Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » KiraUntung: Sokongan asas buat peniaga

    KiraUntung: Sokongan asas buat peniaga

    By March 29, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KIRAUNTUNG yang dibangunkan Amirul Mu'min ketika ini telah membantu kira-kira 250 usahawan sejak dilancarkan pada November tahun lalu. - GAMBAR SHIDDIEQIIN ZON/RELEVAN

    PERNIAGAAN membuka ruang rezeki yang luas untuk manusia, dengan syarat ia diusahakan secara bijak dan berstrategi. Untuk menjadi bijak dan berstrategi dalam perniagaan, banyak ilmu dan pengalaman perlu dikumpul.

    Namun, tak semua usahawan mempunyai peluang dan kesempatan untuk menimba ilmu serta pengalaman secukupnya, terutamanya dalam fasa awal perniagaan.

    Jaringan keselamatan kewangan yang nipis pula mengehadkan usaha cuba-jaya mereka sebab satu kegagalan boleh menjadi penamat riwayat perniagaan. Belum sempat nak fasih dalam hal ehwal perniagaan sudah terpaksa gulung tikar.

    Usahawan di peringkat permulaan memerlukan banyak sokongan dan ia tidak terhad kepada bantuan modal semata-mata. Sama penting juga, asas-asas pemasaran perniagaan seperti penentuan harga produk.

    Dalam ruang ini Amirul Mu’min Saharul Badri, 34, memilih untuk menetap. Pengalaman mengajarnya bahawa penentuan harga adalah komponen penting dalam perniagaan dan dia mahu bantu usahawan lain memecahkan dilema tersebut.

    Bukan darab 3

    Perniagaan tidak asing buat Amirul Mu’min dan keluarganya, terutamanya dalam bidang makanan dan minuman (F&B). Bersama ibu bapanya, anak sulung daripada enam beradik itu mengusahakan perniagaan mi kuning.

    Dari pengalaman berniaga mi kuning itu juga, dia tergerak untuk membangunkan sistem kiraan untung yang dapat memudahkan urusan peniaga lain menentukan harga produk masing-masing.

    “Fasa berniaga mi kuning itulah tercetusnya idea tentang KiraUntung walaupun belum ada gerakkan apa-apa lagi,” kongsinya yang pernah bekerja sebagai eksekutif pemasaran digital.

    Menurut Amirul Mu’min, kebanyakan peniaga pemula akan menggunakan formula darab tiga untuk menentukan harga. Namun, ia tidak sepenuhnya baik kerana terlalu ringkas dan tidak fleksibel untuk menghadapi perubahan harga bahan mentah dan sebagainya.

    “Mereka kira kos setiap resipi dan darabkan dengan tiga, terus dapat harga jual. Ini cara yang terlalu ringkas.

    “Ramai usahawan F&B yang saya jumpa, kebanyakannya gulung tikar sebab menggunakan formula itu,” katanya.

    Pemasar jadi perunding

    Amirul Mu’min pada mulanya membangunkan sistem kiraan untung untuk diguna pakai dalam perniagaan sendiri. Namun, perkenalannya dengan pemasaran digital telah membuka laluan baharu dalam kerjayanya yang tanpa disedari membenihkan kelahiran KiraUntung.

    Ceritanya, ketika perniagaan mi kuning dia dan keluarga tersekat kerana masalah jangka hayat mi yang pendek, dia terpaksa ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai eksekutif pemasaran digital. Di situ dia meneroka pelbagai kemahiran pemasaran digital.

    Kemudian, ketika seluruh negara diminta mengunci diri di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, ayahnya datang dengan produk baharu yang menyelesaikan masalah jangka hayat mi yang pendek, iaitu mi kering.

    Amirul Mu’min memanfaatkan pengetahuannya dalam pemasaran digital untuk menjual produk baharu keluarganya dan ia mendatangkan untung yang besar. Dia juga mula menawarkan khidmat pemasaran digital secara bebas (freelance).

    “Saya tamat bekerja sebagai eksekutif pemasaran digital pada November 2020 dan terus bekerja secara bebas. Disebabkan permintaan meningkat, saya mula upah orang dan akhirnya pada Julai 2021, saya buka agensi pemasaran sendiri.

    “Apabila saluran baharu seperti TikTok mula naik, persaingan dalam pemasaran digital semakin sengit. Saya beritahu isteri, kita perlu tukar (haluan).

    “Kebetulan, sekitar 2022, ada kawan dari Twitter yang cadangkan saya buat video tentang makanan. Jadi, saya buat video cara kira kos makanan di Youtube menggunakan pencontoh (template) yang telah saya bangunkan,” katanya.

    Video tersebut mendapat perhatian yang berterusan, walaupun tidak meletup dengan tontonan berpuluh ribu. Cuma, ada sesuatu yang menarik perhatian Amirul Mu’min. 

    “Selepas setahun, pada 2023, saya perasan sesuatu yang pelik dalam e-mel. Ramai yang minta pencontoh itu,” katanya.

    Berkebetulan dengan haluan baharu agensinya yang mahu mengalihkan tumpuan kepada produk berbanding klien, Amirul Mu’min melihat peluang dalam situasi itu. 

    “Saya upah seorang kawan yang boleh membangunkan halaman capaian (landing page), minta dia cantikkan pencontoh yang saya buat guna Google Sheets. Entah macam mana, ia jadi sebuah aplikasi web,” kongsinya.

    Generasi antirenyah

    KiraUntung ketika ini telah membantu kira-kira 250 usahawan sejak dilancarkan pada November tahun lalu. 

    Kata Amirul Mu’min, berdasarkan maklum balas pelanggan, ramai yang menggunakan KiraUntung sebab ia memudahkan urusan dan tidak merenyahkan.

    “Asasnya, hampir semua pelanggan menghadapi masalah sama yang saya alami ketika membangunkan produk mi kuning dahulu. 

    “Lebih baik lagi, kami ada kemudahan untuk pengguna menyelaraskan harga bahan mentah mengikut harga semasa. Ini sekali gus menyelesaikan masalah perubahan harga mentah yang dialami peniaga. 

    “Peniaga F&B selalu terkesan dengan harga bahan mentah yang berubah, menyebabkan aliran tunai mereka terganggu,” katanya.

    Ketika ini, KiraUntung membantu peniaga menguruskan satu aspek pemasaran, iaitu penentuan harga. Dalam masa terdekat, kata Amirul Mu’min, pihaknya akan mengembangkan perkhidmatan kepada pengurusan resipi.

    Ini membolehkan peniaga menyimpan resipi dalam aplikasi web, sekali gus memudahkan mereka membuat pengiraan kos dengan resipi sendiri.

    Satu lagi sasaran KiraUntung adalah untuk membantu peniaga menguruskan aliran tunai dengan lebih sistematik. – RELEVAN

    featured Ikon Relevan kewangan KiraUntung usahawan

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.