Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beli rumah pelaburan, bukan rumah idaman

    Beli rumah pelaburan, bukan rumah idaman

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 12, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adam zubir
    Adam menasihatkan orang muda agar membeli rumah pelaburan, bukan rumah idaman. - GAMBAR SHIDDIEQIIN ZON/UTUSAN

    MEMILIKI sebuah rumah merupakan impian semua orang. Walau bagaimanapun, harga rumah yang terlalu tinggi serta kos sara hidup yang kian menekan membuatkan ramai orang muda terpaksa melupakan impian memiliki sebuah kediaman. 

    Bagaimanapun, menurut Perunding Kewangan Berlesen di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Dr. Adam Zubir, orang muda tidak perlu mengelak daripada membeli rumah. 

    Menurutnya, pembelian rumah merupakan satu perkara yang tidak merugikan kerana ia adalah aset penting yang boleh membawa keuntungan dalam jangka masa panjang. 

    Lebih baik beli atau sewa?

    rumah pelaburan
    Lebih baik beli atau sewa rumah pada usia muda? – GAMBAR HIASAN TIERRA MALLORCA/UNSPLASH

    Menurut Adam, tidak salah jika masyarakat zaman sekarang memilih untuk menyewa rumah. Lagipun, harga rumah kini meningkat berkali ganda, namun gaji masih di takuk yang sama.

    “Jika dahulu, ibu bapa kita boleh beli rumah berharga RM70,000 dengan gaji sekitar RM1,000 hingga RM2,000. Tetapi sekarang, gaji mungkin naik sedikit kepada RM2,500, namun harga rumah pula boleh mencapai RM500,000,” katanya. 

    Baginya, pembelian rumah idaman pada usia muda tidak lagi relevan pada zaman sekarang. Bagaimanapun, itu tidak bermaksud orang muda perlu melupakan hasrat masing-masing untuk menjadi pemilik rumah. 

    “Bagi orang muda, terutamanya yang berusia 33 tahun ke bawah, saya suka nasihatkan agar elakkan membeli rumah idaman, sebaliknya beli rumah untuk tujuan pelaburan,” katanya. 

    Jelas beliau, ada beberapa perkara yang membezakan antara rumah idaman dengan rumah pelaburan, antaranya adalah harga, lokasi dan juga potensi rumah tersebut untuk disewakan.

    “Tidak perlu ilmu untuk beli rumah idaman. Pendek kata, kalau kita suka, kita beli. Ada banyak pengaruh emosi yang terikat pada pada pembelian rumah idaman. Misalnya, kita suka rumah dengan reka bentuk tertentu atau berada di kawasan kejiranan yang diinginkan,” katanya. 

    Tetapi, pembelian rumah idaman datang dengan bahayanya yang tersendiri. 

    Adam berkata, sekiranya rumah tersebut dibeli di kawasan yang tidak strategik; misalnya jauh dari ibu kota, nilainya mungkin tidak akan meningkat dengan banyak pada masa hadapan. 

    Namun, jelas Adam, pembelian rumah pelaburan pula berbeza dengan rumah idaman. Sebagai pembeli rumah pelaburan, kita perlu menganggap pembelian itu merupakan satu bentuk perniagaan.

    “Sebelum beli rumah pelaburan, ada banyak elemen yang perlu diambil kira. Rumah pelaburan ini mungkin tidak menepati cita rasa kita. Mungkin rekaan tidak menarik, lokasi pula di kawasan sibuk di tengah bandar. 

    “Namun, ia dibeli atas potensinya untuk disewakan atau dijadikan pendapatan pasif. Hendak beli rumah pelaburan bukannya boleh main beli sahaja,” jelasnya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 langkah bantu rakyat beli rumah

    ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

    Tip beli rumah pelaburan

    Menurut Adam, ada beberapa tip yang boleh dikongsikan bagi individu yang ingin membeli rumah bagi tujuan pelaburan:

    @relevan.com.my Bersama Doktor Kewangan, @Dr Adam Zubir. Dapatkan akhbar Utusan Malaysia esok untuk belajar ilmu beli rumah! #fyp #xyzbca #xyz #kewangan #berandafyp #financial #rumah #belirumah #hargarumah #rumahsewa #rumahidaman #adamzubir ♬ original sound – RELEVAN

     

    1. Kaji harga pasaran sebelum beli 

    Harga merupakan faktor yang paling penting ketika membeli rumah pelaburan. Sebelum beli, pastikan harga rumah tersebut di bawah harga median berbanding hartanah lain di sekelilingnya. 

    “Misalnya, anda ingin beli sebuah rumah di Kota Damansara bersaiz 1,000 meter persegi dengan tiga buah bilik. Harganya median di kawasan tersebut mungkin sekitar RM800,000. Jika ingin beli rumah pelaburan, perlu rajin bandingkan harga. 

    “Jika ada rumah lain di lokasi sama dengan saiz dan jumlah bilik yang serupa tetapi dijual dengan harga RM700,000, bukankah lebih baik jika kita melabur untuk rumah tersebut? 

    “Kalau satu hari nanti kita perlu jual, kita tidak perlu bersaing dengan ramai orang kerana harganya lebih murah. 

    “Kalau hendak sewakan pula, kita boleh sewa dengan kadar yang berpatutan tetapi masih boleh dapat untung. Sebab itulah, harga rumah sangat penting. Jangan malas untuk banding harga. Kita tidak mahu rumah pelaburan yang dibeli jadi rumah hantu,” jelasnya. 

    2. Pastikan ada perancangan

    rumah pelaburan
    Lakukan perancangan rapi sebelum membeli rumah. – GAMBAR HIASAN LILARTSY/UNSPLASH

    Menurut Adam, perlu ada perancangan yang mantap sebelum beli rumah untuk tujuan pelaburan. Pembelian rumah memerlukan pelaburan yang besar, jadi perlu ada pelan untuk mengelakkan sebarang kerugian. 

    “Fikir siap-siap apa yang hendak dibuat dengan rumah tersebut. Adakah ia bakal disewakan kosong atau lengkap dengan perabot? Hendak sewa bulan-bulan atau jadikan inap desa? Jangan lupa, 50 peratus kejayaan kita datangnya daripada perancangan yang bagus. 

    “Sebelum beli rumah perlu sediakan 15 peratus duit muka. Tetapi, jika kita ingin ubah suai, perlu ada lagi 15 peratus. Ini bermaksud, sebelum beli rumah, pastikan kita ada wang tunai sebanyak 30 peratus daripada harga rumah,” jelasnya. 

    3. Beli rumah pelaburan ikut kemampuan

    Dalam pada itu, Adam juga menasihatkan orang muda agar membeli rumah dengan bayaran tidak lebih 30 peratus daripada gaji bulanan. 

    “Sebagai contoh, jika gaji RM3,000, pastikan beli rumah yang menuntut bayaran bulanan lebih rendah daripada RM900 sebulan. 

    “Kalau gaji masih rendah, sudah tentulah pilihan rumah yang hendak dibeli masih terhad. Sebab itulah saya tidak galakkan orang muda beli rumah idaman. Kalau hendak pindah atas tuntutan kerja, rumah tersebut perlu dijual. Kalau ditinggalkan, takut jadi aset mati,” ulasnya. – RELEVAN

    adam zubir beli rumah featured kewangan rumah idaman rumah pelaburan tip beli rumah
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.