Zubaidah Ibrahim

JADUAL kerja yang padat setiap hari menyebabkan kebanyakan kita memilih jalan paling pantas untuk menyediakan hidangan dan cara paling popular ialah memanaskan semula makanan dalam ketuhar gelombang mikro. Tahukah anda, sesetengah makanan tidak boleh dipanaskan semula dan boleh bertukar menjadi menjadi racun? Apa yang mengejutkan, makanan ini selalunya menjadi bahan yang kita sediakan dan makan setiap hari. Sehubungan itu, berikut Relevan kongsikan 6 jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan semula. Ayam Ayam kaya dengan sumber protein tetapi memanaskan semula akan menyebabkan perubahan dalam komposisi protein. Ia juga akan menyebabkan anda mengalami masalah pencernaan. Ini kerana makanan yang kaya dengan protein…

Read More

BULAN Ogos cukup bermakna buat semua rakyat Malaysia kerana tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh bersejarah apabila negara kita diisytiharkan merdeka dan bebas daripada cengkaman penjajah. Hasil kemerdekaan itu membolehkan kita pada hari ini hidup dalam suasana aman makmur. Oleh itu, jom kita bangkitkan semangat cintakan negara dengan menonton filem-filem patriotik. Berikut 7 filem patriotik pilihan Relevan yang boleh anda tonton seisi keluarga sempena bulan kemerdekaan ini. 1. MALBATT: Misi Bakara Malbatt: Misi Bakara menceritakan kisah benar yang dihadapi oleh Batalion Malaysia (Malbatt) apabila menjadi satu-satunya negara yang berani menawarkan diri dalam usaha menyelamatkan tentera Amerika Syarikat di Somalia apabila…

Read More

BERINSPIRASIKAN wawasan keterangkuman Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, Projek57 mempunyai matlamat besar untuk menggalakkan harapan dalam  kalangan rakyat Malaysia sambil meningkatkan kehidupan anak-anak muda yang kurang bernasib baik. Projek57 bersama penyokongnya telah mengumpul dana dan membina sebuah prasekolah baru untuk manfaat kanak-kanak Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Pendaftaran pertama melibatkan 25 orang kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun pada Januari 2024. Sejak ditubuhkan pada tahun 2015, sebahagian besar inisiatif Projek57 tertumpu kepada kanak-kanak Orang Asli yang kurang bernasib. Projek57 percaya bahawa penerapan nilai pendidikan sejak usia muda merupakan faktor utama dalam mencapai kehidupan yang bermatlamat. ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Jalur…

Read More

MENURUT satu tinjauan yang dilakukan oleh Robert Walters di Asia Tenggara, tiga daripada empat pekerja profesional (75%) di rantau ini mempertimbangkan untuk kembali kepada bekas majikan, dengan 24% berpendapat perkembangan kerjaya sebagai faktor utama. Situasi ini dapat dilihat di Malaysia, di mana majoriti golongan profesional, 75% berkemungkinan berhasrat untuk menyertai semula organisasi lama. Mereka turut menyatakan peluang kerjaya sebagai faktor utama (21%). Sebanyak 20% responden di Malaysia mengutamakan pakej gaji yang lebih baik dan pertukaran kepimpinan untuk mereka pertimbangkan kembali kepada bekas majikan. Menunggu peluang Dari enam negara yang ditinjau, Malaysia menyaksikan responden paling ramai (32%) yang masih mengekalkan perhubungan…

Read More

PERBADANAN Produktiviti Malaysia (MPC) membangunkan modul baharu berkaitan produktiviti bagi memperkukuh pengetahuan pelajar dalam mencapai agenda kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. Modul baharu itu merupakan kerjasama antara MPC dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bab berkaitan produktiviti telah dimuatkan sebagai salah satu modul pembelajaran untuk pelajar semester akhir di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Menurut Pengarah MPC, Saliza Saari, antara isu-isu yang dihadapi oleh industri seperti bakat yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi tidak bersedia untuk memenuhi keperluan industry. “Kita juga kekurangan tenaga kerja pelbagai kemahiran dan pasaran global yang kompetitif. “Oleh itu, industri dan institusi akademik perlu bekerjasama…

Read More

TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia melancarkan kempen Picture My Rights #aShotatLife yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak dan cabaran yang memberi kesan kepada mereka. Pertandingan ini merupakan platform untuk golongan muda berkongsi kreativiti, keberanian dan keyakinan mereka dalam membantu mengubah dunia di sekeliling mereka. Ketua Komunikasi dan Advokasi Awam UNICEF Malaysia, Marc Vegara berkata, dengan adanya kemajuan teknologi, ini bermakna golongan muda mempunyai peralatan dan sokongan dalam menyuarakan isu-isu yang dipercayai.  “Kami mahu mereka mengembangkan kreativiti, supaya golongan muda boleh menunjukkan gambaran yang menarik dan menceritakan bagaimana mereka melihat hak-hak mereka di Malaysia. “Dalam Perkara 13…

Read More

SETIAP orang mempunyai gaya dan prinsip tersendiri ketika menguruskan kewangan masing-masing. Ia juga bergantung kepada tahap pemahaman dan ilmu dalam pengurusan kewangan. Ada yang berani mengambil risiko untuk melabur wang dan ada juga memilih simpanan selamat. Malah, tidak kurang juga yang kurang prihatin dengan kewangan dan memilih untuk mengutamakan gaya hidup serta memberikan ganjaran kepada diri. Pakar Hartanah dan Kewangan, Dr. Azizul Azli Ahmad telah memperincikan 5 gaya manusia ketika menguruskan wang masing-masing seperti berikut: Si penabung Orang jenis ini suka menabung, memang bukan benda yang buruk malah ia sesuatu yang baik. Tetapi manusia jenis ini tidak percayakan pelaburan. Mereka…

Read More

MEMAKAI deodoran merupakan rutin wajib setiap hari sama seperti kita memberus gigi, mencuci muka dan tangan. Walaupun begitu, ada segelintir manusia yang tidak memerlukan deodoran kerana badannya tidak mengeluarkan bau. Saintis mendapati bahawa gen yang dipanggil ABCC11 menentukan sama ada orang menghasilkan tahi telinga basah atau kering. Orang yang menghasilkan tahi telinga kering juga kekurangan bahan kimia di ketiak mereka yang menjadi makanan bakteria iaitu penyebab bau ketiak. “Gen utama ini pada dasarnya adalah penentu tunggal sama ada anda menghasilkan bau ketiak atau tidak. “Walaupun hanya dua peratus orang Eropah kekurangan gen untuk ketiak berbau tetapi kebanyakan orang Asia Timur…

Read More

SEKOLAH Perniagaan Ekonomi (SPE), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Asri Ahmad Academy (AAA) Sdn. Bhd., dan RHB Investment Bank membangunkan Makmal Dagangan atau dikenali sebagai Share Trading Lab Powered by RHB Investment Bank bagi mendidik pelajar asas pelaburan saham dengan betul. Dekan SPE, Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin berkata, makmal tersebut akan memberikan peluang kepada pelajar UPM untuk mempelajari secara real time proses jual beli saham melalui perisian yang dibekalkan oleh pihak RHB Investment Bank. “Pembangunan makmal ini sekali gus, dapat meningkatkan potensi dan kebolehpasaran graduan dan membolehkan mereka mendapat pelbagai peluang pekerjaan dalam pasaran modal. “Selain itu,…

Read More

PASTINYA, setiap orang pernah mengalami sakit tekak. Kebiasaannya, ia menjadi tanda-tanda awal hendak demam ataupun disebabkan oleh alergi. Rasa pedih, kering, sukar menelan dan kegatalan membuatkan kita berasa kurang selesa. Menerusi hantaran di Facebook, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi empat punca yang menyebabkan masalah sakit tekak seperti berikut: 1. Jangkitan virus Jangkitan virus merupakan jangkitan biasa dalam populasi kita. Contoh virus yang boleh menyebabkan sakit tekak termasuk virus selsema, croup dan mononucleosis. Ia sering menjadi punca sakit tekak ketika menelan. 2. Jangkitan bakteria Jangkitan bakteria menyebabkan simptom yang lebih serius dan sakit. Strep throat ataupun sakit tekak akibat…

Read More