Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: STR, bantuan keluarga miskin dan inisiatif lain

    Belanjawan 2025: STR, bantuan keluarga miskin dan inisiatif lain

    By Umi FatehahOctober 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: STR, bantuan keluarga miskin dan inisiatif lain. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

    BELANJAWAN 2025 menunjukkan kerajaan mendengar dan mengambil maklum rungutan tentang kos sara hidup yang disuarakan rakyat.

    Lantaran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan dan kadar maksimum bantuan tunai yang tertinggi pernah diberikan kerajaan dalam menangani kos sara hidup rakyat.

    “Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas. 

    “Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah pada tahun hadapan dengan peruntukan RM300 juta berbanding RM200 juta pada tahun sebelumnya,” katanya.

    Dalam pada itu, Jualan Rahmah akan diperkukuh bagi menawarkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan. 

    RM700 juta juga dikhususkan untuk memperbanyak saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang, termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.

    Selain itu, RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa termasuk memperluas ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu.

    Berikut merupakan perincian bantuan dan inisiatif lain yang disediakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2025 bagi meringankan beban rakyat.

    STR dan SARA

    Pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan dan ditambah baik melalui peruntukan sebanyak RM13 bilion.

    Peningkatan itu terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara. Untuk 2025, 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.

    Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ia boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.

    Rakyat dalam kategori bujang pula bakal menerima bantuan sebanyak RM600 melalui STR.

    Selain itu, penambahan peruntukan RM3 bilion membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 ringgit berbanding RM3,700 pada tahun sebelumnya.

    Buat makluman, bayaran bagi STR 2024 Fasa empat akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November akan datang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

    Bantuan tunai JKM

    Kerajaan menambah peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion untuk 2025 berbanding RM2.4 bilion pada 2024.

    Bantuan kebajikan bulanan golongan miskin

    Bagi golongan warga emas, kadar bantuan dinaikkan kepada RM600 sebulan.

    Kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin turut dinaikkan daripada RM200 ringgit kepada RM250 ringgit seorang bagi anak berusia enam tahun dan ke bawah. RM200 pula akan diberikan untuk setiap anak berumur lingkungan 7 hingga 18 tahun. 

    Bantuan untuk kanak-kanak tersebut tertakluk kepada kadar maksimum RM1000 sekeluarga.

    Manakala di Wilayah Persekutuan, Kadar Bantuan Am juga dinaikkan kepada RM150 dengan kadar maksimum sekeluarga sebanyak RM500 sebulan. 

    Anwar turut menyeru semua kerajaan negeri untuk menambah baik Kadar Bantuan Am Negeri.

    “Jika dihitung keseluruhan bantuan STR, SARA dan JKM, isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima bantuan lebih RM13,000 setahun, iaitu suatu peningkatan amat ketara berbanding RM11,000 pada 2024. 

    “Warga emas miskin pula layak menerima bantuan lebih RM10,000 setahun berbanding RM8,000 ringgit pada 2024.

    “Ini bermakna tidak ada rakyat di Malaysia yang berpendapatan kurang RM1,100 sebulan. Ini belum mengambil kira bantuan daripada kerajaan negeri, pusat zakat dan yayasan-yayasan,” katanya.

    Beliau berharap pihak berkaitan seperti JKM dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dapat menjalankan tanggungwabnya untuk berganding bahu dan menggandakan usaha menentusahkan golongan miskin. – RELEVAN

    belanjawan Belanjawan 2025 featured kerajaan kewangan

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.