Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pertandingan rakam gambar untuk suarakan hak kanak-kanak

    Pertandingan rakam gambar untuk suarakan hak kanak-kanak

    By August 17, 2023Updated:August 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEMPEN ini berlangsung selama dua bulan bermula 17 Julai hingga 20 September 2023 dan mengajak golongan muda serta kanak-kanak untuk menyiarkan gambar yang terbaik di platform Instagram sendiri beserta kapsyen yang mengandungi hastag #PictureMyRights dan #AShotatLife.

    TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia melancarkan kempen Picture My Rights #aShotatLife yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan cabaran yang memberi kesan kepada mereka.

    Pertandingan ini merupakan platform untuk golongan muda berkongsi kreativiti, keberanian dan keyakinan mereka dalam membantu mengubah dunia di sekeliling mereka.

    Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia, Marc Vegara berkata, dengan adanya kemajuan teknologi, ini bermakna golongan muda mempunyai peralatan dan sokongan dalam menyuarakan isu-isu yang dipercayai.

     “Kami mahu mereka mengembangkan kreativiti, supaya golongan muda boleh menunjukkan gambaran yang menarik dan menceritakan bagaimana mereka melihat hak-hak mereka di Malaysia.

    “Dalam Perkara 13 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, mereka berhak mempunyai kebebasan bersuara melalui apa-apa yang dipilih oleh kanak-kanak itu,” katanya.

    Sehubungan itu, Picture My Rights mengajak golongan muda untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai hak kanak-kanak dan isu-isu yang penting kepada mereka melalui saluran media dalam bentuk gambar. 

     Golongan muda yang berumur 13 hingga 24 tahun dan menetap di Malaysia dijemput untuk menghantar gambar yang menunjukkan salah satu daripada 5 tema seperti berikut:

    1. Peluang yang adil dan martabat

    Kanak-kanak mempunyai hak untuk dilayan dengan hormat tanpa mengira jantina, bangsa, agama atau kerakyatan, mahupun jika mereka kekurangan anggota badan atau mental. Mereka berhak menjalani kehidupan dengan bermaruah.

    2. Pembangunan dan daya tahan

    Tempat perlindungan, makanan berkhasiat, air yang bersih, rawatan perubatan dan penjagaan kesihatan adalah keperluan asas kepada setiap kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan dan berkembang maju. Mereka mempunyai hak untuk membesar dalam keadaan bersih, selamat serta sihat.

    3. Pendidikan

     Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti bukan hanya merujuk di sekolah sahaja. Pendidikan kanak-kanak perlu merangkumi pembentukan personaliti dan kebolehan serta membantu mereka dalam menghormati sesama insan, budaya dan persekitaran alam.

    4. Perlindungan daripada keganasan

     Kanak-kanak tidak sepatutnya mengalami penderaan, buli, keganasan seksual, eksploitasi atau pengabaian sama ada di rumah, sekolah, institusi ataupun di dalam talian. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk dilindungi daripada kecederaan atau dilayan dengan teruk dalam apa jua cara.

    5. Penyertaan

    Kanak-kanak berhak untuk menyuarakan pendapat secara terbuka, terutama isu yang memberi kesan kepada mereka. Mereka berhak untuk berkongsikan pendapat melalui saluran media seperti fotografi, lukisan, penulisan atau apa-apa cara sekalipun, melainkan ia mencederakan orang lain.

    Kempen ini berlangsung selama dua bulan bermula 17 Julai hingga 20 September 2023 dan mengajak golongan muda serta kanak-kanak untuk menyiarkan gambar yang terbaik di platform Instagram sendiri beserta kapsyen yang mengandungi hastag #PictureMyRights dan #AShotatLife.

    Buat mereka yang tidak mempunyai akaun Instagram atau akaun Instagram dalam tetapan privasi sila hantar gambar melalui e-mel [email protected].

    Gambar dan kapsyen terbaik berpeluang untuk memenangi empat buah iPhone 14s dengan dua pemenang diberikan kepada setiap kategori umur (13 hingga 17 tahun dan 18 hingga 24 tahun).

    Ini merupakan peraduan gambar kanak-kanak Picture My Rights yang ketiga dianjurkan oleh UNICEF.

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan ini dan hak kanak-kanak, anda boleh layari laman web https://children4change.unicef.my/picture-my-rights.- RELEVAN

    featured fotografi hak kanak-kanak pertandingan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.