Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga jenis cukai untuk pemilik hartanah

    Tiga jenis cukai untuk pemilik hartanah

    By January 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SEKIAN lama, cukai dilihat sebagai asas penting ekonomi sesebuah negara. Penulis Rom kuno, Cicero malah mengatakan, cukai adalah urat sebuah negara.

    Kata-kata itu menggambarkan peranan penting yang dimainkan cukai dalam sebuah negara. Tanpa cukai yang dibayar rakyat, fungsi kerajaan tergendala. 

    Antara cukai lazim yang dikenakan kepada rakyat ialah cukai pendapatan, cukai kepenggunaan (seperti GST dan SST) serta cukai kepada pemilik hartanah.

    Di Malaysia, pemilik hartanah perlu bersedia membayar tiga jenis cukai, iaitu cukai tanah, cukai taksiran dan jika melibatkan penjualan hartanah, cukai keuntungan harta tanah.

    Ketiga-tiga cukai ini mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tersendiri.

    Cukai tanah

    Menurut PropertyGuru, cukai tanah ialah cukai yang dikenakan kepada pemilik mana-mana hartanah atas tanah (landed) di Malaysia, termasuk tanah pegangan bebas (freehold) dan pajakan (leasehold).

    Cukai tersebut dinilai dan dikenakan oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

    Cukai sama turut dikenakan ke atas pemilikan hartanah berstatus strata yang dikenali sebagai cukai petak.

    Pembayaran cukai tanah diwajibkan melalui Kanun Tanah Negara manakala cukai petak ditadbir di bawah Akta Pengurusan Strata (SMA) 2013 dan Akta Hak Milik Strata (STA) 1985.

    Kadar cukai tanah adalah bergantung kepada saiz hartanah, namun ia berbeza mengikut negeri. Malah, kadarnya juga berbeza mengikut lokasi dan jenis hartanah.

    Untuk mengetahui kadar cukai tanah yang tepat untuk kediaman, anda disarankan untuk menghubungi PTG negeri masing-masing.

    Cukai taksiran

    Cukai taksiran pula merupakan cukai tanah tempatan yang dikutip oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur serta perkhidmatan tempatan.

    Cukai yang turut dikenali sebagai cukai pintu itu dikenakan untuk menampung kos seperti cahaya lampu jalan, pembersihan taman, pengumpulan sisa dan pekerjaan lain yang diperlukan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa.

    Semua pemilik hartanah perlu membayar cukai taksiran, baik pemilik hartanah kediaman atau industri.

    Namun, terdapat beberapa pengecualian atau bayaran balik yang ditawarkan kepada kes istimewa, seperti hartanah yang tidak didiami (tuntutan remisi) serta perumahan kos rendah dan sederhana (bagi sesetengah negeri).

    Kadar cukai taksiran akan dikira berdasarkan anggaran nilai sewa tahunan hartanah. Sekali lagi, ia berbeza mengikut negeri.

    Pembayarannya pula boleh dibuat dua kali dalam setahun, iaitu sebelum 28 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.

    CKHT

    Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) pula merupakan cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai seperti rumah, bangunan komersial, ladang dan tanah kosong.

    Malah, bermula 1988, cukai itu turut dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat hartanah.

    CKHT ditadbir oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Akta Keuntungan Cukai Harta Tanah 1976 yang menggantikan Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974. Kedua-dua akta tersebut diperkenalkan bagi menyekat aktiviti spekulasi hartanah.

    Menurut LHDN, CKHT akan dikenakan ke atas pelupus dalam tahun taksiran di mana transaksi pelupusan berlaku. Pelupus yang dimaksudkan termasuk individu, syarikat, perkongsian, pertubuhan, pemegang amanah dan lain-lain orang yang boleh dikenakan cukai.

    Perunding hartanah, Hazran Zuberi berkata, terdapat beberapa kos yang boleh ditolak dan dikecualikan dalam kiraan keuntungan atas jualan sesuatu hartanah kediaman.

    Ini termasuk kos pengubahsuaian, yuran guaman, jurunilai, perunding hartanah, kos ke atas iklan jualan serta pengecualian atau pelepasan individu.

    “Nilai pengecualian yang diberi kerajaan adalah 10 peratus atau RM10,000, yang mana lebih tinggi,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.