Facebook Twitter
    Trending
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Melihat dunia dengan mata lebah

    Melihat dunia dengan mata lebah

    By Zubaidah IbrahimSeptember 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBAH madu mempunyai penglihatan beresolusi rendah (kira-kira 100 kali lebih rendah daripada penglihatan manusia).- Foto oleh Skyler Ewing/Pixels

    KAJIAN terbaharu mendapati lebah madu sangat bergantung kepada  bentuk bunga dan bukanya warna semata-mata ketika mencari makanan.

    Penyelidikan yang diketuai oleh Universiti Exeter, United Kingdom itu telah menguji tingkah laku lebah dan membina simulasi pandangan mata lebah untuk mengetahui cara serangga tersebut melihat bunga.

    Lebah madu mempunyai penglihatan beresolusi rendah (kira-kira 100 kali lebih rendah daripada penglihatan manusia). 

    Oleh itu, serangga tersebut hanya boleh melihat bentuk bunga dengan jelas apabila berada dalam jarak beberapa sentimeter.

    KAJIAN terbaharu menemui bahawa lebah boleh membezakan bunga berlainan dengan menggunakan gabungan warna dan bentuk.- Foto oleh Hiếu Hoàng/Pexels

    Walau bagaimanapun, kajian terbaharu menemui bahawa lebah boleh  membezakan bunga berlainan dengan menggunakan gabungan warna dan bentuk.

    ARTIKEL BERKAITAN: Burung ‘sampah’ ini yang pertama beracun di dunia – Relevan

    Dalam satu siri ujian, lebah jarang mengabaikan bentuk bunga, malah warna sahaja tidak akan menarik lebah kepada bunga tersebut.

    Ia boleh menjelaskan mengapa sesetengah warna yang boleh dilihat oleh lebah jarang ditemui pada bunga di alam semula jadi.

    “Kami menganalisis sejumlah besar data mengenai tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku lebah.

    “Dengan melatih dan menguji lebah menggunakan bentuk dan warna tiruan, kami mendapati serangga ini bergantung secara fleksibel kepada keupayaannya untuk melihat kedua-dua elemen itu.

    PENYELIDIK mendapati serangga ini bergantung secara fleksibel kepada keupayaannya untuk melihat kedua-dua elemen itu.- Foto oleh Chirag Gudhka

    “Menunjukkan cara serangga melihat warna dan mempelajari bentuk adalah penting untuk kita memahami bagaimana pendebunga boleh atau mungkin tidak bagi mewujudkan ‘tekanan’ evolusi pada warna serta corak yang telah berkembang oleh bunga tersebut,” kata Profesor Natalie Hempel de Ibarra dari Pusat Penyelidikan Exeter yang mengkaji Kelakuan Haiwan

    Berdasarkan penemuan kajian tersebut, bunga tidak perlu mengembangkan terlalu banyak warna kelopak yang berbeza sebaliknya, mempelbagaikan bentuk supaya lebah boleh membezakannya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kumbang paling cantik di bumi dengan kilauan memukau – Relevan

    Satu ciri konsisten yang dikenal pasti dalam kajian adalah tepi luar bunga biasanya sangat kontras dengan dedaun tumbuhan manakala bahagian tengah bunga tidak mempunyai kontras yang begitu kuat dengan warna dedaun.

    BUNGA tidak perlu mengembangkan terlalu banyak warna kelopak yang berbeza sebaliknya, mempelbagaikan bentuk supaya lebah boleh membezakannya.- Foto oleh Pixabay

    Ini boleh membantu lebah mengenal pasti perbezaan warna dengan cepat dan membantunya menavigasi ke arah bunga itu.

    Walaupun bunga mungkin kelihatan cantik pada pandangan manusia, Natalie menekankan bahawa memahami lebih lanjut tentang lebah dan ancaman yang mereka hadapi bermakna kita perlu melihat dunia melalui mata lebah dan fikiran lebah.

    Kajian tersebut turut disertai oleh Free Universiti Berlin dan Universiti Auckland serta mendapat pembiayaan daripada Majlis Penyelidikan Bioteknologi dan Sains Biologi (BBSRC).- RELEVAN

    Previous ArticleSifar kes Covid-19 di PKRC
    Next Article 7 kesan rasuah kepada negara

    Artikel berkaitan

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026
    Artikel Terkini

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.