PETALING JAYA: Kes harian Covid-19 pada 7 Februari 2022 meningkat kepada 11,034 kes hari ini, menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,925,254 kes. Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di laman Twitter. Ini merupakan kali kedua kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes semalam. Jumlah tersebut juga merupakan yang tertinggi dicatatkan sejak 1 Oktober lalu. Menurut Noor Hisham, hanya 58 kes bersamaan 0.53 peratus daripada keseluruhan 11,034 kes yang dicatatkan hari ini adalah dalam kategori 3,4 dan 5 manakala baki 10,976 kes atau 99.47 peratus adalah dalam kategori 1 dan 2.- RELEVAN
KU SYAFIQ KU FOZI
MENGIKUT kajian psikologi, manusia mempunyai pelbagai jenis kepintaran. Antara teori yang masyhur berkenaan perkara ini ialah Teori Kepintaran Pelbagai yang diperkenalkan oleh pakar psikologi Universiti Harvard, Howard Gardner. Menurut Gardner, kepintaran manusia terbahagi kepada lapan jenis iaitu kepintaran ruang, tubuh-kinestetik, muzik, bahasa, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal dan alam. RELEVAN menerangkan kelapan-lapan jenis kepintaran itu di sini. Mengetahui jenis kepintaran sendiri dapat membantu kita memanfaatkan potensi diri ke tahap maksimum. Antara manfaat terbesarnya adalah untuk memilih kerjaya. Dengan mengenali kecenderungan kepintaran sendiri, kita dapat memilih kerjaya yang sesuai dan menyusun strategi awal ke arah kerjaya tersebut. Berikut merupakan pilihan kerjaya yang sesuai…
PERNAHKAH anda berasa cemburu dengan rakan yang sangat bijak dalam matematik? Ada rakan lain anda pula sangat pandai mengekspresikan perasaan sehingga berjaya menjadi pelakon. Ada juga yang bijak mengatur kata dan mencapai kejayaan sebagai penulis. Jangan risau. Setiap daripada kita mempunyai kecenderungan kepintaran yang berbeza. Tahukah anda, pakar telah mengelaskan kecenderungan kepintaran manusia kepada lapan jenis? Pakar psikologi dari Universiti Harvard, Howard Gardner memperkenalkan teori kepintaran pelbagai melalui bukunya, Frames of Mind pada 1983. Teori tersebut membahagikan kepintaran manusia kepada lapan jenis yang setiapnya mewakili cara seseorang memproses maklumat. RELEVAN menyenaraikan kelapan-lapan kategori kepintaran ini. Mungkin anda tergolong dalam kategori…
BELAJAR kini tidak lagi terhad di sekolah sahaja. Pembangunan internet kira-kira lima dekad lalu telah mengubah segalanya daripada cara bersosial, berinteraksi sehingga membeli. Malah, tiada sektor yang tidak terlepas daripada pengaruh rangkain yang menyambungkan komputer di seluruh dunia. Malah satu sektor yang menjadikan internet sebagai perantara adalah pendidikan. Teknologi internet membenarkan individu untuk belajar dari mana-mana dan pada bila-bila sahaja. Saluran Youtube kini menjadi “guru” kepada pelbagai ilmu daripada pendidikan formal sehingga tidak formal seperti mengajar bermain gitar sehingga sukan sukar seperti golf. Selain pendidikan awal kanak-kanak di YouTube, terdapat banyak saluran yang menumpukan kepada pendidikan untuk remaja dan orang…
TIDAK semua orang bernasib baik berakhir dengan kerjaya idaman. Ada yang terpaksa meninggalkan impian demi keluarga atau disebabkan kesempitan hidup. Namun, semua orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impiannya sendiri. Apa yang penting, kita sanggup berusaha dan menyusun strategi sejak awal untuk mencapai kerjaya yang diimpikan. Berkenaan hal ini, nama Dr. Ahmad Syahid Ahmad Fawzal atau dikenali sebagai Aid Fawzal wajar dijadikan inspirasi. Beliau bukan sahaja berjaya mencapai kerjaya impiannya, malah menjadi rebutan majikan dalam bidang yang diminatinya. Pernah tular apabila mencipta formula penyejukan rotor dengan nama Fawzal Number (Fa), Aid berkongsi lima teknik mengejar kerjaya impiannya di Twitter…
MELIHAT kejayaan pencipta kandungan (content creator) mendorong ramai anak muda menceburi bidang tersebut. Ada yang fikir, ia antara kerjaya yang bukan sahaja memberikan pulangan wang, malah menyeronokkan. Namun, menjadi pencipta kandungan bukanlah semudah disangka. Banyak cabaran yang perlu dihadapi, lebih-lebih lagi dalam keadaan persaingan yang sengit ketika ini. Pencipta kandungan, Gob Ahmad yang telah menghasilkan ratusan kandungan tular untuk pelbagai klien berkongsi lima cabaran dalam kerjayanya sebagai pencipta kandungan. Mahu jadi nombor satu “Usaha untuk menghasilkan kandungan paling sohor dalam media sosial adalah cabaran utama dalam kerjaya ini. Melihat kandungan pihak lain dapat lebih tontonan boleh buat kita tidak…
SEPERTI kebanyakan kemahiran asas hidup, pendidikan kewangan perlu diajar sejak kecil. Ia sebagai persediaan untuk anak-anak menghadapi dunia dewasa terutama dengan situasi ekonomi yang semakin mencabar pada masa depan. Pengarah Negara Malaysia syarikat pembayaran global, WorldRemit, Ridzuan Aziz berkongsi enam tips untuk membantu para ibu bapa mendidik anak menjadi celik kewangan sejak kecil. Berbual tentang kewangan Kebanyakan ibu bapa tidak bercerita tentang kewangan keluarga di hadapan anak-anak. Namun, untuk memupuk kecelikan kewangan, lebih baik kalau kita mula mendedahkan tentang pengurusan kewangan pada awal usia anak-anak. Anda boleh berbual tentang pembelian rutin seperti makanan, belanja pendidikan, pengangkutan dan percutian. Bincangkan juga…
PERUBAHAN zaman dan kemajuan teknologi mempengaruhi banyak aspek dalam kehidupan kita. Keperluan manusia pada masa ini tidak lagi sama seperti 20, 50 atau 100 tahun dahulu. Sebahagian perubahan dipercepat situasi pandemik yang melanda dunia bermula pada penghujung 2019 lalu. Manusia kini lebih bergantung kepada teknologi baharu, terutamanya melibatkan automasi, perkhidmatan awan dan internet pantas. Sebagai antara aspek terpenting dalam kehidupan, pasaran pekerjaan juga tidak terlepas daripada menerima impak perubahan zaman. Ada pekerjaan yang sudah pupus, ada yang baru muncul dan ada juga yang semakin signifikan dalam kehidupan. Berikut merupakan tujuh pekerjaan yang dijangka menerima paling banyak permintaan pada 2022, menurut…
MUNGKIN ramai yang tidak tahu, setiap program yang ditawarkan universiti awam atau swasta di negara ini mesti melalui proses penilaian kualiti bagi mendapatkan akreditasi. Melalui akreditasi, program pengajian yang ditawarkan akan disahkan kualitinya dan diiktiraf serta menepati standard yang ditetapkan. Ia juga menjamin graduan setiap kursus akan diterima sebagai layak dan lulus serta mempunyai pengetahuan yang diperlukan. Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penilaian kursus di universiti dan kolej merupakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). MQA ditubuhkan pada 2007 melalui penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 selepas kerajaan memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dengan Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) Kementerian Pengajian Tinggi.…
TIDAK perlu lagi gergaji lubang pada buluh atau tebuk balang kuih, anda kini boleh menabung dengan mudah secara digital! Segalanya di hujung jari. Dengan kemajuan teknologi, amalan menabung dapat dijalankan dengan lebih mudah dan ringkas, sesuai dengan perubahan dunia apabila transaksi kewangan boleh dilakukan tanpa tunai di mana-mana. Antara tabung digital yang mudah digunakan ialah ciri Tabung dalam aplikasi MAE oleh Maybank. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi MAE dan mengaktifkan ciri Tabung. Dengan aplikasi ini, anda boleh menyimpan dengan konsisten dan sistematik. Pilih sasaran Tabung MAE menggunakan konsep sasaran tabungan. Sebagai contoh, anda bercadang untuk bercuti ke Eropah pada…