MINAT yang mendalam dalam bidang kewangan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan Dr. Adam Zubir sanggup mengambil risiko bertukar bidang dari seorang doktor perubatan menjadi seorang ‘doktor kewangan’. Sebelum menjadi seorang Perancang Kewangan Berlesen, Adam merupakan seorang doktor perubatan graduan Queen’s University of Belfast, United Kingdom, sebelum mengubah hala tuju ke dunia kewangan pada 2017. Menurut beliau, pendedahan terhadap dunia keusahawanan ketika belajar di Kolej Mara Banting (KMB) merupakan pencetus minat sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti. “Saya ada jiwa untuk berniaga. Cumanya, pada waktu itu, saya tidak tahu perniagaan apa yang ingin dilakukan. Pada awalnya, saya tidak ada apa-apa ilmu…
Zahra Mohamad Zhahir
MEMILIKI sebuah rumah merupakan impian semua orang. Walau bagaimanapun, harga rumah yang terlalu tinggi serta kos sara hidup yang kian menekan membuatkan ramai orang muda terpaksa melupakan impian memiliki sebuah kediaman. Bagaimanapun, menurut Perunding Kewangan Berlesen di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Dr. Adam Zubir, orang muda tidak perlu mengelak daripada membeli rumah. Menurutnya, pembelian rumah merupakan satu perkara yang tidak merugikan kerana ia adalah aset penting yang boleh membawa keuntungan dalam jangka masa panjang. Lebih baik beli atau sewa? Menurut Adam, tidak salah jika masyarakat zaman sekarang memilih untuk menyewa rumah. Lagipun, harga rumah…
BARU-BARU ini, saya berkesempatan menghabiskan bacaan buku Ikigai: The Japanese Secret to a Long and Happy Life tulisan Héctor García dan Francesc Miralles. Buku ini bukanlah buku baharu, ia diterbitkan pada 2017 dan merupakan sebuah bestseller dengan lebih dua juta naskhah terjual di seluruh dunia. Menurut García dan Miralles, semua orang perlu mencari ikigai (disebut: ee-key-guy) dalam hidup. Apa maksud ikigai? Ia merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘iki’ yang bermaksud untuk hidup dan ‘gai’ yang bermaksud sebab. Pendek kata, jika kita ingin panjang umur dan hidup bahagia, pertama sekali kita perlu cari sebab utama yang membuatkan kita terus bersemangat untuk…
MENYIMPAN duit merupakan kemahiran yang sangat penting dalam kehidupan. Pengurusan kewangan yang bijak merangkumi pemahaman nilai wang, kepentingan menyimpan dan prinsip belanjawan merupakan antara ilmu penting bagi menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan. Bagaimanapun, tabiat menyimpan memerlukan disiplin yang tinggi. Bukan mudah untuk mendidik diri menahan nafsu agar tidak berbelanja secara semberono. Sesuai dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, wajarlah ilmu berkenaan pengurusan kewangan yang baik diterapkan sejak bangku sekolah. Dalam pada itu, belia juga perlu bijak membezakan antara keperluan dan kehendak agar wang yang sedia ada dapat dibelanjakan secara efisien bagi mengelakkan sebarang perbelanjaan yang tidak perlu. Tidak…
TAHUKAH anda, mengapa manusia bangun tidur dalam keadaan cergas? Salah satu faktor yang menyebabkan kita rasa bersemangat pada waktu pagi adalah kehadiran cahaya biru atau blue light yang dipancarkan oleh matahari setiap hari. Dalam banyak-banyak cahaya yang boleh dilihat dengan mata kasar, gelombang cahaya biru mempunyai kesan yang paling besar terhadap kitaran tidur-bangun seseorang. Ia boleh membuatkan mood kita menjadi lebih baik dan dapat meningkatkan fokus. Sebab itulah, manusia bekerja pada waktu siang. Cahaya biru boleh wujud dalam dua bentuk; semula jadi dan tiruan. Cahaya biru tiruan dipancarkan oleh peranti elektronik seperti telefon pintar, televisyen dan komputer riba. Walaupun cahaya…
FESYEN segera merupakan satu trend yang berjaya merubah dunia. Istilah ‘segera’ yang diguna pakai dalam terma tersebut merujuk kepada betapa pantasnya satu-satu pakaian itu dihasilkan. Disebabkan kos buruh dan bahan asas yang rendah, orang ramai dapat membeli pakaian dengan harga yang sangat murah. Kadangkala serendah RM10 atau RM20 sehelai tanpa perlu mengikat perut pada hujung bulan. Terma fesyen segera pertama kali diperkenalkan syarikat terkemuka, Zara pada awal 1990. Hanya dalam masa 15 hari, Zara berjaya mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan koleksi pakaian mereka. Oleh sebab harganya yang mampu milik, pakaian tersebut laku keras dan habis dijual dalam masa yang singkat.…
PENGHASILAN sisa elektronik dunia kini meningkat lima kali ganda lebih pantas daripada usaha kitar semula. Menurut laporan Persatuan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), jumlah e-sisa yang dihasilkan oleh penduduk dunia pada 2022 adalah sebanyak 62 juta tan. Kalau disusun tinggi-tinggi, boleh bina 41 buah Menara Berkembar Petronas (KLCC). Bagaimanapun, hanya 22 peratus sahaja sisa elektronik dapat dikumpul dan dikitar semula dengan cara yang mesra alam. Sebahagian besarnya dibiarkan begitu sahaja di tempat pembuangan tanpa sebarang rawatan. Sisa elektronik mengandungi logam berat seperti merkuri, kadmium dan plumbum boleh meresap ke dalam tanah dan mencemari sumber air bawah tanah. Tanpa intervensi, bahan pencemar ini…
SEJARAH menunjukkan, amalan bergosip sudah diamalkan sejak zaman purba lagi. Pada waktu itu, gosip merupakan salah satu cara masyarakat bertukar-tukar informasi. Dalam kalangan masyarakat Yunani purba misalnya, mereka gemar bergosip untuk menentukan siapa dalam kalangan mereka yang boleh dipercayai. Sebarang informasi mengenai siapa paling kaya atau siapa paling berkuasa pada waktu itu nilainya seperti emas. Melalui aktiviti bergosip jugalah, mereka dapat tahu siapa yang boleh dibuat kawan dan siapa sebenarnya musang berbulu ayam. Pada zaman moden, kita masih suka bergosip; mungkin atas alasan yang sama. Masyarakat memandang amalan ini sebagai negatif tetapi pakar mempunyai pendapat yang berbeza. Menurutnya, bukan semua…
BAGI memupuk kesedaran dan kecintaan terhadap alam sekitar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menanam 30 anak pokok menerusi program GLOWINC GREEN: READY, SET, GLOW (GlowINC Green) di Kuantan, 26 Jun lalu. Menurut Ketua Pengarah FRIM, Dr. Ismail Parlan, usaha tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 juta Pokok yang telah bermula sejak 2021 sehingga 2025. Beliau berkata, kerjasama tersebut juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada anak muda untuk berbakti terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar. “Penghijauan Malaysia adalah sebuah tanggungjawab yang kita ingin semai kepada rakyat dalam…
SEBUAH kajian oleh syarikat sumber manusia, Remote mendapati, rakyat Malaysia bekerja terlalu keras sehingga mengabaikan keseimbangan antara hidup dengan kerja. Rakyat Malaysia juga mempunyai waktu bekerja yang lebih panjang sehingga dapat mencecah 40 jam seminggu, lebih 10 jam berbanding pekerja di Singapura (29.1 jam), Thailand (29.1 jam), dan Indonesia (30.1 jam). Disebabkan masa bekerja yang terlalu tinggi, cuti tahunan sedikit serta purata gaji tahunan yang rendah, Remote meletakkan Malaysia di tangga ke-59 daripada 60 negara dengan keseimbangan hidup-kerja paling teruk. Difahamkan, Malaysia mencatatkan skor 27.51 daripada 100 berbanding Nigeria di tempat terakhir (17.03). Lebih mendukacitakan, negara kita juga mendapat markah…