Facebook Twitter
    Trending
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026
    • Pendidikan

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah anda sudah celik kewangan? Perhatikan 7 ciri ini

    Adakah anda sudah celik kewangan? Perhatikan 7 ciri ini

    By Umi FatehahJuly 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perhatikan ciri-ciri di bawah dan teliti semula adakah kita sudah cukup cakna dengan ilmu kewangan atau belum. - GAMBAR HIASAN MIKHAIL NILOV/PEXELS

    DALAM kehidupan seharian, ada beberapa situasi yang mendesak kita membuat keputusan kewangan yang rumit. Ada yang mengakibatkan kesan besar seperti penyusutan wang simpanan dan sebagainya.

    Selain mengurus kewangan peribadi dengan baik, mendidik diri menjadi celik ilmu kewangan juga sangat membantu melakukan keputusan melibatkan wang yang lebih bijak. 

    Meskipun kita sudah membaca buku dan menonton video-video pendidikan kewangan, macam mana nak tahu sama ada kita sudah capai tahap celik kewangan? 

    Perhatikan ciri-ciri di bawah dan teliti semula adakah kita sudah cukup cakna dengan ilmu kewangan atau belum.

    1. Anda merekodkan setiap perbelanjaan harian

    Dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian, kita dapat memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Apabila perbelanjaan terkawal, lebihan wang yang ada itu boleh dimasukkan ke dalam simpanan.

    Pengurusan perbelanjaan juga membolehkan kita menilai sama ada perlu meningkatkan simpanan atau mengurangkan perbelanjaan. Kemampuan mengurus pendapatan dan perbelanjaan adalah kemahiran kewangan yang sangat penting.

    1. Anda mempunyai belanjawan bulanan

    Menyusun dan patuh kepada belanjawan yang ditetapkan memerlukan disiplin kewangan yang tinggi. Disiplin merupakan elemen paling penting untuk mencapai tahap celik kewangan.

    Apabila mampu mengikut jadual perbelanjaan, kita sudah melangkah kaki dengan betul untuk hidup mengikut kemampuan dan mengurangkan risiko terlebih berbelanja.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 sebab utama kita terlebih belanja

    1. Faham perbezaan hutang baik dan hutang jahat

    Tidak dinafikan hutang membentuk institusi kewangan kita. Mengetahui cara hutang ‘bekerja’ adalah kemahiran dan tanda pengetahuan kewangan yang baik. Adalah penting untuk memahami perbezaan antara hutang baik dan hutang buruk.

    ARTIKEL BERKAITAN: Hutang baik dan hutang buruk: Apa yang anda perlu tahu?

    1. Tidak menyimpan kesemua wang dalam satu platform sahaja

    Salah satu konsep utama celik kewangan ialah memahami pentingnya menyimpan wang di pelbagai platform.

    Selain menyimpan di akaun simpanan, kita juga boleh menyimpan wang dalam bentuk hartanah, pasaran saham dan apa-apa jenis pelaburan yang selamat. Fahamkan juga konsep dan risiko kecairan (liquidity). Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan penumpuan simpanan berisiko.

    Ia juga membantu kita melindungi harta dan kekayaan dalam situasi-situasi ekonomi yang sukar. Sebagai contoh, anda kehabisan wang simpanan kecemasan tetapi tidak mahu mengeluarkan wang simpanan persaraan. Jadi, anda menjual beberapa gram emas yang telah anda simpan sebelum ini.

    1. Anda memahami cara aset kewangan berfungsi 

    Dalam konteks ini, penting juga untuk tahu setiap selok belok, baik dan buruk sebarang jenis aset kewangan.

    Aset kewangan ini termasuk wang tunai, saham dan bon. Adalah penting untuk memahami cara aset kewangan berfungsi dan cara ia boleh membantu atau menjejaskan kedudukan kewangan kita.

    Akaun simpanan biasanya dianggap sebagai instrumen kewangan yang selamat kerana ia tempat yang selamat untuk menyimpan. Apabila anda mendepositkan dana ke dalam akaun simpanan, bank akan membayar faedah ke atas jumlah yang telah disimpan.

    Walau bagaimanapun, kadar faedah yang ditawarkan untuk akaun simpanan selalunya agak rendah berbanding dengan pilihan pelaburan lain. Dalam kebanyakan kes, faedah yang diperoleh pada akaun simpanan mungkin tidak mencukupi untuk bersaing dengan inflasi.

    1. Sedar kekuatan dan kelemahan kewangan

    Orang yang celik kewangan seharusnya mampu menilai kekuatan dan kelemahan kewangan diri sendiri. 

    Apabila dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan kewangan anda, keputusan kewangan yang lebih baik dapat dibuat. Anda juga akan lebih mengutamakan keperluan berbanding kehendak.

    Sebaliknya, tidak menyedari kekuatan dan kelemahan bermakna anda akan terlepas peluang untuk meningkatkan kestabilan kewangan peribadi.

    Sebagai contoh, mungkin anda membeli barangan yang tidak perlu apabila anda berasa sedih. Ia mungkin akan memberi kebahagian sementara, tetapi adakah ia berbaloi?

    1. Menetapkan matlamat kewangan dan mengatur langkah untuk mencapainya

    Ini melibatkan menetapkan matlamat sama ada memperoleh pendapatan lebih tinggi, tingkatkan simpanan dan pelaburan atau menguruskan hutang dengan lebih baik.

    Menetapkan matlamat itu sudah bagus, tetapi pastikan apa yang anda perlu lakukan untuk mencapainya. – RELEVAN

    Previous Article7 sebab utama kita terlebih belanja
    Next Article 6 manfaat kesihatan brisk walking

    Artikel berkaitan

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026
    Artikel Terkini

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.