Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Satoshi Nakamoto, legenda di sebalik penciptaan Bitcoin

    Satoshi Nakamoto, legenda di sebalik penciptaan Bitcoin

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 31, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    bitcoin
    Nilai satu syiling Bitcoin kini boleh menjangkau AS$64,050 bersamaan RM299,086. - GAMBAR HIASAN ERLING LOKEN ANDERSEN/UNSPLASH

    APABILA bercakap mengenai mata wang kripto, pasti kita akan terfikir mengenai Bitcoin, mata wang kripto pertama dicipta di dunia. 

    Sejak pelancarannya pada 2009, nilai Bitcoin telah meningkat dengan mendadak sehingga ia digelar ’emas digital’. 

    Jika pada awalnya Bitcoin dijual dengan harga AS$150 (RM700.24), kini nilai satu syiling tersebut boleh menjangkau AS$64,050 bersamaan RM299,086.

    Tetapi, siapakah genius di sebalik penciptaan Bitcoin? Sebenarnya, penciptanya kekal misteri sehingga sekarang. 

    Apa yang kita tahu, dia (atau mereka) berselindung di sebalik nama samaran, Satoshi Nakamoto. Beliau merupakan orang penting yang membangunkan perisian Bitcoin pada 2007. 

    Namun, selepas dua tahun memperkenalkan Bitcoin kepada dunia, Nakamoto menghilangkan diri. 

    Beliau hanya meninggalkan mesej ringkas bertulis “saya ingin mengerjakan perkara lain pula” kepada rakan sekerjanya. 

    Sepanjang penglibatannya dengan Bitcoin, Nakamoto hanya berurusan menggunakan e-mel. 

    Beliau tidak pernah berkongsi sebarang maklumat peribadi atau informasi tentang tempat asalnya, menjadikan identiti beliau kekal misteri sehingga hari ini.  

    Penyelesai masalah perbelanjaan berganda 

    bitcoin
    Nakamoto berjaya menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda dengan mencipta sistem pengesahan melibatkan rangkaian rakan ke rakan (peer-to-peer). – GAMBAR HIASAN CLAY BANKS/UNSPLASH

    Ketika Nakamoto memperkenalkan Bitcoin, idea mengenai mata wang kripto bukanlah perkara baharu.  

    Sebelum itu, pakar sains komputer dari Amerika Syarikat (AS), David Chaum pernah mencipta eCach pada 1990. 

    Mereka merupakan kumpulan pertama yang memperkenalkan sistem penyulitan yang menjadi asas kepada pembangunan mata wang kripto.   

    Bagaimanapun, syarikat yang memperkenalkan eCash jatuh bankrap pada 1998. 

    Selepas itu, ada beberapa lagi bentuk mata wang kripto yang diperkenalkan, antaranya B-money, Bit Gold dan Hashcash. 

    Nakamoto mahu mencipta satu sistem yang membolehkan orang ramai melakukan transaksi tanpa menggunakan bank sebagai perantara.

    Namun, sebelum wujudnya Bitcoin, ada satu masalah utama yang membuatkan transaksi menggunakan mata wang kripto tidak selamat dan meragukan.

    Masalah tersebut dikenali sebagai perbelanjaan berganda (double-spending). Ia menjadi titik lemah dalam sistem mata wang kripto sebelum diselesaikan Nakamoto melalui penciptaan teknologi blok rantai (blockchain). 

    Secara mudahnya, masalah ini membolehkan pemilik mata wang kripto membuat dua pembayaran berbeza menggunakan syiling yang sama. 

    Misalnya, Alice mempunyai satu syiling. Dia boleh menggunakan syiling tersebut untuk membeli barangan daripada Beckham. Dalam pada itu, Alice turut menggunakan syiling sama untuk membeli barangan lain daripada Christie. 

    Jika sistem pengesahan transaksi yang digunakan bermasalah atau terlalu perlahan, Alice boleh gunakan syiling sama untuk dua transaksi berbeza. Inilah yang dimaksudkan dengan perbelanjaan berganda. 

    Namun, Nakamoto telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan memastikan setiap transaksi melalui satu sistem pengesahan melibatkan rangkaian rakan ke rakan (peer-to-peer).

    Sistem blok rantai yang dicipta oleh Nakamoto membolehkan semua transaksi direkod dan disahkan oleh satu rangkaian nod, menjadikannnya mustahil bagi sesiapa pun untuk mengubah sejarah transaksi.

    Dalam masa yang sama, ia juga menjadikan sebarang transaksi melibatkan Bitcoin selamat, dipercayai dan (mungkin) kebal terhadap sebarang serangan penggodam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Soal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’

    ARTIKEL BERKAITAN: Elak musibah, pupuk tabiat kewangan sihat

    Dalam diam seorang jutawan

    bitcoin
    Nakamoto dikatakan mempunyai lebih 1.1 juta Bitcoin dalam pegangan. – GAMBAR HIASAN/UNSPLASH

    Sebelum Nakamoto menghilangkan diri, beliau dipercayai mempunyai sejumlah Bitcoin dalam simpanan. Namun, sukar untuk menentukan jumlah sebenar Bitcoin yang beliau miliki. 

    Beliau dikatakan mempunyai lebih 1.1 juta Bitcoin dengan nilai bersamaan AS$70.6 bilion (kira-kira RM329 bilion) dalam pegangannya. 

    Sekiranya perkara tersebut benar, beliau layak tersenarai sebagai orang ke-15 terkaya dunia. 

    Hingga hari ini, identiti sebenar Nakamoto masih diperdebatkan. Ada yang menganggap pakar sains komputer, Nick Szabo adalah Nakamoto. Beliau merupakan orang yang sama memperkenalkan Bit Gold, mata wang kripto sebelum Bitcoin. 

    Selain itu, seorang lelaki berbangsa Jepun, Dorian Nakamoto juga pernah dikaitkan dengan Nakamoto. Kebetulan, mereka berkongsi nama keluarga yang sama. Namun, beliau telah menafikan sebarang penglibatan dengan mata wang kripto tersebut.

    Walaupun identiti beliau kekal misteri hingga hari ini, Nakamoto akan terus menjadi legenda dalam dunia mata wang kripto. 

    Pada masa hadapan, nilai Bitcoin mungkin akan merudum, namun teknologi blok rantai yang diciptanya akan terus relevan pada masa hadapan.  – RELEVAN

    Previous ArticlePanduan untuk mereka yang mahu kembali bekerja
    Next Article Populasi bukan warganegara dianggar 10%, tertinggi dalam 5 tahun

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.