Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berapa yang perlu dibayar untuk pengurusan pusaka?

    Berapa yang perlu dibayar untuk pengurusan pusaka?

    By AHMAD MUSTAPHASeptember 12, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BANYAK persepsi tidak tepat tentang kadar bayaran fi pentadbiran pusaka. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEBELUM ini saya berkongsi tentang bidang kuasa tiga institusi yang terlibat dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia. Kali ini, saya ingin berkongsi tentang pengiraan fi. 

    Pasti ramai yang kurang berpengetahuan tentang pengiraan fi atau kos pengurusan pusaka. Ada juga wujud persepsi yang kurang tepat tentang hal tersebut.

    Saya akan memberi tumpuan kepada fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya Berhad. Fi tersebut adalah untuk perkhidmatan secara menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia.

    Terdapat tiga struktur fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya. Fi tersebut adalah bagi Surat Kuasa Mentadbir (SKM) yang dikeluarkan oleh:

    1. Amanah Raya
    2. SKM yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil (diuruskan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir)
    3. SKM atau Perintah JKPTG yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (diuruskan oleh Amanah Raya sebagai pempetisyen atau pemohon)

    Bagi A dan B, fi pentadbiran pusakanya adalah seperti berikut:

    • Lima peratus untuk RM25,000 yang pertama
    • Empat peratus yang berikutnya sehingga RM225,000
    • Tiga peratus baki yang berikutnya sehingga RM250,000
    • Dua peratus baki yang berikutnya sehingga RM500,000
    • Satu peratus baki yang selebihnya

    Jika belum jelas, kita ambil contoh pengiraan fi bagi pentadbiran pusaka bernilai RM2,1000,000.

    (RM25,000 x lima peratus) = RM1,250

    (RM225,000 x empat peratus) = RM9,000

    (RM250,000 x tiga peratus) = RM7,500

    (RM500,000 x dua peratus) = RM10,000

    (RM1,100,000 x satu peratus) = RM11,000

    Jumlah fi pentadbiran = RM38,750 atau 1.85 peratus

    Ini bermakna, jumlah fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada Amanah Raya adalah sebanyak RM38,750. Ini bersamaan 1.85 peratus sahaja daripada harta berjumlah RM2.1 juta.

    Bagi C pula, fi pentadbiran pusaka adalah dua peratus daripada nilaian harta pusaka si mati.

    Namun, ia tertakluk kepada syarat, iaitu si mati ada sekurang-kurangnya satu harta tak alih (rumah atau tanah) dan nilaian harta tidak lebih daripada RM2 juta.

    Contohnya, jika nilaian harta pusaka si mati adalah sebanyak RM1 juta, pengiraannya adalah seperti berikut:

    RM1,000,000 x 2.0 peratus = RM20,000

    Maka, fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada Amanah Raya adalah sebanyak RM20,000. 

    Contoh pengiraan di atas dapat menafikan beberapa persepsi kurang tepat tentang fi pentadbiran pusaka. Ini termasuk:

    Persepsi 1: Fi sebanyak 15 peratus!

    Ada yang mendakwa fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya adalah sehingga 15 peratus. Saya anggap dakwaan tersebut berpunca daripada kiraan yang salah; semua peratus ditambah secara semberono.

    Saya pasti dakwaan tersebut dibuat mereka yang tidak pernah berurusan dengan Amanah Raya.

    Persepsi 2: Surat saja!

    Persepsi masyarakat juga menganggap fi tersebut terlalu mahal hanya untuk mendapatkan satu surat. Ini kerana bank, institusi kewangan atau Jabatan Pengangkutan Jalan akan meminta waris mendapatkan surat kuasa di Amanah Raya.

    Ya, hanya surat. Pada mulanya saya beranggapan sama, ia sekadar sekeping surat yang boleh dikeluarkan dalam masa satu jam.

    Rupa-rupanya, untuk mendapatkan surat tersebut, banyak proses perlu dilakukan. Surat itu memberi kuasa kepada individu dilantik untuk mengeluarkan sebarang harta pusaka dari mana-mana bank atau institusi kewangan. Hebatkan?

    Sebab Amanah Raya perlu mengenakan caj

    Ada sebab Amanah Raya mengenakan fi tersebut untuk pentadbiran pusaka. Perlu diingatkan, fungsi Amanah Raya adalah mengurus hal pusaka dari awal sehingga selesai, bukan mengeluarkan SKM sahaja.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kenali 3 badan berautoriti yang boleh mengeluarkan Sijil Kuasa Mentadbir harta pusaka

    • Pendaftaran aset si mati
    • Pendaftaran waris-waris
    • Penyiasatan lokasi aset
    • Proses siasatan waris
    • Pengesahan lokasi aset si mati
    • Pengesahan liabiliti atau hutang di institusi hutang tersebut dibuat
    • Perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
    • Penghasilan aset-aset (tempat aset tersebut berada)
    • Penyelesaian atau pembayaran hutang dan liabiliti
    • Permohonan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil
    • Pembahagian harta pusaka kepada waris (mengikut persetujuan waris/faraid/perintah/wasiat/Akta Pembahagian)
    • Amanah Raya akan menguruskan semua harta si mati sehingga siap dipindah milik atau diturun milik kepada waris (contoh: tanah, saham dan sebagainya)

    Jika geran atas nama si mati, Amanah Raya akan menguruskan pindah milik atau turun milik geran tersebut kepada nama pewaris mengikut perintah, tidak kira lokasi tanah tersebut.

    Tugas-tugas di atas boleh dibuat waris sendiri tetapi ramai tidak faham proses-proses yang terlibat seperti proses mahkamah. Ramai juga yang mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan dokumen, beratur di kaunter dan berurusan dengan setiap institusi berkaitan.

    Jika masih ada yang tidak jelas, saya sertakan soalan lazim berkenaan fi pentadbiran pusaka.

    Bolehkah fi tersebut ditolak daripada harta pusaka si mati?

    Boleh, sekiranya harta pusaka tersebut ada aset dalam bentuk tunai.

    Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

    Sekiranya tiada aset pusaka berbentuk tunai dan waris enggan atau gagal membayar fi serta kos, fail pentadbiran pusaka akan ditutup. Tiada sebarang pentadbiran ke atas harta pusaka tersebut akan dilakukan sehingga fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.

    Siapa yang menentukan fi Amanah Raya?

    Untuk makluman, fi pentadbiran yang dikenakan ditetapkan di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 serta Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

    Amanah Raya mempunyai akta tersendiri, iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 yang diluluskan Parlimen. Ini menjadikan Amanah Raya sebagai satu-satunya syarikat peramanahan awam di Malaysia.

    Maksudnya, di Amanah Raya dikawal selia oleh kerajaan melalui akta tersebut bagi menjaga kebajikan rakyat sebagai pengguna. 

    Bagi pihak lain, tiada akta yang mengawal selia fi yang akan dikenakan. Maknanya, tiada harga lantai atau siling untuk perkhidmatan mereka.

    Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat memberi penjelasan tentang fi pentadbiran pusaka. – RELEVAN

    Ahmad Mustapha merupakan Pegawai Amanah Raya Berhad yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam mengendali pengurusan harta pusaka dan berpengalaman dalam membantu rakyat Malaysia membuat perancangan perwarisan melalui instrumen wasiat, amanah dan hibah.

    Previous ArticleBerjalan kaki untuk tingkatkan kesihatan diri
    Next Article Takut ditinggalkan dan takut meninggalkan

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.