Zubaidah Ibrahim

BEBANAN dan kesusahan rakyat sentiasa menjadi perhatian utama kerajaaan sehingga pelbagai program serta inisiatif telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023 bagi memberi solusi kepada masalah tersebut. Berikut diperincikan bantuan tunai dan subsidi yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada hari ini. 1. Pendapatan isi rumah kurang RM2,500 Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. 2. Tambahan RM600 Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih. Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600. 3.…

Read More

SEKTOR kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023 iaitu sebanyak RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu. Komponen utama peruntukan ini melibatkan keperluan perolehan ubat-ubatan, reagen, vaksin dan bahan guna habis termasuk peruntukan RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian serta pegawai farmasi. Berikut Relevan perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 1. Optimumkan kapasiti kesihatan Kapasiti kesihatan negara akan dioptimum dengan menyumber luar pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital…

Read More

SEPANJANG 10 tahun bertugas bersama Yasuda Trust Bank, Zulkifli telah ditempatkan di Tokyo, Singapura, Jakarta, Labuan dan Kuala Lumpur. Langit tidak selalunya cerah apabila pada 1996, kerajaan Jepun merancang untuk menstrukturkan semula industri perbankan mereka dengan lima bank berbeza digabung menjadi MIZUHO Financial Group. Yasuda Trust Bank juga tidak terkecuali daripada penggabungan itu. Ekoran keputusan tersebut, cawangan di Kuala Lumpur terpaksa ditutup. Setelah penutupan cawangan, Zulkifli dilantik sebagai penasihat negara untuk bank tersebut selama lima tahun. Selepas itu, beliau mengambil keputusan mengubah haluan baharu dengan menjalankan perniagaan sendiri. Syarikat multinasional Jepun Rentetan daripada pengalaman bertugas di bank terbaik dunia dan…

Read More

MENJADI kumpulan pertama pelajar di bawah Dasar Pandang ke Timur bukan sahaja mengubah hidup Datuk Zulkifli Malek, 61, yang merupakan anak setinggan Kampung Medan, Petaling Jaya tetapi mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Jepun. Jasanya dalam bidang perbankan, sosial, pendidikan dan sebagai pemudah cara dalam urusan pelabur-pelabur dari Jepun telah melayakkan beliau untuk menerima pingat Darjah Order Of The Rising Sun Maharaja Jepun pada 2018. Tawaran belajar di Universiti Hitosubashi yang merupakan sekolah perniagaan nombor satu di Jepun memberi peluang kepada beliau untuk mempelajari cara hidup orang Jepun, baik dalam aspek kehidupan mahupun dalam urusan perniagaan. BUDAYA MENGURAT Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan…

Read More

“Demensia frontotemporal (FTD) adalah penyakit kejam yang ramai di antara kita tidak pernah mendengarnya dan boleh menyerang sesiapa sahaja,” luah keluarga selebriti ternama Hollywood, Bruce Willis. Pada tahun lalu, aktor berusia 67 tahun itu disahkan menghidap penyakit afasia dan baru-baru ini ahli keluarganya mendapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu disebabkan oleh FTD. Menurut NHS, FTD adalah jenis demensia yang jarang berlaku. Penyakit ini menyebabkan masalah berkaitan dengan tingkah laku dan bahasa. Demensia adalah nama untuk masalah kebolehan mental yang disebabkan oleh perubahan beransur-ansur dan kerosakan pada otak. FTD pula menjejaskan bahagian depan dan sisi otak. “Kebanyakan penyakit demensia menyerang…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 212 kes semalam berbanding 241 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,040,821 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 310 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,994,560 kes. Semalam dilaporkan satu kes kematian dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,955 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,872 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,306 kes dengan 8,968 kes atau 96.4 peratus…

Read More

PENULARAN wabak Covid-19 yang melanda dunia turut memberi kesan kepada penternak ruminan apabila harga dedak dan pelet semakin meningkat di pasaran dan mereka terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi. Selain kenaikan harga logistik, pengaruh pasaran luar dan krisis Rusia-Ukraine turut menyumbang kepada kenaikan harga bekalan bahan mentah untuk membuat makanan ternakan yang sering diimport. Sehubungan itu, perkara ini menggusarkan perasaan pengguna kerana terkesan dengan kekurangan bekalan makanan seperti daging. Lantas, pemberian rumput napier atau rumput gajah dalam bentuk silaj merupakan alternatif makanan kepada ternakan ruminan. ARTIKEL BERKAITAN: Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan – Relevan Silaj merupakan makanan Trenaman…

Read More

MEMILIKI rupa paras yang cantik adalah bonus dan tidak dinafikan ia sedikit sebanyak mempengaruhi dalam pemilihan pekerja di samping pencapaian akademik, kebolehan serta pengalaman kerja. Sehubungan itu, sebuah syarikat di China telah membuat sesi temu duga yang pelik dengan mewajibkan pemohon pekerjaan memakai topeng muka penuh bagi mengelak memilih calon berdasarkan penampilan atau rupa mereka. Tindakan syarikat tersebut menerima pujian warganet. Video adegan temu duga aneh itu tular di media sosial yang mana kelihatan calon temu duga memakai topeng muka penuh dan duduk diam mendengar penemuduga yang juga bertopeng. Seorang wanita bernama Zeng merakam video itu yang berlokasi di Chengdu,…

Read More

SEIRING peredaran waktu, penerimaan masyarakat di negara ini terhadap sukan luncur papan selaju (skateboard) semakin bertambah baik dan sekali gus, mengikis persepsi buruk. Sukan dan aktiviti sebegini juga dilihat sebagai alternatif terbaik kepada ibu bapa untuk mencegah anak-anak daripada terlalu taksub dengan gajet sehingga menjadi antisosial dan menjalani kehidupan tidak sihat tanpa mengeluarkan setitik peluh. Melihat kepada peningkatan minat anak muda terhadap sukan ini, buat julung-julung kalinya pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah menganjurkan pertandingan Skate For All dengan berkolaborasi bersama Joe Ipoh yang berlangsung di Skate Park Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu. Menurut Ustaz…

Read More

KES jangkitan harian Covid-19 dilaporkan sebanyak 160 kes semalam berbanding 259 kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,039,486 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 358 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,993,134 kes. ARTIKEL BERKAITAN: 259 kes baharu Covid-19 semalam – Relevan Semalam juga dilaporkan sifar kes kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,951 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,871 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah…

Read More