Facebook Twitter
    Trending
    • Masa untuk bercuti
    • Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Urus tekanan di tempat kerja dengan cara ini

    Urus tekanan di tempat kerja dengan cara ini

    By Umi FatehahJuly 10, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BANYAK emel klien yang perlu dibalas, bahan pembentangan untuk mesyuarat belum siap, dokumen-dokumen lain belum disentuh, semua perkara ini akan menyebabkan tekanan di tempat kerja.

    Tertekan di tempat kerja itu perkara biasa, terutamanya apabila tarikh akhir tugasan semakin dekat. Tetapi, tekanan yang melampau akan menjejaskan kesejahteraan fizikal dan emosi.

    Walaupun kerja itu bersesuaian dengan minat, perasaan tertekan dan terbeban akan sentiasa ada. 

    Tekanan di tempat kerja juga mungkin tidak dapat dijangka atau dielak tetapi anda boleh mengurusnya agar prestasi kerja tidak akan terjejas. 

    1. Sedar bagaimana tekanan kerja memberi kesan kepada diri

    Kadangkala, kita ambil mudah atau meremehkan tekanan yang sedang melanda diri. Sebenarnya, perkara inilah yang akan membuatkan kita makin tertekan.

    Jika anda mengalami keletihan dari segi emosi dan menjadi pesimis, ini sudah cukup untuk menjadi bukti bahawa anda sedang tertekan.

    Tekanan yang tidak terurus dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kesihatan badan dan mental. Menurut Healthline, tekanan kerja juga akan menyebabkan anda jatuh dalam fasa burnout dan kemurungan.

    1. Kenal pasti punca tekanan

    Mengenal pasti dan merekodkan situasi yang tertekan boleh membantu anda memahami punca mengapa ia berlaku. 

    Sebahagian daripada ini boleh menjadi punca tekanan yang kecil, seperti ruang kerja yang tidak selesa, persekitaran terlalu bising atau perjalanan dari rumah ke pejabat terlalu jauh.

    Menyimpan jurnal untuk mengenalpasti punca dan tindak balas tekanan sedikit sebanyak akan membantu anda untuk menguruskan tekanan dengan lebih baik.

    Anda boleh senaraikan apa sahaja yang menjadi punca tekanan seperti rakan sekerja, bos toksik dan sebagainya.

    Semasa anda menulis, tanyakan kepada diri sendiri beberapa soalan ini:

    Selepas apa yang berlaku, apakah perasaan yang saya sedang alami? (Takut, marah, sakit hati)

    Apakah reaksi saya setelah berada dalam situasi yang tertekan? (Berehat sebentar, minum kopi atau hirup udara segar)

    Apakah cara untuk menyelesaikan masalah ini? (Dapatkan bantuan rakan sekerja, pengurus, ambil cuti)

    1. Ambil masa untuk berehat

    Selepas satu kerja siap, kerja lain pula menunggu. Jadi, ambillah sekurang-kurangnya 15 minit untuk berehat. Ia boleh membantu untuk mengelakkan tekanan kerja yang kronik.

    Anda juga akan dapat bekerja dengan nafas yang lebih segar selepas berehat. 

    Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengecas semula tenaga. Antaranya mendengar audio siar (podcast), menonton video lucu di media sosial atau main permainan video di telefon bimbit.

    Selepas meluangkan masa untuk bersantai sebentar, anda akan lebih produktif untuk terus bekerja dan selesaikan tanggungjawab yang tertangguh.

    Ia juga penting untuk berehat daripada memikirkan hal ehwal kerja semasa hari cuti. Pada hari cuti, elakkan untuk menyemak emel kerja atau menjawab mesej berkaitan kerja. 

    Sekiranya masih diganggu, beri maklum balas kepada mereka bahawa anda sedang bercuti dan akan memberi jawapan dalam masa tiga hari.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kerja keras atau kerja sekadar gaji yang dibayar?

    1. Urus masa dengan baik

    Ada kalanya, punca anda tertekan dengan kerja ialah tidak menguruskan masa dengan baik.

    Apa yang boleh diselesaikan dalam masa sehari anda menangguh-nangguhkan. Lama-kelamaan, tugasan itu masih tidak dapat diselesaikan kerana anda banyak lagi tugasan tambahan lain.

    Situasi ini akan membuatkan anda berasa serabut dan tidak tahu apa yang perlu diselesaikan dahulu. Kemudian, anda tertekan. Bila tertekan, lagilah sukar untuk anda beri tumpuan dan tidak dapat berfikir dengan baik.

    Kerja tidak akan habis tetapi ia boleh disiapkan. Cuba bertenang dahulu dan sediakan senarai tugasan mengikut keutamaan dan selesaikan satu per satu. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    December 8, 2025

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.