Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Marie Curie dan radioaktiviti

    Marie Curie dan radioaktiviti

    By Zahra Mohamad ZhahirSeptember 11, 2024Updated:October 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    marie curie
    Marie Curie (kanan) dan suaminya, Pierre - GAMBAR HIASAN/MARIECURIE.ORG

    MARIE Curie atau nama sebenarnya Maria Salomea Sklodowska merupakan saintis yang berasal dari Warsaw, Poland. Beliau lahir pada 7 November 1867 ketika Poland masih lagi di bawah jajahan Empayar Rusia. 

    Curie bukannya datang dari keluarga yang biasa-biasa – ayah dan ibunya berasal daripada keluarga bangsawan. Bagaimanapun, kuasa politik milik keluarga tersebut telah terlucut setelah Poland ditawan Empayar Rusia. 

    Datuk Curie merupakan seorang guru besar. Dia percaya pendidikan adalah hak semua orang, tidak kiralah lelaki atau perempuan. 

    Ayah Curie pula merupakan seorang profesor dalam bidang fizik. Ibunya pernah belajar di Sekolah Jalan Freta, satu-satunya sekolah perempuan di Warsaw pada waktu itu. 

    Keluarga Curie sangat menitikberatkan pendidikan. Oleh itu, Curie dan adik-beradiknya yang lain dihantar untuk belajar di gabungan sekolah awam dan swasta untuk belajar bahasa, matematik dan sains. 

    Curie juga mendalami sejarah Poland dengan mendalam. Bagaimanapun, pembelajaran yang dilalui Curie semuanya berjalan secara rahsia. Jika dihidu Empayar Rusia, keluarga serta guru-guru Curie berisiko ditangkap atau dibuang ke luar negara.

    Curie merupakan wanita yang cerdik dan berjiwa patriotik. Beliau menghabiskan pelajaran di sekolah dengan cemerlang sehingga mendapat anugerah emas.

    Bagaimanapun, pada waktu itu, Poland tidak membenarkan wanita menyambung pelajaran sehingga ke universiti. 

    Oleh itu, Curie dan adiknya, Bronia berjanji akan meninggalkan negara mereka dan menyambung pelajaran di Paris, Perancis.  

    Kehidupan Curie di Paris

    Pada November 1891, Curie tiba di Paris pada usia 24 tahun dan menyambung pelajaran di Universiti La Sorbonne. Beliau mendaftar dengan nama Perancisnya, Marie. 

    Pada waktu itu, hanya tiga peratus pelajar di La Sorbonne merupakan wanita. Beliau belajar dengan gigih dan akhirnya mendapat ijazah dalam bidang fizik. 

    Pada 1894, Curie bertemu dengan suaminya, Pierre Curie, seorang ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya mengenai kemagnetan dan piezoelektrik. Mereka mula bekerjasama dan akhirnya jatuh cinta. 

    Pierre berkahwin dengan Curie pada 1895 di Sceaux, Paris. Dalam satu catatan, Curie menulis, “tidak ada kebahagiaan lebih besar berbanding berkahwin dengan rakan baik sendiri”.

    Tidak lama kemudian, Curie mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang fizik melalui kajiannya dalam sinaran uranik. 

    Dengan bantuan suaminya, Curie mendapati uranium mengandungi bahan reaktif yang tidak diketahui. Inilah permulaan kajian Curie yang akhirnya mengubah dunia. 

    Artikel berkaitan:  Henry Ford dan kerja lima hari seminggu

    Artikel berkaitan: Satoshi Nakamoto, legenda di sebalik penciptaan Bitcoin

    Penemuan polonium dan radium

    Atas bantuan kewangan daripada Baron Henri de Rothschild, Curie berjaya mengasingkan bahan yang terdapat dalam uranium. Kedua-dua bahan tersebut dinamakan polonium (sempena Poland) dan radium. 

    Curie jugalah yang mencipta terma ‘radioaktif’ untuk menyifatkan radiasi spontan yang dijana bahan tersebut. 

    Mereka juga berjaya mengukur berat atom radium supaya ia boleh diletakkan dalam jadual berkala Mendeleev.

    Pasangan suami isteri itu bekerja siang malam tanpa lelah untuk terus melakukan kajian walaupun mereka hampir kehabisan wang.  

    Walaupun begitu, Curie tidak pernah mempatenkan penemuan beliau dengan harapan ia dapat diakses semua orang. 

    Pada 1903, Curie mendapat Hadiah Nobel dalam fizik bersama suaminya Pierre dan Henri Becquerel atas penemuan radioaktiviti. Beliau merupakan wanita pertama yang menerima Hadiah Nobel.

    Dalam pada itu, pasangan suami isteri tersebut turut menerima Pingat Davy, satu penghormatan yang diberikan Royal Society of London atas kajian melibatkan radium. Sekali lagi, Curie merupakan wanita pertama yang menerima pingat tersebut. 

    Selepas itu, radium telah digunakan secara meluas sebagai satu bahan ajaib yang kononnya boleh memulihkan sebarang penyakit. 

    Pada waktu itu, radium digunakan sebagai bahan dalam pelbagai produk, antaranya ubat gigi, bedak bayi dan juga alat solek. 

    Ketika itu, tidak ada sesiapapun yang tahu mengenai bahaya radium. Namun, pada sekitar 1920-an, penggunaan uranium telah menyebabkan keracunan dalam kalangan pengguna. 

    Kesedaran tentang bahaya radium mula muncul. Namun, hanya pada 1937 penggunaan radium bagi tujuan bukan perubatan diharamkan. 

    Hadiah Nobel kedua

    Marie curie
    Marie Curie – GAMBAR HIASAN/MARIECURIE.ORG

    Pada 1906, suami Curie mati mengejut setelah terlibat dalam kemalangan. Walaupun begitu, beliau terus menjalankan kajian seperti biasa bagi meneruskan cita-cita suaminya. 

    Curie menerima Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada 1911. Dalam ucapannya, beliau sempat mengenang jasa dan juga bantuan suaminya dalam setiap kajian. 

    Anugerah tersebut menjadikan Curie wanita pertama yang mendapat dua Hadiah Nobel dalam dua bidang saintifik yang berbeza (fizik dan kimia). 

    Ketika Perang Dunia Pertama berlangsung, Curie telah mendermakan sebahagian simpanan untuk menyokong usaha perang. Malah, beliau juga telah menjadi insan penting yang menggerakkan mesin sinar-x mudah alih untuk merawat tentera di medan perang. 

    Bukan itu sahaja, beliau juga pernah meminta Bank Perancis agar mencairkan anugerah Nobelnya supaya wang tersebut dapat digunakan untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan. 

    Bagaimanapun, Curie meninggal dunia disebabkan anemia apalastik pada 1934, dipercayai akibat pendedahan terlalu lama terhadap radiasi. 

    Pada April 1995, abu Curie dan suaminya dibawa ke Panthéon, Paris dalam keranda plumbum (bagi menghalang radiasi) sebagai penghormatan terakhir bagi kedua-dua saintis tersebut. 

    Mereka disemadikan bersama saintis lain yang telah membawa perubahan besar kepada dunia. -RELEVAN

    Previous ArticleBahaya jadi terlalu bijak di tempat kerja
    Next Article Berjalan kaki untuk tingkatkan kesihatan diri

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.