Facebook Twitter
    Trending
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pekerja di Malaysia antara yang paling tak seimbang hidup dan kerjanya

    Pekerja di Malaysia antara yang paling tak seimbang hidup dan kerjanya

    By Zahra Mohamad ZhahirJune 27, 2024Updated:June 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MALAYSIA tersenarai tempat ke-59 daripada 60 sebagai negara paling tidak mementingkan keseimbangan hidup-kerja. - GAMBAR HIASAN/RELEVAN

    SEBUAH kajian oleh syarikat sumber manusia, Remote mendapati, rakyat Malaysia bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan keseimbangan antara hidup dengan kerja.

    Rakyat Malaysia juga mempunyai waktu bekerja yang lebih panjang sehingga dapat mencecah 40 jam seminggu, lebih 10 jam berbanding pekerja di Singapura (29.1 jam), Thailand (29.1 jam), dan Indonesia (30.1 jam). 

    Disebabkan masa bekerja yang terlalu tinggi, cuti tahunan sedikit serta purata gaji tahunan yang rendah, Remote meletakkan Malaysia di tangga ke-59 daripada 60 negara dengan keseimbangan hidup-kerja paling teruk. 

    Difahamkan, Malaysia mencatatkan skor 27.51 daripada 100 berbanding Nigeria di tempat terakhir (17.03). Lebih mendukacitakan, negara kita juga mendapat markah paling corot jika dibandingkan dengan negara Asia yang lain.

    New Zealand, Sepanyol paling gembira

    keseimbangan kerja
    Rakyat New Zealand mempunyai skor paling tinggi dalam carta keseimbangan hidup-kerja – GAMBAR HIASAN THOMAS SCHWEIGHOFER/UNSPLASH

    Carta keseimbangan hidup-kerja Remote meletakkan New Zealand di tempat pertama dengan skor 79.35 diikuti Sepanyol (75.55). 

    Menurut carta tersebut, rakyat New Zealand dapat menikmati cuti tahunan sebanyak 32 hari berserta cuti sakit berbayar. Negara tersebut juga menawarkan gaji minimum yang tinggi, iaitu sebanyak AS$15.04 (RM71.03) sejam. 

    Dalam pada itu, rakyat Sepanyol pula dapat menikmati cuti tahunan sebanyak 36 hari. Malah, para pekerja di sana hanya perlu bekerja 25.6 jam seminggu, menjadikannya antara negara dengan minggu bekerja terpendek di dunia.

    Negara di Eropah mendominasi carta keseimbangan kehidupan bekerja dengan enam negara daripada benua tersebut tersenarai sebagai 10 terbaik. Finland, Denmark, Switzerland, Sweden dan Belanda pula tersenarai sebagai negara paling gembira di dunia. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesan perubahan iklim kepada pekerja dan dunia kerjaya

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 kerjaya dalam muzik untuk mereka yang tiada bakat bermain muzik

    Cara capai keseimbangan kerja

     Keharmonian antara pekerjaan dan kehidupan harian bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Ada banyak faktor yang boleh menghalang seseorang untuk menyeimbangkan kerja dan kehidupan harian, antaranya:

    • Tanggungjawab besar di tempat kerja
    • Jumlah jam bekerja yang panjang
    • Tanggungan yang semakin bertambah
    • Tekanan dari segi ekonomi
    • Budaya kerja keras di tempat kerja

    Menurut pakar kerjaya, Chris Chancey, pekerja yang mengutamakan keseimbangan hidup-kerja dapat menjalani hidup dengan lebih tenang. Produktiviti mereka juga dapat ditingkatkan kerana  lebih sukar jatuh sakit atau alami lesu upaya (burnout). 

    Antara perkara yang boleh dipraktikkan untuk mencapai keseimbangan kehidupan bekerja ialah: 

    1. Ambil cuti bila perlu 

    keseimbangan kerja
    Jangan takut ambil cuti walaupun untuk kegunaan peribadi. – GAMBAR HIASAN KELLY SIKKEMA/UNSPLASH

    Jangan takut untuk ambil cuti bila perlu. Urusan syarikat masih berjalan seperti biasa walaupun anda tidak bekerja. Gunakan cuti tahunan yang ada untuk berehat, bercuti atau melakukan sesuatu yang anda suka. 

    Jangan sesekali rasa bersalah untuk ambil cuti. Jika boleh, lakukan kerja dari rumah. Menurut laporan dari Jabra’s Hybrid Ways of Working 2022, pekerja yang boleh pilih tempat kerja masing-masing lebih gembira dan produktif. 

    2. Cari pekerjaan yang anda suka 

    Semua orang perlu bekerja. Namun, itu tidak bermaksud anda perlu pilih kerja yang tidak disukai. 

    Setiap pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri, itu adalah lumrah. Bagaimanapun, jika anda rasa terlalu berat untuk pergi kerja, tidak bersemangat dan perlu paksa diri setiap hari, itu bermaksud anda perlu cari kerja lain. 

    Rasa ‘berat’ untuk bekerja kemungkinan besar disebabkan oleh persekitaran kerja yang toksik. 

    3. Urus kerja dengan bijak

    Jika anda rasa tersepit dengan kerja, mungkin sudah tiba masanya untuk anda semak semula segala tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di tempat kerja. Mana tahu, anda telah galas terlalu banyak tugas sehingga melebihi kemampuan diri. 

    Pastikan anda urus masa bekerja dengan baik. Gunakan kalendar, aplikasi dalam talian atau apa sahaja cara yang dapat membantu melancarkan lagi pengurusan masa di tempat kerja. 

    Kadangkala kita tidak tahu, berapa banyak masa yang dihabiskan dengan melayari media sosial. – RELEVAN

     

    Previous ArticleCabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan
    Next Article Bagaimana dengan senyap, darah tinggi merosakkan buah pinggang

    Artikel berkaitan

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026
    Artikel Terkini

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    March 23, 2026

    Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

    March 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.