Facebook Twitter
    Trending
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    • Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023

      Penyalahgunaan ubat penenang haiwan menyebabkan manusia menjadi ‘zombie’

      May 19, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pakar kongsikan 6 tip simpanan pendidikan anak-anak

    Pakar kongsikan 6 tip simpanan pendidikan anak-anak

    By Zubaidah IbrahimJuly 29, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MEMBUAT simpanan pendidikan anak-anak sangat penting untuk menampung kos pembelajaran mereka.-Foto oleh jcomp/Freepik

    PERJALANAN pendidikan anak-anak itu sangat panjang bermula sejak awal usia kanak-kanak sehingga melanjutkan pelajaran ke menara gading dan pastinya ia menelan kos yang besar bagi menampung keperluan pembelajaran mereka.

    Ibu bapa perlu merancang sebaik mungkin simpanan pendidikan anak-anak agar mereka mempunyai peruntukan khas untuk melanjutkan pembelajaran apatah lagi dengan kos hidup yang semakin meningkat.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan enam tip dalam merancang kewangan untuk pendidikan anak-anak yang disarankan oleh Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali.

    1. Peruntukan bajet untuk keluarga

    “Ibu bapa perlu menyediakan simpanan khas untuk pendidikan anak-anak setiap bulan dengan melakukan pelbagai kaedah bagi memastikan mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kos pembelajaran.

    “Sebagai contoh, saya mengamalkan kaedah mengambil sedikit wang elaun anak-anak untuk disimpan di dalam bank, tetapi perkara itu hendaklah ditanya kepada mereka terlebih dahulu berapa amaun yang mahu disimpan,” katanya kepada RELEVAN.

    Tambah beliau, sebaiknya ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak sejak awal usia agar duit tersebut mencukupi bagi memenuhi keperluan pendidikan mereka apabila meningkat dewasa.

    2. Buka akaun bank untuk anak

    Tabiat menyimpan perlu ditanam dalam diri anak-anak sejak mereka kecil dan ini merupakan salah satu cara untuk mendidik mereka membuat simpanan.

    Seawal darjah satu kita sudah terapkan tabiat menyimpan dengan memotong sedikit elaun harian atau bulanan mereka untuk disimpan di bank.

    3. Pemotongan gaji secara automatik

    Beliau turut menyarankan agar ibu bapa membuat pemotongan gaji secara automatik sebagai contoh, RM50 setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Haji dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

    Jumlah wang yang hendak dipotong daripada gaji ibu bapa itu bergantung kepada pendapatan masing-masing dan mengikut jumlah anak.

    4. Perbincangan bajet tahunan keluarga bersama anak-anak

    Menerusi perbincangan bajet tahunan ini akan membolehkan anak-anak mengetahui jumlah simpanan mereka, situasi kewangan keluarga dan begitu juga perbelanjaan keluarga.

    Sekiranya ibu bapa melakukan hal tersebut, ia akan menjadi contoh terbaik kepada anak-anak apabila mereka berkeluarga kelak dengan mempraktikkan pengurusan kewangan seumpama itu.

    5. Konsisten dan disiplin

    Ibu bapa perlu pastikan mereka membuat simpanan tersebut secara konsisten setiap bulan dengan mendisiplinkan diri agar bajet pendidikan anak-anak itu tidak terganggu dengan tuntutan kehendak-kehendak lain.

    Oleh itu, rancang kewangan dengan sebaik mungkin agar momentum itu dapat diteruskan tanpa sebarang gangguan.

    6. Didik anak tentang tanggungjawab kewangan

    Anak-anak perlu dididik untuk menggalas tanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka sendiri seperti membuat simpanan setiap bulan supaya tabiat baik itu terus kekal dalam diri.

    Apabila mereka mencapai usia 18 tahun, ibu bapa perlu menyerahkan tanggungjawab menguruskan kewangan kepada anak-anak, tetapi orang dewasa hendaklah sentiasa memantau dan memberi nasihat.- RELEVAN

    anak-anak featured kewangan pendidikan
    Artikel Terkini

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023

    Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.