Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 Pengajaran kewangan daripada pandemik Covid-19

    5 Pengajaran kewangan daripada pandemik Covid-19

    By September 22, 2022Updated:December 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEMUNCULAN Covid-19 pada Mac 2020 menyebabkan kehidupan penduduk dunia menjadi kacau-bilau kerana ia bukan sahaja mengganggu kesihatan, tetapi turut memberi kesan buruk kepada ekonomi global.

    Ramai orang kehilangan pekerjaan dan diuji dengan masalah kewangan serius sehingga kehidupan menjadi sangat mencabar.

    Pandemik Covid-19 benar-benar menyedarkan kita untuk sentiasa bersedia dalam apa juga hal buruk yang mendatang agar dapat menjalani kehidupan dengan baik di waktu sukar.

    Sehubungan itu, pakar kewangan menasihatkan orang ramai menjadikan pengalaman ketika pandemik sebagai pengajaran dan sentiasa menyediakan payung sebelum hujan.

    1. Sediakan dana kecemasan

    Mempunyai dana kecemasan merupakan salah satu asas kewangan yang sangat penting.

    Banyak pakar mengatakan simpanan yang mencukupi adalah yang boleh menampung perbelanjaan selama tiga hingga enam bulan.

    DANA kecemasan merupakan salah satu asas kewangan yang sangat penting untuk membantu kita keluar daripada kemelut kewangan.- GAMBAR HIASAN/FARIZWAN HASBULLAH/KOSMO!

    Tetapi memandangkan sifat pandemik yang berlanjutan maka, ada yang menyarankan untuk membuat simpanan melebihi tempoh tersebut bagi memastikan ia benar-benar mencukupi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara jana pendapatan pasif, bantu tambah wang sampingan – Relevan

    “Saya melihat orang mula beralih kepada simpanan kecemasan untuk 12 hingga 24 bulan (rizab tunai).

    “Berapa banyak yang anda simpan dalam dana kecemasan mungkin bergantung pada kestabilan pekerjaan semasa.

     “Jika pendapatan tidak tetap, anda sepatutnya mempunyai lebih banyak dana kecemasan,” ujar Mike Torney yang merupakan Perancang Kewangan.

    2. Bebas hutang 

    Ramai orang mengalami masalah kewangan yang agak buruk pada permulaan pandemik. Mereka yang tidak bekerja menghadapi masalah untuk membayar bil dan komitmen bulanan, perbelanjaan seharian dan sebagainya.

    Situasi itu tidak memberi kesan terlalu buruk kepada mereka yang bebas hutang kerana dengan mengurangkan hutang bulanan memudahkan anda untuk mengharungi ‘ribut’ kewangan.

    3. Kita tidak berbelanja banyak

    KETIKA pandemik orang ramai kurang berbelanja sehingga mampu mempbuat simpanan melebihi 33 peratus pada April 2020.- Foto oleh Anna Shvets/Pexels

    Kadar simpanan peribadi melebihi 33 peratus pada April 2020 kerana orang ramai tinggal di rumah dan berhenti berbelanja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

    “Sebenarnya kita mampu membuat simpanan sekiranya berbelanja dengan bijaksana dan tidak terlalu mengikutkan pelbagai kehendak yang tidak penting.

    “Pandemik mengajar kita bagaimana menggunakan wang tersebut dengan cermat dan berhemah,” kata Torney.

    ARTIKEL BERKAITAN: https://relevan.com.my/2022/07/29/pakar-kongsikan-6-tip-simpanan-pendidikan-anak-anak/

    4. Perancangan kewangan menenangkan fikiran

    Pandemik juga menyedarkan orang ramai untuk mempunyai perancangan kewangan yang menerangkan strategi pelaburan mereka.

    MEMPUNYAI perancangan kewangan membuatkan fikiran lebih tenang.- Foto oleh Radu Florin/Pexels

    “Adalah terlalu biasa apabila orang yang tidak mempunyai rancangan akan  cenderung untuk panik.

    “Perasaan panik boleh memusnahkan strategi kewangan jangka panjang, keputusan tidak boleh dibuat dengan menggunakan emosi,” tutur Keith Barberis yang bertugas sebagai Perancang Kewangan.

    5. Bersedia dengan sesuatu yang tidak dijangka

    Menurut Pegawai Eksekutif di Georgia-based RichLife Advisors, Beau Henderson, wabak ini juga mengajar kita untuk bersedia dengan pelbagai keadaan yang tidak terjangka.

    “Tidak semua perkara yang kita rancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

    “Oleh itu, kita perlu memastikan mempunyai banyak rancangan dan bersifat fleksibel agar dapat disesuaikan dalam apa jua keadaan,” ulasnya.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.