GELOMBANG ketiga pelayaran misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens (TMTG) sekali lagi mencipta sejarah perjuangan buat rakyat Palestin. Setiap kapal yang menyertai pelayaran ini membawa kisah perjuangan tersendiri bagi menghormati pengorbanan rakyat Palestin. Berikut merupakan nama-nama kapal yang menyertai misi bersejarah menuju ke Gaza: Abd el-Karim Eid Abd el-Karim Eid ialah seorang penulis dan petani dari bumi Palestin. Hidupnya sentiasa sanjung tanah airnya dari pelbagai aspek menerusi penulisannya. Salah sebuah kapal yang mengikuti gelombang ketiga misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Kapal itu didedikasikan untuk menghormati semua petani asal Palestin yang kehilangan tanah dan sumber rezeki akibat…
AMAL HAYATI FAUZI
SINDROM Asperger adalah gangguan neurobiologi yang tergolong dalam spektrum autisme (ASD). Individu dengan sindrom ini lazimnya mempunyai tahap kecerdasan normal atau lebih tinggi daripada purata serta kemampuan luar biasa dalam bidang tertentu. Namun mereka sering menghadapi cabaran dalam interaksi sosial dan berkomunikasi. Antara ciri yang dikaitkan dengan penghidap sindrom Asperger : Tumpuan mendalam terhadap minat tertentu. Kesukaran memahami bahasa kiasan atau sarkastik. Mempunyai rutin harian yang teratur. Berikut ialah beberapa figura terkenal dunia yang menghidap Asperger: Greta Thunberg Detik Greta menghidap sindrom ini adalah apabila dia mula sedar tentang isu perubahan iklim seawal usia lapan tahun sehinggakan berhenti bercakap dan…
TAHUKAH anda pelayaran Global Sumud Flotilla bukan misi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza yang pertama? Perancangan pertama digerakkan oleh Free Gaza Movement dengan sokongan Freedom Flotilla Coalition 19 tahun lalu sebagai usaha membantu rakyat Palestin yang menderita dari genosid yang dilancarkan Israel. Berikut adalah kronologi pelayaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. 2008 – 2009: Pelayaran Free Gaza pertama Sebanyak lima kapal Free Gaza dinaiki para aktivis dengan bantuan kemanusiaan yang dibawa mereka berjaya memecahkan sekatan haram Israel. Namun begitu, sekatan tersebut mula diperkuatkan oleh rejim Israel. Terdapat dua buah kapal bantuan kemanusiaan iaitu kapal Dignity dan Spirit of Humanity dipintas…
KONVOI Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi saksi keberanian ratusan aktivis antarabangsa yang berlayar ke Gaza demi memecahkan sekatan haram Israel. Setiap detik pelayaran penuh cabaran ini mengingatkan dunia bahawa perjuangan kemanusiaan sentiasa berdepan risiko besar namun semangat solidariti terus memacu langkah mereka. Apa yang berlaku pada ketika ini turut mencelikkan masyarakat dunia tentang kezaliman sekatan Israel serta keberanian aktivis yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyalurkan bantuan ke bumi Gaza. Ini kronologi sepanjang pelayaran misi GSF setakat 3 Oktober 2025. 31 Ogos 2025 Pelayaran bermula di pelabuhan Sepanyol. 8-9 September 2025: GSF diserang dron, semua peserta selamat. 15 September 2025: Kapal…
MISI bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) berdepan pelayaran getir demi menembusi sekatan haram Israel yang telah memenjarakan Gaza sejak 18 tahun lalu. Konvoi GSF yang terdiri lebih daripada 50 buah kapal dengan delegasi dari puluhan negara, disekat termasuk pelbagai serangan seperti dron dan meriam air bertekanan tinggi. Berikut merupakan kronologi ringkas perjalanan penuh pancaroba GSF demi memecahkan sekatan haram Israel sejak tahun 2007. 31 Ogos: Pelayaran bermula di pelabuhan Sepanyol 8-9 September: GSF diserang dron 13-15 September: Kapal tambahan GSF berlepas dari Bizerte, Tunisia dan Augusta, Sicily 23 September: Beberapa kapal diserang sekali lagi 2 Oktober: Kapal GSF dipintas…
PELBAGAI cara dilakukan Israel untuk mewajarkan tindakan mereka di mata dunia. Menerusi video tular di media sosial, tentera Israel menggunakan taktik licik bagi mengubah persepsi orang ramai kononnya mereka hanya bertindak demi menjaga keselamatan negara. Menurut badan bukan kerajaan, Cinta Gaza Malaysia, Israel sedang melancarkan ‘perang naratif’ di media sosial selepas penahanan peserta Global Sumud Flotilla awal pagi tadi. “Penting untuk kita mengenal pasti apakah taktik mereka untuk ‘meneutralkan’ naratif media mengenai tindakan mereka itu. “Ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah sebahagian daripada propaganda yang cuba ditonjolkan oleh rejim Israel kepada dunia. “Mereka berusaha menggambarkan diri mereka sebagai tentera yang beempati,…
SELEPAS bertahun bertungkus-lumus di universiti dan menggenggam segulung ijazah, kita tiba masa menghadapi cabaran alam pekerjaan. Harus diingat alam pekerjaan tidak mudah. Ia memerlukan kecekalan, komitmen, kesungguhan dan keupayaan yang mengatasi apa yang pernah dilalui di universiti. Kebanyakan majikan pada masa kini tidak lagi menilai calon semata-mata melalui pencapaian akademik. Mereka turut melihat pengalaman, kemahiran dan penglibatan di luar bilik kuliah. Berikut ialah tujuh perkara penting yang boleh membantu pelajar memperkukuh resume mereka dan tampil lebih menonjol berbanding calon lain. Latihan industri Pengalaman menjalani latihan industri memainkan peranan penting dalam memperkukuh resume kerana ia bertindak sebagai persediaan awal sebelum memasuki…
MUNGKIN anda pernah dengar nama Aminuddin Baki yang tersemat pada nama jalan, bangunan sekolah atau institusi pendidikan di seluruh negara. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengenali insan di sebalik nama yang diabadikan itu. Beliau merupakan tokoh sejarah, pemikir dan orang terpenting dalam merancang dasar pendidikan negara. Sumbangannya menjadikan beliau disanjung sebagai Bapa Pendidikan Malaysia yakni gelaran yang kekal sehingga hari ini sebagai penghormatan tertinggi atas jasanya. Pendidikan awal Datuk Seri Aminuddin bin Baki atau mesra dipanggil Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926. Anak jati Perak berjiwa pendidik itu memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932 sebelum…
PERNAHKAH anda menonton rancangan televisyen atau filem tetapi terpaksa berteka-teki apa yang disebut kerana suara dialog yang terlalu perlahan atau tenggelam oleh bunyi latar muzik? Jika ya, anda tidak keseorangan. Menurut kajian oleh The Associated Press-NORC Center for Public Affairs Research, seorang daripada tiga dewasa kerap menonton siri drama atau filem dengan sari kata. Kebanyakan mereka terdiri daripada golongan berusia bawah 45 tahun. Sebaliknya, warga emas berusia 60 tahun ke atas paling cenderung untuk tidak menggunakan sari kata apabila menonton televisyen. Dahulu, sari kata wujud sebagai penyelesaian untuk membantu individu yang mempunyai masalah pendengaran serta memudahkan pemahaman bagi filem dari…
MUSIM hujan terutama lebih dikenali musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada November mengingatkan rakyat mengenai kesan besar, kehilangan harta benda, nyawa dan kemusnahan yang dibawa dengan bencana banjir. Setiap tahun, negara tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan angin yang membawa bersama puluhan sentimeter hujan, yang kebanyakan masa tidak dapat ditampung oleh sistem saliran sedia ada. Setiap tahun, rakyat mempersiapkan diri untuk menghadapi bencana ini. Di negeri-negeri di Pantai Timur, ia seperti dijangkakan. Di pantai barat, kejadian bah besar beberapa tahun yang menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion ringgit masih segar di ingatan. Permulaan fasa peralihan monsun Menurut Jabatan…

