Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN
    • Rahsia minum air sejurus bangun tidur 
    • LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026
    • 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan
    • 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu
    • Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan
    • Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 
    • Masa bentuk dan bina sahsiah generasi baharu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025

      Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

      October 17, 2025

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025

      Belanjawan 2026: Kenaikan cukai rokok, arak tampung peningkatan kualiti rawatan kesihatan

      October 11, 2025
    • Kewangan

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025
    • Pendidikan

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025

      Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

      October 22, 2025

      Kenapa orang kita lebih gemar bercuti di luar negara? 

      October 22, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Sisi lain Aidilfitri dalam dua lagu raya

    Sisi lain Aidilfitri dalam dua lagu raya

    By April 14, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAGU Eid Mudarat oleh The Fridays dan (tA0n NiE aQ) XnK BlIk RAyE oleh Hacktick!

    TAHUN ini, peminat muzik Malaysia dihadiahkan dengan banyak lagu raya baharu. Yang alamak alamak ada, ketipak ketipung ada, yang healing, redup dan teduh pun ada.

    Tapi ada dua lagu yang memilih jalan berbeza: tidak banyak formula lagu raya lazim yang diguna pakai, liriknya pula meneroka perasaan yang tidak banyak dibincang dalam lagu raya nostalgia lain. 

    Disebabkan dua lagu ini membawa perbezaan, kisahnya yang paling menarik untuk ditulis. Maka, mari Relevan bawa anda mendalami dua lagu raya yang berani menyalakan lampu isyarat lalu masuk ke simpang yang akan memisahkan mereka dengan lagu raya popular lain.

    Eid Mudarat oleh The Fridays

    Kita pernah ada lagu raya dalam bahasa Inggeris? Kalau ada pun mungkin tak banyak. Lagu Next Aidilfitri oleh Bittersweet dan This Hari Raya Rocks! oleh An Honest Mistake bersama Diana Danielle, walaupun tajuknya dalam bahasa Inggeris, liriknya masih dalam bahasa Melayu.

    Tiba-tiba kugiran pop alternatif, The Fridays mengumumkan sebuah lagu raya dengan tajuk yang nakal dan berani. Mereka ubah suai ucapan popular, Eid Mubarak kepada Eid Mudarat. Berisiko tapi yang kenal The Fridays tak akan pelik, mereka memang suka ambil risiko.

    Eid Mudarat melanggar banyak kebiasaan lagu raya. Malah, sangat sedikit elemen hari raya yang ada dalam lagu itu, selain makna keseluruhannya. Kerja seni lagunya ada gambar ketupat berbentuk hati, tajuknya ada perkataan eid, dalam lirik ada perkataan rendang dan selamat – itu saja.

    Tapi Eid Mudarat tidak sepenuhnya terasing dengan sambutan Aidilfitri di Malaysia. Mungkin perasaan yang diwakilinya itu tidak dirasai ramai orang tapi tetap ada yang rasa.

    Penulis lirik lagu itu, Ashraff Jamil berkata, lagu itu tentang terputusnya hubungan yang serius dan mendalam serta bagaimana Aidilfitri menguatkan rasa kehilangan itu.

    “Macam kita pergi beraya rumah kakak dan anak buah kita tanya, mana orang ini? Dan kita tak tahu nak jelaskan apa yang terjadi.

    “Kita dah hafal semua perincian tentang orang ini dan keluarga dia. Kita kenal dia sampai tahap tahu saiz baju Melayu ayah dia dan mak dia tak boleh makan rendang pedas. Tapi apa kita nak buat dengan maklumat itu bila semua itu dah tak ada makna (sebab dah terputus hubungan)?” jelas Ashraff.

    Orang itu boleh jadi sesiapa sahaja – bekas tunang, bekas kekasih, kawan baik atau saudara-mara yang sudah tidak bertegur sapa.

    Dengan makna ini, Eid Mudarat menjadi lagu yang kuat elemen rayanya kerana Aidilfitri adalah tentang hubungan silaturrahim, terutamanya di Malaysia. Kita dibudayakan dengan amalan ziarah-menziarahi, beramah mesra dengan keluarga serta jiran.

    Dalam hubungan sesama manusia, ada turun-naik, gaduh-damai dan putus-sambung. The Fridays memilih untuk meneropong situasi hubungan yang terputus.

    “Saya tak rasa lagu ini melawan arus atau meneroka hal yang negatif tentang hari raya. Lagu ini cuma menumpang dalam barisan dan berdiri di belakang lagu-lagu macam Cahaya Aidilfitri, Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Dendang Perantau dan sebagainya.

    “Saya pilih untuk cuba tulis sesuatu yang macam lagu-lagu itu tapi berdasarkan situasi orang dalam lingkungan saya. Apa masalah yang dialami mereka? Jawapannya: putusnya hubungan sesama manusia.

    “Macam mana kita nak ucap selamat dan mohon maaf pada orang yang kita tak bercakap dah? Dan macam mana kita nak keluar dari situasi itu sebagai manusia yang lebih baik?

    “Itu perkara utama yang menjadi asas penciptaan Eid Mudarat,” kata Ashraff.

    (tA0n NiE aQ) XnK BlIk RAyE oleh Hacktick!

    Lagu ini lebih pelik tajuknya tetapi tidak begitu terasing dari lagu raya lain kerana terdapat banyak elemen hari raya yang digunakan. Malah, rentak tradisional yang digunakan juga sinonim dengan lagu raya lain.

    Cuma, lirik yang ditulis Hyke Nasir lebih eksplisit. Dua baris pertama sudah bercakap tentang seseorang yang dah lama tak berpuasa Ramadan cuba untuk berpuasa semula.

    Niat Hyke jelas dalam lagu ini – dia mahu mewakili perasaan mereka yang tidak begitu teruja menunggu Aidilfitri atau balik kampung. Jangan terkejut, orang sebegini wujud.

    ARTIKEL BERKAITAN: Naim yang hanya mahu beraya dengan tenang 

    Hilangnya keterujaan itu mungkin disebabkan kegelisahan sosial, kegagalan hidup atau pengalaman buruk dan trauma yang berlaku pada masa lampau. Suara orang sebegini jarang diwakili sesiapa dalam lagu raya.

    “Saya sendiri rasa semua itu selama bertahun dan saya rasa tak banyak – atau tak ada – lagu raya yang bincangkan apa yang saya rasa itu. Sedangkan saya yakin, ramai yang rasa begitu,” kata Hyke.

    Hacktick! cuba mewakili perasaan mereka yang gelisah apabila tiba Aidilfitri kerana sepanjang beberapa hari awal, akan berlaku banyak interaksi sosial. Mereka yang belum berjaya secara konvensional sebagai manusia perlu berhadapan banyak soalan-soalan yang tidak menyelesakan.

    “Saya rasa hari raya lebih daripada ceria bersalam-salaman, pelita dan ziarah-menziarahi. Banyak rasa terhadap hari raya yang tak cukup dibincangkan dalam lagu-lagu raya sedia ada.

    “Pasti ada kelompok yang pening dan meluat apabila raya tiba, yang tak rasa belong dengan hari raya. Lagu ini untuk orang sebegitu juga.

    “(Cuma) benda yang saya tak dapat muatkan dalam lagu: luang kebanyakan masa atas lebuh raya dan tiap tahun kena ada baju raya baharu,” jelas Hyke.

    Namun, lagu itu ditutup dengan hal yang positif akhirnya. Nyanyi Hyke:

    “emak di rumah dah makin tua
    bilalah lagi nak ada masa
    ruang luang bersama, beramah, bermesra
    tahun ini aku cuba balik raya
    persetankan semua, buat kerana cinta
    tahun ini aku cuba balik raya”

    Sebab akhirnya, cinta akan mengatasi segala rasa meluat, penat, gelisah dan menyampah. Aidilfitri akan tetap dirai walau dengan berat hati.

    Negatif atau positif, ia tentang fitrah

    Mungkin lagu raya yang tidak bercerita tentang kemeriahan, kemaafan, ketupat atau lemang susah nak jadi popular dan nostalgik tetapi seni yang mewakili perasaan manusia, walau sekecil mana kelompoknya, akan hidup lama.

    Penciptaan lagu-lagu yang meneroka sisi berbeza Aidilfitri, yang mungkin negatif, tidak merendahkan martabat perayaan itu yang dituntut dalam agama. Ia merupakan luahan yang real – perasaan yang dirakam betul-betul dialami.

    Rasa gelisah menghadap raya tidak sepatutnya terpencil. Dalam perayaan yang menekankan habluminannas setaraf habluminallah, kita boleh belajar banyak perkara dengan dua lagu raya ini.

    Dan lebih penting lagi: suka atau benci, teruja atau gelisah, seronok atau menyampah, semua ini spektrum fitrah manusia yang kita patut raikan di Aidilfitri. – RELEVAN

    featured Hacktick! Hari Raya Aidilfitri lagu raya muzik pendidikan The Fridays

    Artikel berkaitan

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025

    Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

    October 22, 2025
    Artikel Terkini

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025

    7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

    October 23, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.