Facebook Twitter
    Trending
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Bagaimana pengeluaran air bawah tanah mengubah kecondongan bumi

    Fakta Semesta: Bagaimana pengeluaran air bawah tanah mengubah kecondongan bumi

    By Umi FatehahJune 29, 2023Updated:June 29, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PUTARAN kutub bumi sebenarnya sudah banyak berubah. - GAMBAR HIASAN ACTIONVANVE/UNSPLASH

    AIR adalah anugerah alam yang paling berharga. Ia tidak mempunyai rasa, bau dan warna tetapi kegunaan dan kepentingannya kepada manusia lebih daripada sekadar kegunaan harian.

    Dari menghilangkan dahaga sehingga kepentingan kesihatan, sanitasi dan sektor pertanian, air merupakan aset yang tidak ternilai yang sering kita anggap remeh.

    Namun begitu, manusia dikatakan mengepam keluar begitu banyak air bawah tanah sehingga ia mengubah kecondongan bumi.

    Kecondongan bumi telah berubah sebanyak 31.5 inci antara 1993 hingga 2010. Dalam lingkungan tahun-tahun tersebut, manusia mengeluarkan 2,150 gigatan air dari takungan semula jadi di kerak planet. 

    PERUBAHAN paksi ini juga boleh menjejaskan iklim pada skala global. – GAMBAR OLEH SEO ET. AL

    Jika jumlah sedemikian dicurahkan ke lautan global, paras permukaan laut akan meningkat sebanyak 0.24 inci. Satu kajian baharu kini telah mendedahkan bahawa pemindahan jumlah air yang begitu besar telah memberi kesan kepada paksi planet bumi.

    Laporan dalam jurnal Geophysical Research Letters juga mendedahkan bahawa pergerakan pada paksi bumi dapat dilihat daripada permukaan bumi kerana ia menyumbang kepada kenaikan paras laut global.

    Perubahan paksi bumi

    “Putaran kutub bumi sebenarnya sudah banyak berubah. 

    “Kajian kami menunjukkan bahawa faktor berkaitan dengan iklim, pengagihan semula air bawah tanah sebenarnya mempunyai kesan terbesar terhadap perubahan paksi bumi,” kata ahli geofizik di Universiti Kebangsaan Seoul, Seo Ki-Weon yang mengetuai kajian itu.

    Kita sebagai penduduk di bumi mungkin tidak dapat merasakan putaran bumi, tetapi ia berputar pada paksi utara-selatan pada kadar kira-kira 1,000 batu sejam (1,609 kilometer sejam).

    Menurut seorang saintis penyelidik di Makmal Pendorong Jet NASA, Surendra Adhikari, pasang surut perubahan bermusim dikaitkan dengan sudut paksi putaran planet. Perubahan paksi ini juga boleh menjejaskan iklim pada skala global. 

    Bahagian kerak bumi mengandungi lapisan batu dan magma yang mengelilingi teras yang padat dan panas. Tetapi di lapisan paling luar, terdapat juga kuantiti air yang banyak. 

    Di bawah permukaan planet, wadah berbatu yang dikenali sebagai akuifer dianggarkan mengandungi lebih 1,000 kali lebih banyak air daripada semua sungai dan tasik permukaan di dunia.

    Pada 2016, satu lagi pasukan penyelidik mendapati bahawa perubahan paksi bumi yang berlaku antara 2003 hingga 2015 boleh dikaitkan dengan perubahan jisim glasier dan kepingan ais serta sumber air di permukaan bumi.

    Seo juga berkongsi kepada CNN bahawa sebarang perubahan jisim di bumi termasuk tekanan atmosfera boleh menjejaskan kedudukan paksi.

    Tetapi perubahan paksi yang disebabkan oleh anjakan tekanan atmosfera berlaku secara berkala. Ini bermaksud perubahan putaran kutub akan kembali ke kedudukan asalnya, jelas Seo. 

    Seo dan rakan sekerjanya membangkitkan satu persoalan tentang perubahan jangka panjang pada paksi. Khususnya, bagaimana perubahan air bawah tanah menyumbang kepada fenomena pergerakan paksi. 

    Mendedahkan kesan pengekstrakan air bawah tanah

    Anjakan dalam paksi bumi diukur secara tidak langsung melalui pemerhatian teleskop radio terhadap quasar, iaitu lohong hitam gergasi. 

    Mereka menggunakan quasar sebagai titik rujukan tetap kerana kebiasaannya lohong hitam yang sangat besar akan kekal dalam satu posisi melainkan berlakunya bencana besar seperti pelanggaran antara dua galaksi.

    Untuk kajian baharu, saintis mengambil data yang dikumpul pada 2010 berkaitan pengekstrakan air bawah tanah dan memasukkannya ke dalam model komputer. 

    Di samping itu, mereka juga menggunakan data pemerhatian terhadap pencairan ais di permukaan dan kenaikan paras laut serta anggaran perubahan putaran kutub.

    Menurut Seo, mereka menilai variasi paras laut menggunakan perubahan jisim air bawah tanah daripada model komputer untuk menentukan berapa banyak peralihan paksi disebabkan oleh pengekstrakan air bawah tanah.

    Hasil paparan daripada model komputer menunjukkan pengekstrakan air bawah tanah mencondongkan paksi putaran bumi ke timur lebih daripada 31 inci dalam masa kurang dari dua dekad. 

    Pengepaman air bawah tanah boleh menjadi talian hayat terutamanya di bahagian dunia yang banyak terjejas oleh kemarau yang disebabkan oleh perubahan iklim tetapi rizab air di bawah tanah adalah terhad. Setelah digunakan, ia akan mengambil masa yang lama untuk diisi semula.

    Pengekstrakan air bawah tanah bukan sahaja menghabiskan sumber yang berharga tetapi penemuan baharu ini menunjukkan ia akan memberi kesan yang tidak diingini secara global. 

    “Manusia telah menjejaskan sistem bumi dalam pelbagai cara. Orang ramai perlu sedar dan mula ambil berat tentang ‘rumah’ kita,” tegas Seo. – RELEVAN

    Previous ArticleSoal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’
    Next Article SOP pelitup muka dilonggarkan tapi masih wajib dalam 2 situasi ini

    Artikel berkaitan

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026
    Artikel Terkini

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.