Facebook Twitter
    Trending
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    • Cara berjimat ketika harga barang naik 
    • Persiapan kewangan untuk orang muda
    • Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…
    • Berapa kali sehari kita patut buang air besar?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026
    • Kewangan

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    By Umi FatehahDecember 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    GAYA hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan. - GAMBAR OLEH IQBAL ROSLI/UTUSAN

    SEBELUM ini, Financial Faiz telah kongsikan isu berkenaan celik kewangan dan azam kewangan untuk tahun baharu. Dalam artikel kali ini, Relevan memperincikan topik berkaitan kesilapan dalam perancangan kewangan, kemelesetan ekonomi dan apa yang perlu dibuat sekiranya kita terkesan dengan kemelesetan ekonomi seperti yang dikongsikan oleh penasihat kewangan tersebut.

    Menurut Faiz Azmi, kesilapan yang paling besar dan paling biasa berlaku ialah menaik taraf gaya hidup apabila gaji meningkat. Apabila gaya hidup dinaik taraf, maka komitmen juga semakin bertambah di samping komitmen sedia ada yang masih belum selesai.

    FAIZ Azmi sering membuat perkongsian berkaitan ilmu kewangan di TikTok dan YouTube. – GAMBAR OLEH IQBAL ROSLI/UTUSAN

    Sebaiknya, kekalkan gaya hidup yang sekarang dan manfaatkan kenaikan gaji itu dengan menyelesaikan segala komitmen dan hutang. Hutang pula ada hutang ‘baik’ dan ada hutang ‘jahat’. 

    Semakin lambat anda tangguh menyelesaikan hutang jahat, semakin tinggi jumlah yang perlu dibayar kerana kadar faedah tinggi.

    Hutang ‘baik’ yang dimaksudkan ialah mempunyai kadar pinjaman rendah seperti hutang rumah dan ASB. Hutang ‘jahat’ pula seperti pinjaman peribadi dan kad kredit.

    “Ada yang cuba nak selesaikan hutang dengan melabur. Tidak salah melabur, tetapi sebelum melabur bandingkan dahulu kadar pinjaman dengan kadar hutang yang ada. Kalau kadar hutang lebih tinggi daripada kadar pelaburan, tidak berbaloi pun nak melabur. 

    “Ibarat mahu mengisi air dalam tempayan yang bocor. Nak tambah pendapatan tetapi secara tidak sedar pendapatan tak bertambah pun malah merugikan sebab lambat menyelesaikan bayaran hutang,” jelas Faiz. 

    Nasihat beliau, sekiranya kadar hutang lebih rendah berbanding pulangan pelaburan yang anda lakukan, jadi tidak salah untuk melabur. 

    Jika kadar hutang lebih tinggi berbanding kadar pulangan pelaburan, anda dinasihatkan untuk selesaikan hutang terlebih dahulu baru mulakan pelaburan.

    “Ada orang banyak hutang, tapi hutang dia hutang rumah atau hutang hartanah komersial. Keadaan ini biasanya orang berhutang untuk membeli aset yang akan memberi pulangan dari segi sewaan atau kenaikan nilai aset tersebut. 

    “Contohnya pulangan sewaan 10 peratus, dia bayar kat bank setiap tahun lima peratus sahaja. Untunglah. Lebih baik kekalkan hutang ini supaya boleh ambil hutang lain untuk beli aset yang boleh menjana pulangan. 

    “Lagi satu, tidak semua orang bijak memilih skim pelaburan yang sah. Lebih ramai terpedaya dengan skim pelaburan cepat kaya yang sebenarnya penipuan semata-mata. 

    “Skim yang menawarkan janji terlalu indah untuk menjadi kenyataan seperti jaminan pulangan 12 peratus sebulan. Benda benda yang tak masuk akal ini selalunya penipuan. Jadi, sebelum melabur selidik dahulu,” pesannya.

    Kalau anda bijak kewangan, pasti anda dapat kenal pasti ciri-ciri skim penipuan pelaburan dan tidak mudah terpedaya dengan janji palsu. 

    Kemelesetan ekonomi?

    Pada pandangan beliau, media sosial sukakan F.U.D iaitu fear, uncertainty dan doubt. Maknanya, wujud faktor menakutkan, mencemaskan dan menimbulkan sangsi pada hantaran dalam media sosial. Orang lebih gemar untuk fokus pada perkara yang belum pasti dan menimbulkan panik berbanding fakta.

    “Sesetengah pihak pula ada yang sengaja menimbulkan isu yang boleh menimbulkan ketakutan, cemas dan sangsi dalam media sosial untuk dapatkan perhatian orang ramai. 

    “Tetapi, masih ada kemungkinan untuk kemelesetan berlaku kepada ekonomi global cuma belum pasti sama ada Malaysia akan turut menerima tempias atau tidak,” tegasnya.

    Isu ini memerlukan penyelidikan yang lebih teliti tentang keseluruhan pasaran global sebelum melakukan sesuatu keputusan sebab ini berkaitan duit anda sendiri. Apa pun yang terjadi sama ada untung atau rugi, anda yang akan menanggung akibat itu sendiri. 

    Pesan beliau, elakkan ambil nasihat kewangan daripada individu dalam media sosial yang tidak mempunyai latar belakang kukuh dalam kewangan. 

    Jika terkesan, apa nak buat?

    “Kemelesetan berlaku sebahagiannya disebabkan orang tidak berbelanja iaitu kekurangan aliran keluar masuk wang tunai. Reaksi semula jadi orang ramai sebegini : nanti kita akan dilanda kemelesetan ekonomi, jangan berbelanja.

    “Tetapi, bila orang tidak berbelanja, maka kemelesatan akan berlaku. Namun, saya bukan orang yang bertanggungjawab dengan ekonomi Malaysia. 

    “Saya hanya orang yang mempunyai latar belakang dalam kewangan dan ingin membantu semua orang untuk menguruskan kewangan mereka dengan sebaik mungkin,” ujar beliau.

    Apabila berlakunya kemelesetan ekonomi, ada kemungkinan majikan terpaksa membuang pekerja. Dari segi perniagaan pula, mungkin hasil jualan akan berkurang atau lingkup serta merta kerana tidak mampu bertahan. Jadi apa yang perlu dilakukan ialah sediakan pelan sandaran. – RELEVAN

    Previous ArticleFinancial Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan
    Next Article 21 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    Artikel berkaitan

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026

    Persiapan kewangan untuk orang muda

    April 2, 2026
    Artikel Terkini

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026

    10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

    April 3, 2026

    Cara berjimat ketika harga barang naik 

    April 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.