Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    By September 29, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PUSINGAN akhir Debat Perpaduan 2023 menemukan pasukan UKM (kiri) dengan UiTM. - GAMBAR JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

    PUSINGAN akhir Debat Perpaduan Piala Menteri Perpaduan Negara 2023 telah menobatkan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai juara pada 26 September lalu.

    UKM berjaya menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan juri 5-2 dan margin 3.4 melalui usul Dewan Ini Mengakui Pembangunan Negara Mencerminkan Kesepaduan Sosial.

    Walaupun keputusan sudah dibuat, Relevan mahu membuat ulasan terhadap pusingan akhir tersebut. 

    Pendefinisian tersasar

    Rangkuman pendefinisian oleh kerajaan yang diwakili UKM, pihaknya ingin membuktikan bahawa wujud pertalian antara kesepaduan sosial dengan pembangunan sesebuah negara. Jelas Perdana Menteri, Muhammad Iman Azhar, jika kesepaduan sosial sesebuah negara itu baik, pembangunannya juga baik dan sebaliknya.

    Di peringkat definisi frasa pembangunan negara dan kesepaduan sosial, tiada masalah. Cuma saya agak kecewa frasa kesepaduan sosial tidak didefinisikan dari perspektif bertahap seperti yang diutarakan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.

    Perspektif Shamsul Amri lebih sesuai kerana ia tidak melibatkan banyak takrifan teknikal dan lebih membumi. Kesepaduan sosial menurut perspektif Shamsul Amri tidak ‘seutopia’ perpaduan, malah telah dicapai oleh rakyat Malaysia selama ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    Namun, masalah terbesar dalam definisi kerajaan adalah pada definisi mencerminkan. Kerajaan gagal menentukan sumber dan produk cerminan yang tepat, malah terbalik.

    Dalam definisi kerajaan, kesepaduan sosial yang menentukan pembangunan negara sedangkan kehendak usul menuntut pembangunan negara sebagai sumber cerminan manakala kesepaduan sosial sebagai produk.

    Dalam kata lain, pembuktiannya perlu menunjukkan pembangunan negara menatijahkan kesepaduan sosial.

    Kesilapan ini gagal dikenal pasti pembangkang sejak awal perdebatan. Ini membolehkan kerajaan berhujah dengan fahaman songsang sejak awal hingga akhir.

    Perlu difahami, hakim pertandingan debat tidak dibenarkan membuat penilaian berdasarkan kefahaman sendiri. Jika ia tidak dibangkitkan dalam debat, walaupun hakim yakin ia salah, penilaian itu tidak boleh dimasukkan dalam penghakiman.

    Kesilapan itu hanya dibangkitkan pembangkang dalam sesi penggulungan, itupun dalam ayat yang tidak jelas. Pertama, ia sudah terlewat kerana hujah dan bidasan baharu tidak sepatutnya dibawa dalam penggulungan. Kedua, ia tidak jelas.

    Kemahiran mendengar

    Antara pengajaran debat yang paling melekat dalam minda saya ialah pesanan Dr. Ramzah Dambul dalam entah pertandingan yang mana (maaf saya terlupa). Pesan beliau, kemahiran bercakap bukan yang paling utama dalam debat, sebaliknya kemahiran mendengar.

    Kemahiran mendengar yang baik membolehkan kita mengenal pasti kelemahan dan kekuatan lawan, seterusnya memanfaatkannya untuk kemenangan pasukan.

    Dalam pusingan akhir Debat Perpaduan 2023, kedua-dua pasukan mempunyai kemahiran mendengar yang agak lemah.

    Di pihak kerajaan, bidasan mereka banyak menjurus ke arah manipulasi, baik secara sengaja atau tidak sengaja. Ini mungkin disebabkan kegagalan mereka untuk memahami kes, hujah dan bidasan pembangkang, menyebabkan bidasan yang dikemukakan adalah bidasan palsu berdasarkan kefahaman sendiri yang menyimpang.

    Contohnya dakwaan pembangkang mahu berdebat tentang dasar ekonomi sedangkan ia hanya bidasan sampingan yang tidak dimasukkan dalam pembentangan kes pembangkang. Begitu juga tuduhan pembangkang bersetuju dengan kerajaan, sedangkan pembangkang dengan jelas menunjukkan ketidakselarian pembangunan dengan kesepaduan sosial.

    Hal sama turut dilakukan pembangkang yang berkali-kali mendakwa kerajaan tidak menyentuh enam komponen pemboleh ubah kesepaduan sosial dalam hujah, sedangkan penghujah kerajaan ada menyebut keenam-enamnya.

    Walau bagaimanapun, kelemahan kemahiran mendengar memberi impak yang lebih besar kepada pembangkang kerana kegagalan mereka mengenal pasti kesilapan kerajaan sejak awal membolehkan kes kerajaan terus berdiri.

    Tidak konsisten

    Timbalan Ketua Pembangkang, Ivanatasha Abdul Majid tampil sebagai pendebat terbaik pusingan akhir, berkemungkinan kerana gaya persembahannya yang jauh mengatasi pendebat lain.

    Namun, dia juga mungkin menjadi punca usul pada malam itu diterima. 

    Ivanatasha bangkit dengan mengemukakan bangkangan asas yang tidak pernah dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, iaitu tentang keperluan untuk melihat isu kesepaduan sosial melangkaui skor dalam indeks-indeks. 

    ARTIKEL BERKAITAN: UKM juara Debat Perpaduan 2023

    Bergantung kepada perspektif hakim, ini mungkin menjadi titik mula pembangkang dilihat tidak konsisten dengan bangkangannya. 

    Berbeza dengan kerajaan, mereka lebih konsisten dalam mempertahankan kes dan membidas pembangkang, walaupun merit hujah dan bidasan mereka tidak begitu baik.

    Adab masa

    Satu hal yang jarang diambil perhatian oleh pendebat adalah tentang masa. Dalam pusingan akhir, beberapa pendebat berucap melebihi masa yang ditetapkan.

    Pertandingan debat intervarsiti juga jarang mahu tegas dengan penetapan masa. Mungkin jika pertandingan diadakan secara dalam talian, hos boleh mematikan mikrofon pendebat. Tetapi secara bersemuka, pendebat hanya akan diganggu dengan bunyi loceng berkali-kali.

    Cadangan saya, penganjur boleh minta bantuan jurutera bunyi untuk mematikan mikrofon pendebat selepas loceng amaran kedua dibunyikan. Ini supaya pendebat lebih sedar keburukan jika mereka tidak menghormati masa.

    Kesimpulan

    Keputusan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 saya kira adil. UKM layak menjadi pemenang kerana mereka melunaskan tugas utama sebagai kerajaan, iaitu membentuk kes dan menyokong usul dengan hujah-hujah.

    Di pihak pembangkang pula, selain tidak konsisten, pendebat gagal mempertahankan kes bangkangan dengan jelas. 

    Secara keseluruhannya, pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 berlangsung pada tahap sederhana. Tidak banyak fakta-fakta kukuh yang dibentang dan bidasan yang dibangkitkan tidak cukup tajam.

    Dari segi persembahan, keenam-enam pendebat sudah lebih dari layak untuk beraksi di pentas akhir. Melihat kepada usia, Muhammad Iman (Perdana Menteri), Sharifah Umairah Syed Mustaffa (Timbalan Perdana Menteri) dan Muhamad Alif Izzudin Azmale (pembangkang pertama) berpotensi menjadi nama besar dalam arena debat intervarsiti.

    Yang paling mustahak untuk dibaiki setiap pendebat ialah kemahiran mendengar, pengetahuan am, pemikiran logik dan pemikiran kritis. – RELEVAN

    Previous ArticleIntipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    Next Article Hari Warga Emas Sedunia: Jaga kesihatan demi kehidupan sejahtera

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.