutan, menginstitusikan aturan kerja fleksibel dan menguatkuasakan dasar yang menggalakkan upah lebih baik.

    Selain itu, inisiatif untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam peluang pembangunan profesional kekal menjadi keutamaan. – RELEVAN

    *Artikel ini disunting dari Bab 1 Tinjauan Ekonomi 2025 terbitan Kementerian Kewangan

    Previous ArticleBelanjawan 2025: Elaun sara hidup bakal guru, wanita kembali bekerja dan keseimbangan hidup-kerja
    Next Article 7 bukti agihan gaji di Malaysia penuh masalah

    Artikel berkaitan

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026
    Artikel Terkini

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.