Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 langkah bantu rakyat beli rumah

    5 langkah bantu rakyat beli rumah

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 5, 2023Updated:March 5, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KOS bahan binaan yang tinggi antara punca kenaikan harga rumah. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PEMBENTANGAN Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini diharap dapat melibatkan usaha membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.

    Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, keluarga yang mampu memiliki rumah sendiri dapat menghindarkan diri dari pelbagai kesan buruk, termasuk kehilangan pendapatan dan kemerosotan pendidikan untuk anak-anak.

    Katanya, menjadi harapan industri hartanah agar kerajaan meletakkan komitmen baharu terhadap usaha tersebut dalam Belanjawan 2024.

    “Untuk mempunyai kewangan yang stabil, sebuah keluarga perlukan empat perkara: pendapatan yang kukuh, perbelanjaan yang rendah, kemampuan menyimpan untuk masa hadapan dan keselamatan dalam rumah masing-masing.

    “Pemilikan rumah membantu mencapai tiga daripada matlamat tersebut. Ia mengurangkan dan menstabilkan perbelanjaan bulanan, membolehkan anda mengumpul simpanan dan menjamin perlindungan,” katanya dalam kenyataan pada 4 Oktober.

    Lima inisiatif

    Sehubungan itu, Kashif mencadangkan lima inisiatif yang boleh dimasukkan dalam Belanjawan 2024 bagi membantu rakyat memiliki rumah, iaitu:

    • Pengurangan cukai untuk keluarga berpendapatan sederhana

    Dengan mengurangkan cukai untuk keluarga berpendapatan sederhana, kerajaan dapat meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dalam kategori tersebut, seterusnya membolehkan mereka berbelanja untuk rumah.

    “Dengan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, keluarga-keluarga lebih mampu untuk memiliki rumah,” kata Kashif.

    • Geran dan subsidi

    Kerajaan juga boleh mengurniakan geran kepada pembeli rumah dan mensubsidikan kadar faedah yang lebih rendah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Langkah ini, menurut Kashif, lebih bersasar.

    • Mengurangkan cukai dan duti setem

    “Kerajaan boleh mengurangkan cukai dan duti setem yang pembeli perlu bayar ketika membeli rumah atau membuat pinjaman perumahan,” kata Kashif.

    Menurutnya, inisiatif tersebut dapat meringankan beban kewangan bakal pembeli rumah.

    • Kembalikan Kempen Pemilikan Rumah

    Kempen Pemilikan Rumah (HOC) merupakan antara inisiatif yang telah berjaya menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia. 

    Bagi Kashif, kerajaan perlu mengembalikan inisiatif yang telah membantu lebih 100,000 keluarga memiliki rumah sejak pelaksanaannya dahulu.

    “Angka terakhir menunjukkan bahawa HOC telah membantu keluarga-keluarga menjimatkan RM15.8 bilion daripada jumlah bayaran sebenar untuk membeli 117,538 unit rumah.

    “Jumlah jualan HOC adalah sebanyak RM92.5 bilion setakat Julai 2022,” katanya.

    • Mengurangkan kos pembinaan baharu

    “Langkah terakhir yang boleh dimasukkan dalam Belanjawan 2024 adalah mengurangkan kos pembinaan rumah baharu.

    “Data Perkhidmatan Maklumat Kos Bangunan Malaysia (BCISM) menunjukkan bahawa harga simen Portland meningkat 50 peratus pada September berbanding setahun lalu. Kos konkrit siap bancuh meningkat 23 peratus. Kos pasir naik 18 peratus,” kata Kashif.

    Jelas beliau, apabila harga bahan bina meningkat mendadak, ia mendorong peningkatan harga rumah.

    “Kerajaan mempunyai alat untuk mengurangkan kos-kos input ini. Banyak bahan adalah sama ada diimport atau bergantung kepada barang atau komponen import.

    “Dengan mengurangkan levi import, Belanjawan 2024 boleh menjadikan rumah lebih mampu milik,” jelasnya. – RELEVAN

    Previous ArticleGunung garam buatan terbesar di dunia
    Next Article Mengenali trend NPC

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.