KITA tidak akan tahu bila sesuatu krisis besar boleh berlaku. Peperangan atau gangguan keselamatan boleh tercetus secara tiba-tiba dan memaksa orang ramai meninggalkan rutin harian mereka dalam tempoh singkat. Menerusi pengalaman seorang warga Ukraine di Threads yang pernah melalui detik cemas ketika negaranya bergolak akibat peperangan, ramai antara mereka tidak sempat membuat persediaan awal. Namun, bagi mereka yang sudah mempunyai pelan kecemasan dan bekalan asas didapati lebih bersedia menghadapi situasi sukar. Berikut ialah lima perkara penting yang wajar disediakan lebih awal sekiranya berlaku sebarang darurat. Dokumen dan identiti penting Antara perkara pertama yang wajar diselamatkan ialah dokumen peribadi kerana ia…
AMAL HAYATI FAUZI
MASUK sahaja pertengahan Ramadan, ramai merasakan perubahan rutin harian terutama dari segi waktu makan dan tidur. Perubahan ini sering menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari ketika menahan lapar dan dahaga. Berikut merupakan perkongsian lanjut oleh Farmasi Darya Varia mengenai punca keadaan ini berlaku dan tip yang boleh diambil untuk mengatasinya. Kenapa rasa mengantuk lebih dirasai ketika berpuasa? Dehidrasi Semasa berpuasa, badan kehilangan air kerana tiada pengambilan cecair sepanjang hari. Keadaan ini boleh mengurangkan jumlah darah dalam badan serta menjejaskan aliran oksigen ke otak. Oleh sebab itu, daya fokus semakin berkurang dan kepala terasa berat. Paras gula dalam darah menurun Tidak…
MOREH merupakan satu tradisi budaya di Malaysia di mana sebahagian masyarakat menikmati hidangan ringan selepas solat tarawih. Pakar Nutrisi, Fatin Umairah Mohd Keri atau lebih mesra dipanggil Nutritionist Fatin berkongsi panduan pemakanan yang lebih sihat bagi sesiapa yang memilih untuk mengambil moreh. Panduan pemakanan moreh Nutritionist Fatin berkata, sekiranya seseorang memilih untuk mengambil moreh sebagai sebahagian daripada kebiasaan, mereka disarankan untuk membuat pilihan makanan yang lebih sesuai serta mengambil kira jenis, jumlah dan waktu pengambilannya. “Dari sudut pemakanan, moreh boleh dianggap sebagai hidangan lewat malam (late-night meal). “Sesetengah individu mungkin mengambil hidangan ringan pada waktu ini bergantung kepada keperluan tenaga…
SERANGAN Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari sudah mencetuskan ketidaktentuan di seluruh dunia. Harga minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) melonjak apabila Selat Hormuz ditutup, laluan penting kepada penghantaran bahan api itu. Menurut laporan oleh The Edge Malaysia, walaupun konflik ini berlaku ribuan kilometer dari Malaysia, kesannya akan berikutan ekonomi Malaysia berkait rapat dengan perdagangan global, pasaran tenaga dan aliran modal antarabangsa. Mengapa konflik AS-Iran berimpak besar kepada negara ? Malaysia ialah negara yang aktif berdagang dengan dunia. Kita mengeksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), minyak sawit, produk petroleum serta mengimport pelbagai barangan makanan dan…
MINYAK mentah ialah sumber tenaga penting yang digunakan untuk menghasilkan petrol dan diesel untuk keperluan pengangkutan secara harian. Menurut Energy, Oil and Gas Magazine, berikut ialah enam negara yang mempunyai simpanan minyak paling banyak di dunia. 1. Venezuela Venezuela mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia meliputi sekitar 303 bilion tong. Namun, negara ini tidak dapat menghasilkan minyak secara maksimum kerana masalah ekonomi dan sekatan antarabangsa. 2. Arab Saudi Arab Saudi mempunyai sekitar 267 bilion tong simpanan minyak. Negara ini merupakan antara pengeksport minyak terbesar dunia dan sangat berpengaruh dalam menentukan harga minyak global. Iran Iran menyimpan lebih 200 bilion tong…
SETIAP jenis kurma mempunyai khasiat tersendiri. Ada yang cepat meningkatkan paras gula dalam darah, ada juga yang memberi rasa kenyang sepanjang hari. Menurut pengasas A Healthy Beat, Dr. Idris Dawaiwala berkongsi enam jenis kurma popular serta kelebihannya yang berbeza-beza. Kurma Ajwa Kurma Ajwa sering menjadi pilihan kerana teksturnya lembut dan rasanya tidak terlalu manis. Kelebihan: Lebih sesuai untuk individu yang menghidap diabetes kerana kandungan gulanya lebih terkawal Baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan serat dan mineral Membantu penghadaman, terutama bagi warga emas Kurang menyebabkan kembung perut kerana kebiasaannya ia tidak melalui proses pengawetan berlebihan Kurma Medjool Kurma Medjool terkenal…
MASIH ada negara yang memiliki sumber asli yang melimpah tetapi tergolong dalam negara termiskin di dunia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedangkan kekayaan alam sepatutnya menjadi pendorong kemakmuran sesebuah negara ? Laporan terbaharu oleh Global Finance menyenaraikan negara-negara termiskin dunia bagi tahun 2025 berdasarkan KDNK per kapita, iaitu ukuran yang menilai tahap pendapatan serta kuasa beli rakyat. Menurut laporan itu, hasil kekayaan bumi negara tidak dapat dinikmati secara adil oleh rakyat kerana isu rasuah, perang, ekploitasi luar, pentadbiran dan ekonomi lemah. Berikut ialah 10 negara termiskin dunia yang sebenarnya kaya dengan hasil bumi mengikut data yang dikumpulkan oleh Global Finance…
MEMILIH jurusan pengajian atau hala tuju kerjaya bukanlah keputusan yang mudah. Perbincangan ini sudah pasti buat ibu bapa turut sama pusing kepala dan gusar memikirkan masa depan anak mereka. Persoalan dalam situasi ini, suara siapa yang wajar menjadi penentu? Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi berkata, kekeliruan tentang minat adalah sesuatu yang normal dilalui oleh semua orang. Apa yang penting ialah bagaimana ibu bapa membantu anak meneroka minat itu dengan cara yang betul. PENDEDAHAN AWAL MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI ANAK Menurut Syaza, proses mengenal minat bukan sesuatu yang boleh diputuskan dalam masa singkat.…
DALAM bulan yang penuh keberkatan ini, terdapat beberapa waktu istimewa yang sangat digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT. Rebutlah peluang ini agar setiap doa yang dipanjatkan lebih hampir untuk dimakbulkan. Waktu sahur Sahur sering dianggap sebagai waktu mengisi perut atau sarapan sebelum memulakan hari dengan berpuasa. Namun sebenarnya, waktu sahur termasuk dalam satu per tiga malam terakhir iaitu waktu mustajab untuk berdoa sesuai dengan suasananya yang tenang dan hening, memudahkan hati untuk lebih khusyuk bermunajat. Hari Berpuasa Setiap detik ketika berpuasa juga termasuk dalam waktu mustajab berdoa. Ini kerana sepanjang hari menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan…
TERDAPAT perkara yang tidak disedari boleh jatuh hukum makruh ketika berpuasa. Walaupun ia tidak membatalkan puasa sepenuhnya, perbuatan ini boleh mengurangkan pahala ibadah jika dilakukan tanpa keperluan. Menurut pendakwah bebas, Ustaz Faliq Fauzi, berikut merupakan senarainya. Berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun ketika berpuasa, berkumur atau memasukkan air ke hidung secara berlebihan boleh meningkatkan risiko tertelan air yang pada akhirnya boleh membatalkan puasa. Menggosok gigi selepas waktu Zuhur Terdapat pandangan ulama yang memakruhkan gosok gigi selepas waktu Zuhur kerana bau mulut orang berpuasa mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Walaupun menjaga kebersihan itu…

