Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan?

    Apa yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan?

    By November 23, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEMBENTUKAN kerajaan perpaduan bertujuan menstabilkan politik demi kesejahteraan negara. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KEBUNTUAN politik yang melanda negara selama hampir seminggu ini meresahkan, namun ia boleh menjadi ruang belajar yang besar buat mereka yang berminat dengan bidang politik atau demokrasi.

    Kita sudah dengar banyak istilah diucapkan sepanjang beberapa hari ini. Dari Parlimen tergantung, majoriti mudah sehingga akuan bersumpah (SD), istilah-istilah ini penting untuk memahami kemelut politik negara pasca-PRU15.

    Semalam, muncul satu lagi istilah, iaitu kerajaan perpaduan. 

    Menurut Utusan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan sebagai penyelesaian kepada isu ketidakcukupan kerusi oleh mana-mana gabungan politik yang ada.

    Walaupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menolak cadangan tersebut, masih berbaloi untuk kita fahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kerajaan perpaduan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia

    Maksud kerajaan perpaduan

    Kerajaan perpaduan bermaksud kerajaan yang dibentuk melalui kerjasama parti-parti politik yang berseteru sebelumnya.

    Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan pembentukan kerajaan perpaduan. Ini termasuk keadaan darurat akibat peperangan, bencana alam atau krisis ekonomi; parti yang memerintah tidak mempunyai sokongan majoriti dan keperluan untuk menangguhkan pilihan raya.

    Dalam kerajaan perpaduan, dua atau lebih parti yang tidak sehaluan akan membentuk kerjasama dan menganggotai kerajaan secara bersama. 

    Mungkinkah kerajaan perpaduan dibentuk serta dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin? – GAMBAR UTUSAN

    Contoh kerajaan perpaduan di seluruh dunia 

    • Greece

    Pada November 2011, Lucas Papademos, seorang pakar ekonomi dilantik sebagai Perdana Menteri Greece bagi mengeluarkan negara itu dari krisis ekonomi. Antara syarat yang diletakkan Papademos ialah pembentukan kerajaan yang terdiri daripada pemimpin kedua-dua parti politik utama Greece, iaitu New Democracy dan Panhellenic Socialist Movement (PASOK).

    • Afghanistan

    Pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2014 berhadapan kebuntuan apabila dakwaan penipuan menyelubungi kemenangan Ashraf Ghani ke atas Abdullah Abdullah. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan yang akhirnya dipersetujui kedua-dua calon. Asyraf dilantik sebagai Presiden manakala jawatan baharu, Ketua Eksekutif diwujudkan dan diberikan kepada Abdullah.

    • Israel

    Israel antara negara yang kerap menubuhkan kerajaan perpaduan. Sejak 1967, negara itu telah mempunyai 10 kerajaan perpaduan yang dibentuk. Kerajaannya ketika ini, iaitu kerajaan ke-36 atau turut dikenali sebagai Kerajaan Bennet-Lapid dikatakan sebagai kerajaan perpaduan paling rencam yang pernah ditubuhkan di Israel dengan penyertaan parti berhaluan kanan, tengah, kiri dan juga satu parti Islam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Fahami fenomena Parlimen tergantung, ini 6 perkara yang anda perlu tahu

    • Itali

    Kabinet ke-67 Itali yang dikenali sebagai Kabinet Draghi ditubuhkan bagi menghadapi cabaran krisis kesihatan, ekonomi dan sosial akibat penularan wabak Covid-19. Kabinet itu diketuai bekas Presiden Bank Pusat Eropah, Mario Draghi selepas peletakan jawatan Giuseppe Conte. Kabinet ini disifatkan sebagai Kabinet teknokrat dengan penyertaan ramai teknokrat bebas selain pemimpin dari pelbagai parti politik berbeza haluan.

    • Kenya

    Pada 2008 hingga 2013, Kenya diperintah kerajaan perpaduan kebangsaan yang disertai dua parti seteru, Gerakan Demokratik Oren (ODM) dan Parti Perpaduan Kebangsaan (PNU). Rundingan antara kedua-dua parti berlaku bagi menamatkan krisis politik akibat Pilihan Raya Presiden pada 2007.

    Kerajaan perpaduan di Malaysia

    Ini bukanlah kali pertama isu kerajaan perpaduan dibangkitkan di Malaysia. Pada 2009, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengemukakan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

    Kerajaan perpaduan yang dicadangkan adalah bermodelkan kerajaan perpaduan Indonesia semasa pentadbiran Presiden B.J. Habibie. 

    Menurut Wafdi Auni Mohamed (2019) , model kerajaan perpaduan tanpa pembangkang itu didasari empat perkara, iaitu:

    • BN yang merupakan gabungan parti politik pemerintah berkongsi kuasa dengan gabungan parti politik pembangkang iaitu PR di peringkat persekutuan.
    • Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar perlu ditentukan secara politik permuafakatan.
    • Kedudukan PR dalam kerajaan perpaduan bukan bermaksud berada di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi.
    • Parti kerajaan dan parti pembangkang akan membentuk pasukan pemerintahan dalam mengurus pentadbiran negara tanpa perlu mengorbankan ideologi parti masing-masing.

    Walau bagaimanapun, cadangan kerajaan perpaduan tersebut ditolak, terutamanya oleh rakan PAS dalam PR, iaitu PKR dan DAP.

    TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

    Pada 2020, disebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri interim ketika itu turut mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan.

    Ia bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara akibat peristiwa yang dikenali sebagai Langkah Sheraton. Cadangan itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan ahli-ahli Parlimen lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mengenang Langkah Sheraton

    Pada November tahun sama, Dr. Mahathir sekali lagi mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi menghadapi pandemik Covid-19. Sekali lagi, cadangan itu tidak mendapat sambutan.

    Kali ini, disebabkan tiada gabungan atau parti yang meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sekali lagi diutarakan. – RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.