Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pentingnya untuk semak akreditasi program sebelum memohon

    Pentingnya untuk semak akreditasi program sebelum memohon

    By January 25, 2022Updated:February 6, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MUNGKIN ramai yang tidak tahu, setiap program yang ditawarkan universiti awam atau swasta di negara ini mesti melalui proses penilaian kualiti bagi mendapatkan akreditasi. Melalui akreditasi, program pengajian yang ditawarkan akan disahkan kualitinya dan diiktiraf serta menepati standard yang ditetapkan. Ia juga menjamin graduan setiap kursus akan diterima sebagai layak dan lulus serta mempunyai pengetahuan yang diperlukan.

    Agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penilaian kursus di universiti dan kolej merupakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). 

    MQA ditubuhkan pada 2007 melalui penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 selepas kerajaan memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dengan Bahagian Jaminan Kualiti (BJK) Kementerian Pengajian Tinggi.

    Peranan utama agensi tersebut adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria serta piawaian kelayakan kebangsaan.

    Kepentingan

    Program pengajian yang menerima akreditasi MQA mempunyai beberapa kelebihan. Ia adalah jaminan kualiti dan pengiktirafan oleh perkhidmatan awam selain memastikan pembaharuan kelulusan dalam pengendalian program.

    Untuk pelajar, akreditasi MQA membolehkan pelajar mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tujuan pelantikan ke dalam sektor awam dan badan profesional.

    Malah, akreditasi MQA dijadikan syarat untuk pembiayaan pengajian oleh badan-badan penaja seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) selain digunakan untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

    Sehubungan itu, penting untuk pelajar dan ibu bapa membuat semakan untuk mengesahkan status akreditasi program yang ditawarkan oleh universiti tempatan atau asing sebelum membuat permohonan atau mendaftarkan diri untuk program tersebut.

    Harus diingat bahawa program tanpa akreditasi mungkin menyebabkan seseorang pelajar program itu gagal dalam permohonan pekerjaan. Kebanyakan majikan akan hanya mengambil pekerja program yang diluluskan MQA. Pelajar juga berhadapan masalah apabila bercadang membuat pemindahan kredit untuk melanjutkan pelajaran. 

    Buat semakan

    Pelajar boleh menyemak senarai program yang mendapat akreditasi di Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) dengan hanya perlu melayari laman web www.mqa.gov.my/mqr dengan membuat carian menggunakan kata kunci.

    MQA menetapkan kriteria yang holistik dalam penilaian program pengajian, termasuk dari segi pembangunan dan penyampaian program; penilaian pelajar; pemilihan dan khidmat sokongan pelajar serta penilaian staf akademik.

    Malah, MQA mengambil kira sumber pendidikan, pengurusan program serta pemantauan, semakan dan penambahbaikan kualiti berterusan program. 

    Jadi bagi mengelak pelajar daripada ditipu atau menghabiskan masa dan wang dengan mendaftar dan melanjutkan pelajaran dalam program yang tidak diiktiraf, semakan kelulusan program adalah penting. Ibu bapa dan pelajar jangan terpedaya dengan tawaran pembelajaran yang murah dan mudah. Ini penting supaya masa depan dan ijazah dan diploma yang diperoleh adalah benar-benar bernilai. – RELEVAN

    akreditasi MQA pendidikan universiti upu
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.